Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kaum Maya merupakan penduduk selatan Mexico dan utara Amerika Tengah yang kaya dengan sejarah yang merangkumi tempoh selama 3,000 tahun. Maya merupakan sebahagian daripada kebudayaan Pra-Colombia Mesoamerika. Bertentangan kepada dongeng popular, Orang Maya tidak pernah "hilang", berjuta-juta orang Maya masih hidup di kawasan ini. Ramai daripada mereka masih bertutur dalam salah satu keluarga bahasa Maya. Rencana ini akan menumpu kepada tamadun Maya sebelum penaklukan oleh Sepanyol.
Asal
Bukti Arkeologi menunjukkan kaum Maya mula mendirikan bangunan upacara sekitar 3000 tahun dahulu. Terdapat pertelingkahan berkenaan sempadan dan perbezaan di antara kaum Maya yang awal berbanding dengan jiran mereka, tamadun Pre-klasik Mesoamerika, kebudayaan Olmec. Kaum Olmec dan kaum Maya awal kelihatan mempengaruhi sesama mereka.
Binaan terawal terdiri dari timbunan pengebumian yang mudah, awalan kepada piramid yang didirikan dimasa yang berikutnya.
Akhirnya, kebudayaan Olmec pudar selepas pengaruh mereka tersebar ke semenanjung Yucatan, sekarang dikenali sebagai Guatemala, dan daerah yang lain.
Kaum Maya memajukan bandar yang terkenal iaitu Tikal, Palenque, Copán dan Kalakmul, juga Dos Pilas, Uaxactun, Altun Ha, dan banyak tempat yang lain di kawasan itu. Mereka majukan suatu pertanian intensif, empayar berpusat kepada bandar mengandungi dari banyak bandar negara bebas. Binaan yang paling menonjol adalah piramid yang mereka bina sebagai pusat kepercayaan mereka dan istana pemerintah mereka. Peninggalan kaji purba penting yang masih kekal termasuk kepingan batu diukir, lazimnya panggil STELAE (Maya menggelar mereka Tetun, atau "pokok-batu"), yang menggambarkan (pemerintah) disertai dengan teks heiroglyphik yang menerangkan salasilah mereka, kemenangan dalam peperangan, dan pencapaian yang lain.
Kaum Maya terlibat dalam perdagangan jarak jauh di Mesoamerika dan mungkin dengan tempat yang lebih jauh. Barangan perdagangan penting termasuk koko, garam, dan obsidian; lihat juga : kegunaan obsidian di Mesoamerika.
Seni
Ramai yang memikirkan bahawa kesenian Maya pada Era klasik Maya (sekitar 200 hingga 900 s.m.) merupakan tercanggih dan tercantik diantara kesenian silam Dunia Baru. Ukiran dan lukisan stucco di Palenque dan patung di Copan amat halus, menunjukkan kelembutan dan kejituan pemantauan bentuk tubuh manusia yang mengigatkan pakar kaji purba kepada kebudayaan silam Dunia Lama, menyebabkan era ini diberikan nama Era klasik Maya. Kita hanya ada bayangan lukisan maju Maya klasik, kebanyakan yang masih tertinggal adalah tembikar pengkebumian dan seramik Maya yang lain. Terdapat juga binaan di Bonampak yang memiliki mural silam yang terselamat secara tidak sengaja. Dengan pemahaman skrip tulisan Maya, didapati kaum Maya merupakan salah satu daripada kebudayaan yang mana para artisnya menuliskan nama mereka pada hasil kerja mereka.
Seni bina
Seunik dan menakjubkan seperti sebarang senibina Greek atau Rom silam, senibina Maya kekal selama beribu-ribu tahun; tetapi, yang paling dramatik dan paling senang dikenali sebagai kebudayaan Maya adalah binaan piramid bertingkat menakjubkan dari tempoh Pre-kalssik terminal dan seterusnya. Pada "kemuncak" kebudayaan Maya, pusat keugamaan mereka, perdagangan dan kuasa birokrasi meningkat untuk membentuk bandar seperti: Chichen Itza, Tikal, and Uxmal yang mengkagumkan. Seterusnya, melalui perbezaan stail yang jelas dan banyak, tinggalan daripada hasil senibina Maya adalah suatu kunci penting untuk kefahaman tentang evolosi tamadun silam Maya.
