Ilmu falak merupakan antara bidang sains yang tertua. Budaya-budaya prasejarah meninggalkan artifak astronomi seperti monumen Mesir dan Nubia. Peradaban awal seperti Babylon, Yunani dan Maya telah membuat pemerhatian dan pencerapan di langit malam. Walau bagaimanapun, penciptaan teleskop pada 1600-an telah mengubah astronomi kepada satu bentuk sains moden. Dari segi sejarah, astronomi mempunyai disiplin yang pelbagai seperti astrometri, pandu arah cakerawala, astronomi boleh cerap dan pembuatan takwim tetapi astronomi profesional pada masa kini sering dianggap sinonim dengan astrofizik.
Laman pilihan
Komet Hale–Bopp yang kelihatan di Munich, Jerman
Komet Hale–Bopp (gelaran formal C/1995 O1) ialah komet yang mungkin diperhatikan secara meluas pada abad ke-20 dan salah satu yang paling cerah pernah dilihat untuk banyak dasawarsa.
Komet ini ditemui pada 23 Julai 1995 secara berasingan oleh Alan Hale dan Thomas Bopp, sebelum ia boleh dilihat dengan mata kasar di Bumi. Walaupun meramalkan kecerahan maksimum komet baru dengan tahap kepastian yang jelas adalah sukar, Hale–Bopp memenuhi atau melebihi kebanyakan ramalan ketika ia melewati perihelion pada 1 April 1997. Ia boleh dilihat dengan mata kasar untuk rekod selama 18 bulan, dua kali lebih lama berbanding pemegang rekod sebelumnya, Komet Besar 1811. Oleh itu, Hale–Bopp juga dikenali sebagai Komet Besar 1997.
Kongsikan:
Tahukah anda
Planet kerdil Ceres, diambil oleh kapal angkasa Dawn
... bahawa galaksi kerdil Leo IV adalah salah satu daripada satelit Bima Sakti?
... bahawa "Bumi" adalah satu-satunya planet yang namanya berasal daripada bahasa Sanskrit, yang membawa maksud 'tanah'?
... bahawa kelajuan angin suria boleh mencecah sehingga 750 kilometer sesaat?
08 Februari 1974 – Selepas 84 hari berada di angkasa lepas, kakitangan Skylab 4, kru terakhir yang melawat stesen angkasa Amerika Skylab kembali ke Bumi.
18 Februari 1930 – Ahli falak Amerika Clyde Tombaugh menemui planetPluto dengan menggunakan pembanding kerlip pada gambar yang diambilnya pada bulan sebelumnya di Balai Cerap Lowell.
20 Februari 1962 – Projek Mercury: Semasa menaiki kapal angkasa Friendship 7, John Glenn menjadi orang Amerika pertama untuk mengorbit Bumi, membuat tiga orbit dalam masa 4 jam 55 minit.
28 Februari 1997 – GRB 970228, satu sinar gama kilat yang sangat bercahaya, melanda Bumi untuk 80 saat, memberikan bukti awal bahawa letusan sinar gama berlaku jauh di luar Bima Sakti.
Kategori
Kandungan pilihan
Gambar pilihan
Paparan sejagat planetZuhrah (juga dikenali sebagai Kejora) yang dipusatkan pada 180 darjah garis bujur timur.
Kongsikan:
Perkara yang boleh dilakukan
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan: