Melur | |
---|---|
Jasminum officinale, melur biasa | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Lamiales |
Keluarga: | Oleaceae |
Tribus: | Jasmineae |
Genus: | Jasminum L. |
Spesies jenis | |
Jasminum officinale | |
Spesies | |
Lebih dari 200, lihat Senarai spesies Jasminum[1][2][3] | |
Sinonim[4] | |
|
Melur, malur, meluh, maluh, melati, manuru, bunga gambir atau bunga pekan ialah sejenis tumbuhan renek berbunga yang menjalar dalam genus Jasminum[5] keluarga Oleaceae.[4][6][7]:193 Genus ini mempunyai lebih 200 spesies[4][6] dan boleh didapati di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Eurasia, Afrika, dan Oceania.[8]:194 Tumbuhan ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut.
Peristilahan
Nama melur (Jawi: ملور ) asalnya dipakai kepada spesies Jasminum sambac;[9] ia masih dipakai kepada spesies ini dalam konteks umum.[10]:42[11][12][13]:121 Nama malur digunakan di Brunei dan Sumatera Utara.[9][13]:121
Nama manuru (Jawi: منورو ) digunakan di Sumatera.[13]:121
Nama melati (Jawi: ملاتي ) pula dipinjamkan daripada bahasa Jawa.[9] Kata-kata seasalnya ialah malati dalam bahasa Sunda dan bahasa Minangkabau, serta malete dalam bahasa Madura.[13]:121
Taksonomi
Nama genus Jasminum dijejak daripada perkataan bahasa Parsi یاسمن yāsamin.[14]
Spesies-spesies melur atau genus Jasminum di bawah tribus Jasmineae dalam keluarga Oleaceae.[8] Genus ini dibahagikan kepada lima bahagian: Alternifolia, Jasminum, Primulina, Trifoliolata, dan Unifoliolata.[15]
Spesies terpilih[6]
Botani
Bentuk daun tumbuhan ini tampak ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan hijau tua. Tumbuh-tumbuhan spesies melur memanjat pokok-pokok lain.[13]:121[8]:194
Bunga
Bunga spesies melur, pada amnya, mudah didapati dengan warna putih. Namun, ada spesies yang lain mempunyai bunga dengan warna sedikit kuning. Sekuntum bunga melur boleh dijumpai dengan lima ke enam ranggi.
Bauan bunga ini kuat dan harum. Musim pembungaan bunga melur adalah di sekitar musim bunga dan musim sejuk pada kebanyakan jenis, tetapi, J. nudiflorum boleh dilihat pada dahan-dahan pada musim sejuk.
Kegunaan
Kebanyakan pokok ini boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan di laman rumah terutamanya di benua Asia. Di Malaysia, jenis bunga melur yang banyak didapati dan ditanam sebagai pokok hiasan laman ialah Jasminum sambac.
Di sesetengah negara di dunia, pati haruman bunga melur ini dibuat dan dicampur untuk bahan minuman. Di China, bunga melur disatukan untuk dijadikan teh herba. Melur jenis jasminum sambac, selalunya digunakan sebagai bahan bauan bersama dengan teh, di mana ia dijadikan bahan haruman bauan teh hijau dan kekadang untuk teh Oolong. Penggunaan teh Melur sesuai dipasangkan dengan makanan seperti makanan pedas dan tenusu[16]
Pati bunga melur kebanyakannya dijadikan bahan wangian badan seperti Donna Karan Cashmere Mist dari DKNY. Di Itali, melur casablanca (Jasmine officinalle) yang disebut Spansish jasmine ditanam pada 1692 untuk dijadikan wangian badan. Pada 1665, melur putih (Jasminum sambac) pula diperkenalkan oleh Duke Casimo de’ Meici di England. Pada 1919 pula, ditemukan melur jenis Jasminum parkeri di kawasan barat laut India.
Keagamaan
Kebanyakan penganut Hindu, akan memberi kalungan bunga melur sebagai tanda pemberian dan pengorbanan diri kepada tuhan-tuhan mereka. Bunga-bunga melur ini, akan dijadikan satu bentuk kalungan dan kemudiannya dikalungkan pada berhala mereka.
Kebudayaan
Pada tahun 1937, Filipina mengambil bunga melur jenis Jasminum sambac untuk dijadikan bunga kebangsaan, dan Indonesia pada tahun 1990. Semasa pemilihan bunga kebangsaan Malaysia, bunga melur juga disenaraikan, namun bunga raya telah memenangi undian ramai sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Di Thailand pula bunga melur melambangkan keibuan.
Di Malaysia, bunga melur dijadikan selitan dalam lagu kanak-kanak Air Pasang Dalam dan menjadi ilham kepada satu lagu ciptaaan P. Ramlee iaitu Bunga Melor. Melur juga digunakan sebagai nama wirawati dalam cerita klasik Batu Belah Batu Bertangkup, bersama adiknya Pekan (juga nama sejenis bunga). Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaan sebelum dikalahkan oleh bunga raya pada 1960.[perlu rujukan]
Bagi India dan sesetengah Melayu (dahulu), terutamanya wanita dan gadis, bunga melur diselitkan di bahagian sanggul rambut sebagai perhiasan kepala pada upacara dan majlis tertentu. Namun, adat ini masih diteruskan di kepulauan jawa, Indonesia di mana bunga-bunga melur dikumpulkan dan diikatkan menjadi sanggul, kalung atau ronce melati sewaktu dalam pernikahan.[17]
Rujukan
- ^ "Jasminum". Index Nominum Genericorum. International Association for Plant Taxonomy. Dicapai pada 2008-06-03.
- ^ "10. Jasminum Linnaeus". Chinese Plant Names. 15: 307. Dicapai pada 2008-06-03.
- ^ UniProt. "Jasminum". Dicapai pada 2008-06-03.
- ^ a b c "Tacca J.R.Forst. & G.Forst". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 25 Mac 2023.
- ^ "Jasminum". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c "Jasminum L." World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 25 Mac 2023.
- ^ A.K. Singh (2006). Flower Crops: Cultivation and Management. New Delhi, India: New India Publishing. m/s. 193–205. ISBN 978-81-89422-35-6.
- ^ a b c Singh, A.K. (2006). Flower Crops: Cultivation and Management. New Delhi, India: New India Publishing. m/s. 193–205. ISBN 978-81-89422-35-6.
- ^ a b c Wilkinson, Richard James (1932). "mĕlur". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 123 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 42, 196–197. ISBN 9789676118929.
- ^ "Bunga Melur / Melati". Advanced Medical and Dental Institute. Universiti Sains Malaysia. Dicapai pada 8 Februari 2022.
- ^ "melur". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c d e Wijayakusuma, H. M. Hembing (2000). Ensiklopedia Milenium Tumbuhan Berkhasiat Obat Indonesia. 1: Bunga-bungaan. Jakarta, Indonesia: Prestasi Insan Indonesia. m/s. 121–123. ISBN 979-9157-18-8.
- ^ Bayton, Ross (2019). The Gardener's Botanical: An Encyclopedia of Latin Plant Names. London, United Kingdom: Persatuan Hortikultur Diraja. m/s. 170. ISBN 978-1-78472-677-5.
- ^ USDA, ARS, National Genetic Resources Program. "Jasminum L." Germplasm Resources Information Network, National Germplasm Resources Laboratory. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2012. Dicapai pada November 22, 2011.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Fakta Teh Diarkibkan 2008-05-09 di Wayback Machine, The Tea House Times
- ^ Ini Makna dan Sejarah Ronce Melati untuk Pernikahan - Mahligai Indonesia (mahligai-indonesia.com)