Rekabentuk bandar
Ketika bandar Maya merebak serata geografi Mesoamerika, tahap dari perancangan tapak bandar keluhatannya minima; bandar mereka telah dibina sembarangan menurut keadaan mukabumi setiap tapak bandar, seni bina Maya cenderung untuk merangkumi sebahagian besarnya dengan keadaan mukabumi asal. Contohnya, sebahagian bandar yang wujud di dataran batu kapur di utara Yucatan berubah kepada bandaraya terbentang luas, sementara yang lain yang dibina di kawasan berbukit-bukau di Usumacinta menggunakan keadaan mukabumi berbukit asli untuk mendirikan menara dan kuil mereka pada ketinggian menakjubkan. Bagaimanapun, sebahagian persamaan dari bentuk, yang diperlukan oleh sebarang bandar besar, masih berjaya diatasi. Pada permulaan pembinaan berskala besar, kebiasaannya satu titik tengah telah ditetapkan selari dengan arah jarum kompas dan bergantung kepada lokasi dan sumber asli seperti adanya sumber air bersih, atau "cenotes", bandar tersebut akan diperluaskan dengan menyambung medan besar dengan platform yang banyak yang membentuk sub-struktur bagi kesemua bangunan Maya, melalui laluan pejalan kaki sacbeob. Di pusat bandar Maya wujud plaza besar dikelilingi oleh bangunan kerajaan dan keugamaan paling penting seperti makam diraja, kuil piramid agung dan kadang-kala padang bola Mesoamerika
Betul-betul diluar pusat budaya terdapat binaan bangsawan kurang penting, kuil kecil, dan kuil persendirian.... ringkasnya semakin kurang penting semakin kurang menjadi tumpuan. Apabila lebih banyak binaan ditambah dan bangunan sedia ada dibina semula atau diubah suai, bandar Maya agung kelihatannya mempunyai identiti yang rawak, jelas bertentangan dengan bandaraya Mesoamerika lain seperti Teotihuacan yang mempunyai pembinaan berpetak. Sungguhpun bentuk bandar bergantung kepada keadaan mukabumi, perhatian khusus diberikan kepada arah kuil dan tempat pemerhatian bintang dan mereka dibina menurut pengertian Maya tentang orbit bintang. Diluar pusat bandar, rumah yang lebih kecil dan tidak kekal kepunyaan rakyat biasa dibina.
Reka bentuk bandar Maya Klasik dapat digambarkan dengan mudah sebagai pembahagian ruang oleh peringatan besar dan jalan laluan. Dalam kes ini, dataran terbuka umum merupakan tempat perkumpulan orang ramai dan merupakan tumpuan bagi reka bentuk bandar, sementara ruang dalaman mendapat tempat kedua. Hanya pada Zaman Pasca-Klasik Akhir, bandar besar Maya beransur membangun menjadi struktur pertahanan sepertikubu yang tidak mempunyai dataran yang tidak sebanyak seperti era Klasik.
Bahan Binaan
Sesuatu yang menghairankan mengenai struktur pembinaan Maya adalah ketiadaan teknologi moden yang dianggap perlu bagi pembinaan struktur sedemikian. Ketiadaan perkakasan logam, takal, dan juga roda tidak menjadi masalah kerana seni bina Maya memerlukan hanya satu sumber tetapi dalam jumlah yang besar: tenaga manusia. Sungguhpun begitu, selain keperluan yang banyak ini, bahan yang lain kelihatannya mudah di dapati. Kesemua batu untuk bangunan Maya kelihatannya di ambil daripada kuari tempatan; pada kebiasaannya ini merupakan batu kapur yang ketika dikeluarkan masih lembut untuk diukir dengan menggunakan perkakasan batu dan hanya menjadi keras serelah lama terdedah kepada udara. Selain daripada pengunaan bagi pembinaan struktur, kebanyakan bahan motar Maya menggunakan batu kapur yang dihancurkan, dibakar, dan digaul yang membentuk bahan menyerupai simen dan digunakan sebagai lapisan kemasan stucco selain sebagai motar. Bagaimanapun, kemajuan dalam teknik melombong batu mengurangkan pergantungan kepada stucco batu kapur apabila batu yang diambil dipotong dengan begitu sempurna ukurannya. Bagaimanapun campuran motar ini kekal sebagai unsur penting dalam sebahagian tiang dan atap lintel. Dalam kes rumah biasa, tiang kayu, adobe, dan atap jerami merupakan bahan yang biasa digunakan; bagaimanapun apa yang kelihatannya seperti rumah orang kebanyakan, yang dibina dari batu kapur turut dijumpai. Ia patut dijelaskan bahawa dalam satu kejadian, di bandar Comalcalco, batu-bata tanah liat dibakar telah digunakan bagi menggantikan kekurangan deposit batu utama.
