| Hantu Jerangkong | |
|---|---|
Filem Hantu Jerangkong | |
| Pengarah | K. M. Basker |
| Dibintangi | Aziz Jaafar Hashimah Yon |
| Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1957 |
| Negara | |
| Bahasa | Melayu |
Filem Hantu Jerangkong (ejaan kini: Jerangkung) merupakan sebuah filem seram Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu sebahagian daripada Malaya pada tahun 1957.
Filem ini telah diarahkan oleh K. M. Basker. Disebabkan penerimaan orang ramai yang menggalakkan, Hantu Kubor dihasilkan selepas filem ini. Filem ini jarang ditayangkan di televisyen kerana dianggap mengandungi perkara-perkara yang berlawanan dengan ajaran Islam, seperti percayakan hantu (hantu Jerangkung), dan mencampur aduk mentera dengan doa.[1]
Pelakon
Pelakon utama
- Aziz Jaafar sebagai Musa
- Hashimah Yon sebagai Ramlah
Pelakon pembantu
- S. Kadarisman sebagai Tok Penghulu
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Siti Tanjung Perak sebagai Milah
- Malek Sutan Muda sebagai Tok Pawang
- Omar Suwita sebagai Hantu
- Zainon Fiji sebagai Enon/Hantu Jerangkong
- Habsah Buang sebagai Mak Hitam
- H. M. Busra sebagai Buntal
- Ibrahim Pendek sebagai Ketot
- Ahmad C sebagai Ali
- Kemat Hassan sebagai Madun
- Nyong Ismail sebagai Tok Leman
- Rosiah Chik sebagai Isteri Tok Penghulu
- Sa'amah sebagai Isteri Tok Leman
- Shariff Dol sebagai Saleh








