Wan Tempawan Wan Hanapi | |
---|---|
وان تمڤاوان وان هانڤي | |
Kelahiran | Wan Tempawan binti Wan Hanapi 1 Januari 1883[nota 1] |
Meninggal dunia | 18 Disember 1966 | (umur 83)
Warganegara | Tanah Melayu British (1883–1941) Tanah Melayu Jajahan Jepun (1942–1945) Pentadbiran Tentera British Malaya (1945–1946) Malayan Union (1946–1948) Persekutuan Tanah Melayu (1948–1963) Malaysia (1963–1966) |
Terkenal kerana | Ibu kepada Mahathir Mohamad |
Pasangan | Wan Hassan, Mohamad Iskandar |
Anak-anak | 6 (termasuk Mahathir) |
Ibu bapa | Wan Hanapi Wan Mat Zahir (bapa) Che Rabiah (ibu) |
Saudara | Wan Mohd Saman Wan Hanapi (abang sebapa) Wan Haton Wan Hanapi (adik) Wan Hadi Wan Hanapi (adik) Wan Yahya Wan Hanapi (adik) Marina Mahathir (cucu) Mirzan Mahathir (cucu) Mokhzani Mahathir (cucu) Mukhriz Mahathir (cucu) Meera Alyanna Mukhriz (cicit) Siti Hasmah Mohamad Ali (menantu) |
Wan Tempawan binti Wan Hanapi (Jawi: وان تمڤاوان بنت وان هانڤي; Januari 1883 – 18 Disember 1966) ialah seorang suri rumah Malaysia yang merupakan ibu kepada Mahathir Mohamad, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7.[1] Beliau juga merupakan isteri kedua kepada Mohamad Iskandar, seorang guru dan pendidik Malaysia yang merupakan pengasas kepada Kolej Sultan Abdul Hamid dan Sekolah Kebangsaan Iskandar, Kedah.
Kehidupan awal dan salasilah keturunan
Wan Tempawan binti Wan Hanapi dilahirkan pada 1 Januari 1883 di Kampong Kulut, Bukit Lada, Kedah, Tanah Melayu British. Wan Tempawan merupakan anak sulung kepada pasangan Wan Hanapi Wan Mat Zahir dan Che Rabiah. Wan Tempawan merupakan seorang wanita yang berasal dari Kedah, Tanah Melayu British dan beliau mempunyai darah dari keturunan Wan Su iaitu Dato’ Temenggong Kulut, Bukit Lada melalui bapanya. Antaranya ialah Wan Mohamad Saman Wan Ismail, pemimpin besar di Kedah yang memperkenalkan sistem terusan di Kedah yang namanya telah dirakamkan sebagai Terusan Wan Mohamad Saman.[2][3] Wan Tempawan mempunyai tiga adik beradik, iaitu Wan Haton Wan Hanapi, Wan Hadi Wan Hanapi dan Wan Yahya Wan Hanapi. Beliau juga mempunyai seorang abang sebapa, iaitu Wan Mohd Saman Wan Hanapi, melalui perkahwinan pertama bapanya, Wan Hanapi Wan Mat Zahir dan Wan Nang.
Catatan dalam buku Sejarah Kedah mendapati bahawa salasilah keturunan Wan Tempawan adalah cucu-cicit Mahsuri, seri kandi Melayu dari Langkawi yang mati dibunuh angkara fitnah. Pemangku Yang Dipertua Wan Kedah (Wasilah), Wan Shamsuddin Wan Mohd Yusof, menjelaskan keturunan Wan yang ada di Kedah sekarang memang daripada keturunan anak tunggal Mahsuri, Wan Hakim. Beliau tambah bahawa Mahsuri telah dihukum sula pada tahun 1819 angkara difitnah oleh pemerintah Langkawi ketika itu, Datuk Karma Wijaya yang berdendam kerana tidak dapat memperisterikannya. Wanita itu dituduh bermukah dengan seorang pemuda bernama Deramang.[nota 2]
Kehidupan peribadi
Wan Tempawan telah mendirikan rumah tangga dengan dua orang lelaki, iaitu Wan Hassan dan Mohamad bin Iskandar. Tiada rekod anak bagi perkahwinan pertama Wan Tempawan dengan Wan Hassan. Namun, melalui perkahwinnnya kedua dengan Mohamad Iskandar, mereka dikurniakan enam orang anak, iaitu Mashahor Mohamad, Mahadi Mohamad, Murad Mohamad, Mustaffa Mohamad, Omar Mohamad, Rafeah Mohamad dan Mahathir Mohamad.
Kematian
Wan Tempawan telah meninggal dunia pada 18 Disember 1966 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ketika itu, beliau berusia 83 tahun.[4]
Legasi
Masjid
- Masjid Mohamad Iskandar Wan Tempawan, Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, Kedah
Nota
Rujukan
- ^ "'Ibu insan paling berpengaruh dalam hidup saya'". Berita Harian. 10 Julai 2019. Dicapai pada 26 Jun 2025.
- ^ "Tun Dr. Mahathir". UMNO Online. Dicapai pada 26 Jun 2025.
- ^ "Rumah Kelahiran Mahathir Cetus Misteri Info Bapanya". Mynewshub. 2 September 2017. Dicapai pada 26 Jun 2025.
- ^ "Kenangan terhadap ibu tidak pernah luntur - Tun M". Sinar Harian. 11 Mei 2025. Dicapai pada 26 Jun 2025.