Proses Pembinaan
Kesemua bukti yang ada mencadangkan bahawa kebanyakan bangunan batu yang terdapat di kemuncak sub-struktur pelantar yang berbeza ketinggiannya dari kurang daripada satu meter, dalam kes tambak "terraces" dan struktur kecil, sehingga 45 meter bagi kuil agung dan piramid.
Susunan tangga batu yang curam biasanya membelah pelantar bertingkat besar pada satu bahagian, menyumbang kepada penonjolan "bi-symmetrical" yang biasa terdapat pada seni reka Maya. Bergantung kepada kecenderungan stail yang biasa pada sesuatu kawasan, pelantar tersebut kemungkinannya dibina dari batu stucco yang dipotong dibahagian luar dan diisi dengan anak batu yang di isi padat. Sebagaimana dengan kebanyakan ukiran timbul Maya, apa yang terdapat di atas pelantar sering berkait dengan tujuan struktur yang didirikan. Dengan itu, apabila pelantar sub-struktur siap, tempat kediaman utama dan kuil Maya di bina di atas asas yang kukuh di atas pelantar. Ketika semua struktur dibina, tiada perhatian diberikan kepada kegunaan mereka atau hiasan luaran; bagaimanapun, a beberapa ciri-ciri berulang, gerbang batu corbeled arch, seringkali digunakan bagi menyamai bentuk dan perasaan pondok Maya ringkas. Walaupun ini bukannya perkakasan yang sesuai untuk meningkatkan ruang dalaman, kerana dinding batu yang tebal diperlukan untuk menyokong siling yang tinggi, sesetengah kuil menggunakan gerbang berulang, atau corbeled vault, untuk membina apa yang dikenali oleh orang Maya sebagai pibnal, atau sweatbath, sebagaiman yang terdapat di Kuil Salib Temple of the Cross di Palenque. Apabila struktur siap dibina, biasanya kerja-kerja hiasan yang menyeluruh dilakukan ... biasanya hanya pada stucco penutup yang digunakan bagi menghapuskan sebarang kecacatan; bagaimanapun, banyak ukiran lintel telah ditemui, termasuk juga ukiran batu sebenar yang digunakan sebagai muka depan. Biasanya, ia akan berterusan tanpa henti mengelilingi selurut binaan dan mengandungi pelbagai hasil seni berkaitan dengan penghuni atau tujuan bangunan tersebut. Walaupun bukan terdapat di kesemua lokasi Maya, penggunaan stucco yang diwarnakan turut dijumpai.
Ia telah dicadangkan bahawa, bersama dengan Takwim Kiraan Panjang Maya "Mayan Long Count Calendar", setiap lima puluh dua tahun, atau kitaran, kuil dan piramid diubah suai dan dibina semula. Ia kelihatan sekarang bahawa pembinaan semula sering dicetuskan oleh pemerintah baru atau untuk tujuan politik, dan bukannya bergantung kepada kiraan kitaran takwim. Bagaimanapun, proses membina semula di atas struktur lama merupakan satu kebiasaan. Paling penting, Acropolis Utara di Tikal kelihatannya merupakan hasil dari pengubah suaian arkitekture selama 1,500 tahun.
Pembinaan Penting
Pelantar Upacara "Ceremonial Platforms"
Pelantar Upacara biasanya merupakan pelantar batu kapur yang biasanya kurang dari empat meter tinggi di mana upacara umum dan upacara keugamaan dijalankan. Dibina dalam bentuk pelantar asas biasa, Pelantar Upacara sering dihiasi dengan ukiran lembaga, alters dan kemungkinannya tzompantli, pacang yang digunakan untuk mengantung kepala mangsa korban atau kepala pasukan permainan bola Mesoamerika yang kalah.
Istana
Istana Maya pada kebiasaannya bersaiz besar dan berhias indah, terletak hampir dengan pusat bandar dan didiami kaum bangsawan. Sebarang istana diraja yang teramat besar, atau mengandungi bilik pada aras berlainan boleh dirujuk sebagai akropolis. Bagaimanapun, seringkali istana adalah satu tingkat dan mengandungi banyak bilik kecil dan sering mengandungi sekurang-kurangnya satu halaman dalaman; struktur ini mengambil kira keperluan fungsi penghuni, termasuk juga hiasan diperlukan sebagai memenuhi taraf penghuni. Kebanyakan pakar kajipurba bersetuju bahawa kebanyakan istana merupakan makam. Di Copan, di bawah empat ratus tahun binaan semula, makam pemerintah silam telah dijumpai dan Acropolis Utara di Tikal kelihatannya merupakan tapak banyak penkebumian semasa tempoh Terminal Pre-klassik dan Awal Klassik.
