Sejarah China | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
PURBA | |||||||
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja | |||||||
Dinasti Xia 2100–1600 BCE | |||||||
Dinasti Shang 1600–1046 BCE | |||||||
Dinasti Zhou 1045–256 BCE | |||||||
Zhou Barat | |||||||
Zhou Timur | |||||||
Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh | |||||||
Zaman Negara Berperang | |||||||
Maharaja | |||||||
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE | |||||||
Dinasti Han 206 BCE–220 CE | |||||||
Han Barat | |||||||
Dinasti Xin | |||||||
Han Timur | |||||||
Tiga Kerajaan 220–280 | |||||||
Wei, Shu & Wu | |||||||
Dinasti Jin 265–420 | |||||||
Jin Barat | 16 Kerajaan 304–439 | ||||||
Jin Timur | |||||||
Dinasti-dinasti Utara & Selatan 420–589 | |||||||
Dinasti Sui 581–618 | |||||||
Dinasti Tang 618–907 | |||||||
( Zhou Kedua 690–705 ) | |||||||
5 Dinasti & 10 Kerajaan 907–960 |
Dinasti Liao 907–1125 | ||||||
Dinasti Song 960–1279 |
|||||||
Song Utara | Xia Barat | ||||||
Song Selatan | Jin | ||||||
Dinasti Yuan 1271–1368 | |||||||
Dinasti Ming 1368–1644 | |||||||
Dinasti Qing 1644–1911 | |||||||
MODEN | |||||||
Republik China 1912–1949 | |||||||
Republik Rakyat China 1949–kini |
Republik China (Taiwan) 1945–kini | ||||||
Taiwan pada asalnya adalah jajahan Jepun pada tahun 1895-1945, hasil kekalahan teruk dinasti Qing selepas Perang China-Jepun Pertama. Selepas kekalahan yang dialami Jepun pada Perang Dunia Kedua, Taiwan telah diberikan kepada tentera Perikatan dan diduduki oleh Republik China. Ia diperintah oleh kerajaan tentera yang korup, lantas ia terjerumus kedalam keadaan kelam-kabut yang mencapai kemuncaknya pada peristiwa 228. Darurat telah diistiharkan pada tahun 1948.
Dalam keadaan tidak menentu ini, selepas kekalahan yang dialami kerajaan parti KMT di tanah besar China pada tahun 1949, Chiang Kai-shek mengberi order berpindah ke pulau Taiwan dan mengistiharkan bandaraya Taipei sebagai ibu negara sementaranya. 2 juta penduduk tanah besar China juga telah mengikuti beliau ke Taiwan, lantas menjadikan jumlah penduduk pulau kecil itu bertambah ke 8 juta.
Semasa era Perang Dingin, Republik China dinampakkan Barat sebagai "Negara China yang bebas" dan suatu bentuk penentangan terhadap Komunisme, manakala Republik Rakyat China telah dilihat sebagai "China Merah" atau "China Komunis". Kerajaan Republik China diiktiraf sebagai satu-satunya kerajaan keseluruhan tanah besar China dan Taiwan yang sah oleh PBB dan kebanyakan negara Barat sehingga tahun 1970-an. Negara Timur juga sedemikian rupa.
Taiwan terus berada di bawah pemerintahan darurat seperti yang diperuntukkan di bawah "Provisyen Sementara Efektif Semasa Pemberontakan Komunis" (動員戡亂時期臨時條款 ) dan pemerintahan satu parti sehingga empat dekad dari tahun 1948 ke tahun 1987, apabila Presiden Chiang Ching-kuo dan Lee Teng-hui, iaitu Presiden pertama Taiwan yang merupakan penduduk tempatan, secara beransur mengliberalisasikan dan mengdemokrasikan system pemerintahan.
Pada tahun 2000, Chen Shui-bian dari parti pro-Merdeka Parti Progresif Demokrat (DPP) memenangi pilihan raya presiden dan menjadi Presiden pertama ROC yang bukan daripada parti KMT. Dalam pilihanraya presiden yang berlangsung pada tahun 2004, selepas peristiwa penembakan 19/3 yang berlaku satu hari sebelum hari mengundi, Chen dilantik semula sebagai Presiden Taiwan dengan kemenangan tipis 0.2%. Parti pimpinan Chen, DPP, juga gagal menguasai dewan undangan dengan memenangi mejoriti kerusi, dan kalah kepada parti KMT yang mahukan penyatuan semula dengan tanah besar China pada tahun 2005. Akan tetapi, DPP berjaya menguasai Dewan Undangan Nasional Republik China.