Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah | |
---|---|
Sultan Kedah | |
Pemerintahan | 1854–1879 |
Didahului oleh | Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I |
Diikuti oleh | Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah II |
Keputeraan | 1832 Georgetown, Pulau Pinang, Syarikat Hindia Timur Inggeris |
Kemangkatan | 22 Jun 1879 Alor Setar, Kesultanan Kedah | (umur 46–47)
Pemakaman | Makam Diraja Langgar |
Pasangan | Wan Tan binti Luang Nik Abidin |
Anakanda | Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II |
Kerabat | Kedah |
Ayahanda | Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I |
Bonda | Wan Maheran |
Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1832 – 22 Jun 1879) ialah Sultan Kedah ke-23 yang memerintah dari tahun 1854 sehingga tahun 1879. Baginda ialah putera Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I dengan Wan Maheran. Baginda berkahwin dengan Wan Tan binti Luang Nik Abidin, dan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ialah putera baginda yang ditabalkan menjadi penggantinya.
Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ini, telah dibina Balai Nobat baharu yang terdiri daripada sebuah bangunan lima tingkat. Bangunan itu sepenuhnya dibina daripada kayu dengan atap zink.
Pada tahun 1878, baginda telah jatuh gering. Baginda meluangkan masa beberapa bulan di Bukit Pinang untuk menyembuhkan diri sebelum berangkat pulang ke Alor Setar pada Mac 1879. Baginda menjalankan tugasnya sebagai sultan sebelum akhirnya mangkat pada 22 Jun 1879.[1]
Lihat juga
Nota
- ^ Gullick 1985, m/s. 122.
Rujukan
- Gullick, J. M. (1985). "Kedah in The Reign of Sultan Ahmad Tajuddin II (1854 - 1879)". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 58 (2 (249)): 107–134. JSTOR 41493020 – melalui JSTOR.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
- Senarai Sultan Kedah Diarkibkan 2016-10-11 di Wayback Machine
Penyandang Terdahulu | Sultan Kedah 1854-1879 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I | Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II |