Kumpulan E (E-groups)
Kehadiran binaan yang sentiasa terdapat di bandar Maya ini kekal sebagai suatu misteri. Tidak pernah gagal untuk muncul di sebelah barat dataran adalah kuil piramid, berhadapan dengan tiga kuil yang lebih kecil bersetentangan dataran. Ia telah diandaikan bahawa kumpulan-E ini adalah bangunan pencerapan bintang disebabkan kedudukan matahari yang tepat melalui kuil kecil apabila dilihat melalui piramid ketika solstis dan ekuinoks. Pendapat lain terhasil dari kemungkinannya cerita ciptaan yang digambarkan oleh ukiran dan hasil seni yang menghiasi struktur ini.
Kuil dan Piramid
Sering kali kuil keugamaan terpenting, terletak dikemuncak piramid Maya, yang dianggap tempat paling hampir dengan syurga. Sungguhpun perjumpaan baru menunjukkan kearah penggunaan meluas piramid sebagai makam, kuil itu sendiri kelihatannya jarang, jika ada, mempunyai makam. Walaupun tiada kamar pengkebumian, bagaimanapun, paderi Maya boleh memasuki ruang paling dalam, tiga bilik sempit untuk kegunaan pelbagai tujuan upacara. Terletak dikemuncak piramid, sesetengahnya melebihi dua ratus kaki, seperti yang terletak di El Mirador, setiap kuil mengkagumkan dan dihiasi dengan struktur berukir. Biasanya ditutup dengan atap (roof comb), atau dinding mengkagumkan di luar "superficial grandiose wall", kuil ini mungkin dijadikan sebagai sejenis propaganda. Kerana kadang-kadang satu-satunya struktur yang melepasi ketinggian hutan, atap sikat ( roof combs ) dipuncak kuil sering kali diukir dengan gambaran pemerintah yang boleh dilihat dari jarak jauh. Dibawah kuil agung terletak piramid yang merupakan pelantar bertingkat dibelah oleh tangga curam yang membenarkan laluan ke kuil.
Padang Bola (Ball Courts)
Sebagai aspek penting dalam cara hidup Mesoamerikan, padang bola bagi permainan bola adat dibina diseluruh alam Maya dan sering kali diadakan pada skala yang besar. Dikelilingi pada dua bahagian oleh cerun bertingkat yang menghala ke pentas upacara atau kuil kecil, padang bola itu sendiri adalah berbentuk huruf I besar dan terdapat di kesemua kecuali bandar terkecil Maya.
Sistem Tulisan
Sistem tulisan Maya (sering dipanggil hieroglyphics dari persamaan kabur dengan tulisan Mesir Silam, yang mana tiada kaitan) merupakan gabungan simbol phonetik dan ideogram. Ia merupakan sistem tulisan Dunia Baru Pre-Kolumbian yang boleh mewakili sepenuhnya bahasa pertuturan dengan tahap sama dengan bahasa bertulis dunia lama. Pemahaman ( decipherment ) tul;isan Maya merupakan proses yang sukar dan memakan masa. Sebahagian daripadanya telah difahami pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 (kebanyakannya berkaitan dengan nombor, takwim, dan astronomi), tetapi kejayaan besar bermula pada 1960-an dan 1970-an dan meningkat dengan pantas selepasnya, jadi sekarang kebanyakan teks Maya boleh di baca hampir sepenuhnya dalam bahasa mereka. Malangnya paderi Sepanyol begitu ghairah memerintah pembakaran kesemua buku Maya selepas penaklukkan. Walaupun banyak ukiran batu terselamat (kebanyakannya dari bandar yang telahpun ditinggalkan apabila orang-orang Sepanyol sampai), hanya 3 buku dan beberapa halaman dari yang keempat terselamat dari perpustakaan silam. Timbunan empat segi plaster dan serpihan cat sering kali dijumpai dalam carigali purba Maya; ia adalah apa yang tinggal daripada buku selepas kesemua bahan organik telah reput.
Merujuk kepada skop penulisan Maya yang tinggal, Michael Coe, pakar kajipurba terkenal di Universiti Yale menyatakan:
- "Our knowledge of ancient Maya thought must represent only a tiny fraction of the whole picture, for of the thousands of books in which the full extent of their learning and ritual was recorded, only four have survived to modern times (as though all that posterity knew of ourselves were to be based upon three prayer books and Pilgrim's Progress)." (Michael D. Coe, The Maya, London: Thames and Hudson, 4th ed., 1987, p. 161.)
