Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Makam Diraja Kedah atau Makam Diraja Langgar merupakan sebuah makam diraja negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.
Sejarah
Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar.
Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Makam-Makam Sultan
- Sultan Abdullah Muadzam Shah ibni Sultan Atthaullah Muhammad Shah II (m 1706)
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I (m 1710)
- Sultan Zainal Adilin Mu'azzam Shah II ibni Sultan Abdullah Mu'adzam Shah (m 1778)
- Sultan Abdullah Mukarram Shah I ibni Sultan Zainal Addillin Mu'azzam Shah II (m 1797)
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II (m 1843)
- Sultan Zainal Rashid Mu'azzam Shah I ibni Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (m 1854)
- Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Sultan Zainal Rashid Mu'azzam Shah I (m 1879)
- Sultan Zainal Rashid Mu'azzam Shah II ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (m 1881)
- Sultan Abdul Hamid Halim Shah II ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (m 1943)
- Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (m 1958)
- Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah (m 2017)
Makam-Makam Sultanah
- Paduka Seri Cik Manjalara binti Luang Naraburirak.
- Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud.
- Sultanah Asmah binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
- Sultanah Bahiyah binti Tuanku Abdul Rahman (m 2003)
Makam-Makam Kerabat Diraja
- Tunku Dhiauddin Osman al-Mu'azzam Shah III ibn Sultan Zainal Rashid al-Mu'azzam Shah I - Raja Muda Kedah (m; 1909).
- Tunku Muhammad Bahauddin Shah (m; ....)
- Tunku Haiddir Ali Shah I
- Tunku Daud al-Salim Osman Shah II (m; ....)
- Tunku Ali Shah II (m; ....) - Atuk kepada Que Haidar
- Tunku Daud al-Salim Osman Shah II (m; ....)
- Tunku Mohammad Jewa Shah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Tunku Temenggung Kedah, kekanda kepada Tunku Abdul Rahman Putra (mangkat; 1977).
- Jeneral Tunku Osman Khalid Shah ibni Tunku Mohammad Jewa Shah – Jeneral Angkatan Tentera Malaysia pertama (mangkat; 1994).
- Tunku Ismail Kharllid Shah ibni Tunku Mohammad Jewa Shah – Universiti Sains Malaysia (USM) (mangkat; 2009).
- Tunku Sarina binti Tengku Abdul Aziz (Terengganu) - Anakanda angkat kepada Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Bahiyah (mangkat; 1991).
- Tunku Abdul Rahman Putra ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Perdana Menteri Malaysia pertama (1955-1970), juga dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan" (mangkat; 1990).
- Tun Sharifah Hajjah Rodziah binti Syed Haji Alwi Barakbah – Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan Pasangan Perdana Menteri Malaysia pertama (mangkat; 2000).
- Tunku Yahaya ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah - MB Kedah (1882-1891) (m).
- Tunku Annuar ibni Sultan Badlishah – Tunku Bendahara Kedah dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah semasa kekanda beliau Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 (2011 - 2016) (mangkat; Mei 2014).
- Tunku Raudzah binti Sultan Hishamuddin Alam Shah – Raja Puan Muda Kedah dan isteri kepada Tunku Abdul Malik, Raja Muda Kedah (mangkat; September 2015).
- Tunku Hamidah binti Sultan Badlishah – kekanda Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (mangkat; November 2015).
- Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah – Raja Muda Kedah (mangkat; November 2015).
- Tunku Sakinah binti Sultan Badlishah - adinda Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (mangkat; Ogos 2025).
Makam-Makam bukan Kerabat Diraja
- Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail - bekas Menteri Besar Kedah (meninggal 1898)









