Tunku Abdul Hamid Thani | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah | |||||
Keputeraan | Tunku Abdul Hamid Thani ibni Sultan Badlishah 18 Jun 1951 Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya | ||||
Pasangan | Toh Puan Bendahara Kedah YABhg. Datin Seri DiRaja Puan Sri Dato’ Nora Binti Abdullah | ||||
Anakanda | 3 | ||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah | ||||
Bonda | Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | ||||
Agama | Sunni Islam |
Kebawah DYMM Tuanku Sultan
|
|
YTM Tunku Bendahara Kerabat luas diraja YABhg. To’ Puan Seri Utama Noor Suzanna binti Abdullah, balu Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku Annuar
YTM Tunku Dato' Seri Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah YTM Tunku Bishara binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Dato' Tunku Badriatul Jamal binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Kamaliah binti Almarhum Sultan Badlishah YTM Datin Paduka Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
|
Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah (lahir 18 Jun 1951) ialah Tunku Bendahara Kedah. Beliau merupakan adinda kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin.[1]
Kehidupan awal dan pendidikan
Tunku Abdul Hamid Thani diputerakan pada 18 Jun 1951 di Terengganu. Beliau merupakan anakanda Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-27 dan Almarhumah Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.[2]
Beliau adalah berkelulusan Diploma di dalam Pengurusan Hotel dari Institut Teknologi MARA, Malaysia (1971).[3]
Anak lelakinya ialah Tengku Jonaris Badlishah (s. November 1974 – s. 1999), seorang pembunuh yang disabitkan kesalahan yang dihukum mati di Singapura pada tahun 1998.[4]
Kerjaya
Tunku Abdul Hamid Thani ialah Pengerusi Eksekutif THB Bina Maju Sdn Bhd Pembinaan (Pembinaan), Pengerusi Eksekutif THB Development Sdn Bhd (Pembinaan & Pembangunan), Pengerusi Eksekutif THB Maintenance Sdn Bhd (Penyelenggaraan Jalan), Pengerusi Eksekutif Armada Energy Service Sdn Bhd (O&G), Pengerusi Eksekutif Citaglobal Sdn Bhd (Pembinaan) dan Pengerusi Eksekutif Jerai Gemilang Sdn Bhd (Pembinaan). Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor perniagaan.
Penganugerahan Kurniaan Darjah
Tunku Abdul Hamid Thani telah dikurniakan:
- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (PSM, 1.6.2013) membawa gelaran Tan Sri
- Kedah :
- Darjah Sri Setia Sultan 'Abdul Halim Mu'azzam Shah (SHMS) membawa gelaran Dato' Seri Diraja
- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) membawa gelaran Dato' Seri
- Dato' Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK) membawa gelaran Dato'
Rujukan
Tunku Abdul Hamid Thani Kerabat diraja Kedah Tarikh keputeraan: 18 Jun 1951
| ||
Gelaran Diraja | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tunku Annuar |
Tunku Bendahara Kedah 2017 – kini |
Pemegang jawatan kini |