Dilema Melayu (The Malay Dilemma) adalah sebuah buku yang dikarang oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1970. Mahathir menerbitkan The Malay Dilemma setelah beliau kalah dalam pemilihan 1969 dulu. Selepas itu dia telah menuduh Tunku Abdul Rahman Putra kerana kekalahan UMNO yang besar dalam pilihan raya itu.
Setelah diterbitkan, buku ini diharamkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pemikiran Mahathir Mohamad tidak selari dengan Tunku Abdul Rahman.
Pada 1981, buku ini dibenarkan sewaktu Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu oleh Ibrahim Saad pada 1982 dan diterbitkan oleh Federal Publication Sdn Bhd.
Isi kandungan
- Pendahuluan
- Di mana silapnya?
- Pengaruh keturunan dan persekitaran kepada bangsa Melayu
- Dilema ekonomi Melayu
- Pengertian Persamaan Kaum
- Asas-asas Perpaduan Kebangsaan
- Pemulihan Bangsa Melayu dan Dilema Melayu
- Masalah Melayu
- Tatasusila dan Sistem Nilai Melayu
- Politik Perkauman dan Parti
- Malaysia dan Singapura.