Showdown The Movie | |
---|---|
Pengarah | Khairil M. Bahar |
Penulis | M. Zulkifli Abdul Jalil |
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Khairil M. Bahar |
Muzik oleh | DJ Cybersonic |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 7 April 2016 |
Masa tayangan | 97 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris |
Showdown The Movie merupakan sebuah filem drama muzikal Malaysia 2016 arahan Khairil M. Bahar terbitan Primeworks Studios. Filem ini berdasarkan daripada rancangan realiti popular 8TV, Showdown, barisan pelakon terdiri daripada Reza Hasbi, Iedil Putra, Izara Aishah dan Azad Jasmin. Filem ini ditayangkan pada 7 April 2016.[1]
Plot
Showdown akan membawa penonton untuk menyertai dalam perjalanan Battle Crew, kru tarian juara dari utara yang diketuai oleh pemimpinnya yang berkarisma, Kimi (Reza Hasbi). Kadir (Azad Jasmin), seorang ahli perniagaan masa kecil yang baik, mahu membawa mereka ke pertandingan tarian terbesar di negara ini, Showdown, yang diadakan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Kimi enggan untuk pergi, tetapi selepas dipujuk oleh anak-anak tariannya, dia memberikan dan mengorbankan perasaannya agar kru dapat mencapai impian mereka menjadi kru tarian terbaik di negara ini. Kimi mesti mengetepikan ketakutannya dan menyelesaikan masa lalu yang bermasalah, untuk membantu krewnya memenangi pertandingan dan mendapat apa yang pernah hilang.
Pelakon
- Reza Hasbi sebagai Kimi
- Iedil Putra sebagai Ringgo
- Izara Aishah sebagai Farin
- Azad Jasmin sebagai Kadir
- Maria Farida sebagai Shiela
- Betty Banafe sebagai Datin Mary
- Josiah Hogan sebagai David
- Esma Daniel sebagai Rosman
- Aleza Shadan sebagai Asmah
- Siti Farrah Abdullah sebagai Mona
- Ammar Alfian sebagai Ryan
- Ben Ladin sebagai Hadi
Penerbitan
Khairil M. Bahar bercakap mengenai filem ini:[2]
“Saya berharap agar filem ini dapat mengetengahkan bakat penari-penari tempatan serta adegan tarian yang terdapat dapat filem ini kepada masyarakat umum. Sebagai seorang pembikin filem, saya juga mengharapkan bakat-bakat mereka di layar perak mampu membawa perjalanan karier mereka ke tahap yang lebih jauh,”
Showdown the Movie dilhamkan dari rancangan televisyen realiti pertandingan tarian, Showdown terbitan 8TV yang pernah merangkul beberapa buah anugerah dan jumlah penonton yang tinggi. ia diarahkan oleh Khairil M. Bahar yang sebelum ini pernah mengarahkan muzik video, beliau turut berkhidmat sebagai penyunting. Barisan pelakon terdiri daripada Reza Hasbi, Iedil Putra, Izara Aishah, Azad Jasmin, Ammar Alfian, Maria Farida, Esma Daniel dan ramai lagi. Filem ini juga menampilkan penampilan istimewa dari DJ Hafiz Hatim dan krew tarian Giller Battle Crew, yang pernah menjadi naib juara Pertandingan Showdown 2010. Pat Ibrahim mengendalikan koregorafi.
Keluaran dan sambutan
Showdown the Movie dikeluarkan pada 7 April 2016 dan mendapat sambutan serta reaksi positif dari penonton dan pengkritik filem.[3]
Aqmar Mustaza dari Sinar Harian berkata: "Walaupun genre dan kisah mengenai penari jalanan ini sudah biasa diketengahkan dalam filem antarabangsa, namun di arena perfileman tempatan, ia adalah sebuah karya baharu dan segar." Beliau turut memuji hasil lakonan Reza Hasbi dalam filem ini.[4]
Muzik
Lagu tema filem ini ialah "Inilah Nasibku" yang diberi nafas baru oleh kumpulan Nico.
Rujukan
- ^ Maira Zamri (12 Mac 2016). THIS IS ‘SHOWDOWN’, A NEW MALAYSIAN DANCE FILM Daily Seni. Dicapai pada 20 Julai 2016.
- ^ Budiey (28 Februari 2016). SHOWDOWN THE MOVIE Filem Aksi-Tarian Jalanan Terbaik 2016 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Julai 2016.
- ^ Kemalia Othman (10 April 2016). 'Showdown The Movie' Bukan Hanya Untuk Peminat Hip Hop Diarkibkan 2018-07-20 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 20 Julai 2016.
- ^ Aqmar Mustaza (9 April 2016). Showdown The Movie bak pertarungan sebenar Sinar Harian. Diperoleh pada 20 Julai 2016.