Matematik
Maya (atau leluhur Olmec mereka) memajukan konsep sifar (malah, mereka telah menggunakan konsep sifar berabad-abad sebelum Dunia Lama), dan menggunakan sistem nombor asas 20 (lihat nombor Maya). Ukiran menunjukkan mereka kadang-kala membuat pengiraan sehingga beratus juta. Mereka menghasilkan pemantauan astronomi yang amat tepat; peta pergerakan bulan dan planet adalah setaraf atau lebih baik berbanding sebarang kebudayaan yang melakukan pencerapan menggunakan mata kasar. Pengiraan Maya terhadap tahun matahari ( solar year ) adalah lebih baik berbanding takwim Gregory.
Kejatuhan Maya
Pada abad ke 8 dan ke 9 AD kebudayaan Maya Klassik merosot, dengan kebanyakan bandar tanah rendah ditinggalkan. Perperangan, kehabisan tanah pertanian disebabkan faktor ekologi, dan kemarau atau gabungan faktor-faktor ini biasanya dicadangkan sebagai sebab kemerosotan ini. Terdapat bukti carigali arkhaeologi mengenai perperangan, kebuluran, dan pemberontakan terhadap kaum bangsawan dipelbagai tapak tanah rendah tengah.
Bandar Maya di tanah rendah di utara Yucatan masih berkembang melebihi dari satu abad lagi; sebahagian dari tapak penting pada era ini adalah Chichen Itza, Uxmal, Etzna, dan Coba. Selepas kejatuhan dinasti pemerintah Chichen dan Uxmal, Mayapan memerintah kesemua Yucatan sehingga pemberontakan pada tahun 1450; kawasan tersebut kemudian bertukar menjadi negara bandar sehingga Sepanyol menakluk Yucatan.
Negeri Post-Klassik Maya turut terus berkembang ditanah tinggi kawasan selatan. Satu daripada kerajaan Maya di kawasan ini, Quiché, bertanggungjawab atas karya sejarah dan mitologi dari tamadun ini, Poopol Wuuj.
Sepanyol memulakan penaklukan tanah Maya pada 1520-an. Sesetengah negeri Maya memberikan tentengan sengit; negara bandar Maya terakhir hanya ditewaskan oleh pihak berkuasa Sepanyol pada 1697.
Sebahagian besar koloni Amerika Sepanyol terputus hubungan dengan negara luar, dan runtuhan bandar agung silam tidak begitu diketahui kecuali kepada penduduk tempatan. Pada tahun 1839 bagaimanapun, pengembara Amerika, John Lloyd Stephens, mendengar lapuran mengenai tinggalan purba di dalam hutan, melawat Copan, Palenque, dan tapak lain dengan arkhitek & pelakar pelan draftsman Inggeris Frederick Catherwood. Gambaran bergambar mereka mengenai runtuhan tersebut menyemarakkan minat yang kuat terhadap penduduk dan kawasan tersebut, dan mereka sekali lagi menduduki kedudukan penting sebagai penyambung penting dalam warisan Mesoamerican.
Sebahagian besar penduduk pendalaman kini di Guatemala dan Belize adalah dari keturunan Maya dan bertutur Maya sebagai bahasa utama; kebudayaan Maya masih wujud dipendalaman Mexico.
Senarai Tapak Maya
Tapak terpenting Maya
Tapak Maya yang lain
- Altun Ha
- Becan
- Bonampak
- Caracol
- Dos Pilas
- Dzibilchaltun
- El Mirador
- Etzna
- Gumarcaj
- Izamal
- Kabaah
- Kaminaljuyu
- Labná
- Louisville, Belize
- Lubaantun
- Mayapan
- Nim Li Punit
- Piedras Negras
- Quirigua
- Rio Bec
- Sayil
- Seibal
- Tonina
- Tuluum
- Uaxactun
- Xunantunich
- Yaxchilan
- Zaculeu
Lihat juga
- Mitos Maya
- Takwim Maya
- Tarian Maya Pre-Kolumbian
- Ular Visi "Vision Serpent"
- Jaguar dalam kebudayaan Mesoamerican
Rujukan
Pautan luar
- Mayaweb: Culture and History of the Ancient Maya (Dutch and English website)
- Foundation for the Advancement of Mesoamerican Studies, Inc (FAMSI)
- Mayan Math and astronomy
- Mayaweb (Dutch and English)
- Guatemala, Cradle of The Maya Civilization
- Web page of the Maya Esteem Project centered on Maya sites in Chilon, Chiapas, Mexico.
- Web page of the Maya Blue Pigment
- Maya Tools, Weapons & Artifacts Diarkibkan 2008-07-04 di Wayback Machine
{{#switch:||Kategori=