Umum | |
---|---|
Pengarang | Mahathir Mohamad |
Tajuk asal | A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Genre | Biografi Memoir Sejarah Politik |
Penerbitan | |
Penterjemah | Datuk Dr. Abdul Kadir Jasin |
Penerbit | MPH Group Publishing |
Tarikh penerbitan | 30 April 2012[1] |
Jenis media | Kulit nipis |
Halaman | 996 muka surat |
Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan sebuah buku oleh Mahathir Mohamad yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Tajuk asal bagi buku ini ialah “A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad”. Tun Dr. Mahathir telah mengambil masa selama lapan tahun untuk menyiapkan buku yang berbentuk memoir ini. Di samping itu, Datuk Dr. Abdul Kadir Jasin telah mengambil tugas sebagai penterjemah buku ini ke dalam bahasa Melayu. Buku ini juga setebal 996 halaman dan diterbitkan oleh MPH Group Publishing. Buku ini dikeluarkan pada 30 April 2012, iaitu selepas hampir setahun dua bulan versi pengeluaran di dalam bahasa Inggeris. Selain itu, buku ini menceritakan catatan yang cukup terperinci dan menyeluruh serta mengikuti sejarah hidup Tun Dr. Mahathir sehingga kejayaannya dalam membangunkan negara.[2]