
Aksara Rasyi atau aksara Sefardi (Ibrani: כְּתַב רַשִׁ״י, rumi: Ktav Rashi) ialah sejenis muka taip untuk abjad Ibrani. Ia berdasarkan tulisan tangan dari abad ke-15 dan dinamakan sempena ulama Yahudi Rasyi, walaupun beliau hidup bertahun-tahun sebelum fon ini dicipta. Muka taip ini digunakan sebagai sampel oleh pencetak-pencetak Ibrani lama seperti Abraham Garton, keluarga Soncino, dan Daniel Bomberg dalam teks-teks agama versi mereka yang menyertakan ulasan, seperti Mikraot Gedolot dan Talmud, di mana ulasan Rasyi adalah penting.[1]
Sejarah
Apabila orang mula-mula mencipta fon untuk mesin cetak, mereka selalunya berdasarkan tulisan tangan sedia ada. Untuk pencetakan bahasa Ibrani, mereka menggunakan huruf blok untuk teks-teks penting seperti Alkitab. Tetapi untuk teks yang kurang penting seperti ulasan dan komen-komen rabai, gaya kursif daripada tradisi Sefardi digunakan, yang kemudiannya dipanggil muka taip Rasyi.[1]
Perbandingan dengan bahasa Ibrani cetakan
| Huruf Ibrani dalam taip Rasyi dan cetak | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| א = |
ב = |
ג = |
ד = |
ה = |
ו = |
ז = |
ח = |
ט = |
| י = |
כ = |
ך = |
ל = |
מ = |
ם = |
נ = |
ן = |
ס = |
| ע = |
פ = |
ף = |
צ = |
ץ = |
ק = |
ר = |
ש = |
ת = |
Penggunaan dalam bahasa Ladino

Selain digunakan dalam bahasa Ibrani, abjad aksara Rasyi juga disesuaikan untuk menulis teks-teks bahasa Ladino dalam abjad Ibrani. Untuk melambangkan bunyi-bunyi frikatif tambahan dalam bahasa Ladino, huruf-huruf sedia ada diberikan tanda-tanda baca baharu. Daripada meletakkan tanda geresy di sebelah huruf, aksara Rasyi menghasilkan huruf-huruf baharu dengan meletakkan tanda sabit yang dipanggil rafe ⟨ﬞ◌⟩ terus pada huruf.[2] Dahulu, tulisan kursif yang dipanggil "solitreo" digunakan untuk tulisan tangan Ladino di Balkan dan Turki, di samping aksara Rasyi yang digunakan untuk mencetak.
| Huruf-huruf Ladino yang dihasilkan dengan tanda rafe | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tanpa Rafe | Dengan Rafe (bentuk setara dengan tanda geresy) | ||||||||
| Simbol | Translit. | AFA | Contoh | Simbol | Translit. | AFA | Contoh | ||
| ב | b | [b] | botol | (ב׳) בﬞ | v | [v]~[β̞] | van | ||
| ג | g | [ɡ] | garam | (ג׳) גﬞ | dj, ǧ, atau ch, č | [d͡ʒ]~[t͡ʃ] | Julai, Georgetown, cili | ||
| ד | d | [d̪] | dahi | (ד׳) דﬞ | dh, th, ḏ, đ | [ð̞] | izin dalam bahasa Arab | ||
| ז | z | [z] | zirafah | (ז׳) זﬞ | j, g, zh, ž | [ʒ] | measure dalam bahasa Inggeris | ||
| ט | t | [t̪] | tali | (ט׳) טﬞ | th | [θ] | Bluetooth | ||
| כ | c, k | [k] | kopi | (כ׳) כﬞ | ch, kh, ḵ | [x]~[χ] | khabar | ||
| פ | p | [p] | panas | (פ׳) פﬞ | f | [f] | fardu | ||
| ש | s, ç | [s] | satu | (ש׳) שﬞ | sh, š | [ʃ] | syukur | ||
Rujukan
- ^ a b Shurpin, Yehuda. "What Is Rashi Script and Where Did It Come From?". Chabad.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 17, 2018. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "chabad" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Sefarađizo: Ladino: Alefbet: Tabla". 2021-09-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-16. Dicapai pada 2021-09-16.








