Antara Dua Hati | |
---|---|
Pengarah | Rosnani Jamil |
Penulis | Rosnani Jamil |
Dihasilkan oleh | Rosnani Jamil |
Dibintangi | Rosnani Jamil Sabree Fadzil Raja Ema Ridzuan Hashim Shah Rezza Sheila Lama |
Diedarkan oleh | R J Filem Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | 1988 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Antara Dua Hati merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1988. Filem Antara Dua Hati diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Antara Dua Hati mula ditayangkan pada 1988 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Rosnani Jamil, Sabree Fadzil dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Antara Dua Hati diarahkan oleh Rosnani Jamil pada 1988.
Ringkasan
Mengisahkan Jefri (Sabree Fadzil) yang mengalami kecederaan ringan selepas dilanggar dengan kereta oleh Datin Sharifah (Rosnani Jamil). Datin Sharifah ialah seorang janda selepas suaminya meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Shah (Ridzuan Hashim) dan Ina (Raja Ema). Perkenalan antara Sharifah dan Jefri telah sedikit sebanyak membuka pintu hatinya untuk mencari pengganti arwah suaminya. Tetapi dalam masa yang sama, Jefri pula berkenalan rapat dengan Ina tanpa pengetahuan Sharifah. Manakala Shah pula menyokong ibunya untuk berkahwin buat kali kedua agar kehidupan ibunya berubah dan tidak berasa sunyi lagi. Ina pula sanggup mengetepikan kekasih lamanya, Joe (Shah Rezza) yang menaruh hati terhadapnya sejak dari dulu lagi. Joe yang kecewa terus membawa diri ke London untuk menyambung pelajarannya. Perhubungan Jefri mulai berubah selepas dia mula menyanyangi Sharifah dari hari ke hari tetapi dia merahsiakan peehubungan ini kepada Ina sedangkan Ina sudah menganggap Jefri sebagai kekasih baharunya. Lama-kelamaan, Jefri sudah tidak tertahan dengan sandiwara ini, dia akhirnya meluahkan perasaannya kepada Sharifah. Sharifah pula tidak sanggup membalas cinta Jefri kerana terlalu sayangkan Ina. Dia sanggup berkorban cintanya demi kebahgiaan Ina. Keputusan Sharifah ini menyebabkan Jefri tidak berpuas hati lalu meluahkan perasaannya kepada Ina yang dia hanya sayangkan Ina seperti seorang abang terhadap adiknya manakala untuk hatinya, Sharifah yang sesuai untuk dijadikan suri hidupnya bukan kerana ingin hidup dalam kemewahan wang ringgit, pangkat dan nama. Ina yang kecewa kerana cintanya bertepuk sebelah tangan tidak dapat menerima hakikat dan bersangka buruk terhadap ibunya tetapi setelah dipujuk oleh Shah, baharulah Ina dapat merelakan pemergian Jefri dari lubuk hatinya. Dan akhirnya, Jefri berjaya juga memujuk hati Sharifah untuk berkahwin selepas hubungan mereka ini dipersetujui oleh kedua-dua orang anaknya.
Pelakon
- Rosnani Jamil sebagai Datin Sharifah
- Sabree Fadzil sebagai Jefri
- Raja Ema sebagai Lina
- Ridzuan Hashim sebagai Shah
- Shah Rezza sebagai Joe
- Yusni Jaafar sebagai Mak Mah (orang gaji Datin Sharifah)
Lagu
- Bingkai Mimpi nyanyian oleh Sabree Fadzil
- Antara Dua Hati nyanyian oleh Rima Rashidi
- Jika Berpisah nyanyian oleh Shah Rezza
- Kekasih nyanyian oleh Raja Ema
- Manisku nyanyian oleh Sabree Fadzil
- Melodi Cinta nyanyian oleh Raja Ema
Pencapaian
- Sabree Fadzil memenangi anugerah pelakon filem lelaki popular di ABPBH pada tahun 1988 menerusi lakonannya dalam filem ini.
Lihat juga
Pautan luar
- [1] di Filemkita