![]() |
Ngorat | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Wan Amin Wan Yahaya |
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Dibintangi | |
Sinematografi | Khalid Zakaria |
Disunting oleh | M. Ridzuan Shariff Kamil Hashim |
Muzik oleh | Adzrey Bai |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 0.37 juta |
Ngorat merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 arahan Abdul Razak Mohaideen. Dibintangi oleh Iedil Putra, Aaron Aziz dan Erra Fazira bersama-sama barisan pelakon ensembel, filem ini ditayangkan pada 4 Oktober 2012. Ia merupakan satu kegagalan komersial.
Sinopsis
Ijam merupakan seorang pemuda pertengahan 20an yang masih belum dapat mejumpai cinta sejati. Segalanya berubah apabila dia melayari suatu laman web bernama Arjuna Kasih. Tiba-tiba Arjuna Kasih muncul dalam kehidupan Ijam untuk membantunya mencari cinta.
Pelakon
Pelakon utama
- Iedil Putra sebagai Ijam
- Aaron Aziz sebagai Arjuna Kasih
- Erra Fazira sebagai Keyra
- Nas-T sebagai Azoe
- Zain Hamid sebagai Rizal
- Dira Abu Zahar sebagai Aishah
- Tania Hudson sebagai Sherry
Penampilan khas
- Linda Hashim sebagai Jane
- Nazri Mat Isa sebagai Pak Cik
- Khaty Fauziah sebagai Jamilah
- Yus Jambu sebagai Mak Nyah
- Elya sebagai Emmy
- Farah Rahman sebagai Fiona
- Bkay Najr sebagai Kavita
- Mak Jah sebagai Mak Cik
- Bienda sebagai Becca
- Arizan Anuar sebagai Jururawat
- Dynas Mokhtar sebagai Nadia
- Azlee Khairi sebagai Marshall
- Sasitharan Rajoo sebagai Paderi
- Marsha Milan Londoh sebagai Marsha
- Nadia Najwa sebagai Tasha
- Jehan Miskin sebagai Farhan
Trivia
- Sebelum pemilihan Iedil Putra sebagai Ijam, Bront Palarae, Sein Ruffedge, Sharnaz Ahmad, Remy Ishak, Shaheizy Sam dan Qi Razali ditawar watak itu.
- Watak Keyra telah ditawarkan kepada Lisa Surihani sebelum pemilihan Erra Fazira.
- Kesemua t-shirt yang digunakan oleh Ijam berkait dengan babak yang dilakonkan.