Naruto: Shippūden merupakan siri anime Naruto yang diadaptasikan daripada bahagian kedua siri manganya, di mana ianya berlaku dua tahun setengah selepas insiden Sasuke Uchiha melarikan diri dari Konohagakure dan menyertai Otogakure. Naruto Uzumaki yang kini di bawah tunjuk ajar salah seorang ninja Sannin bernama Jiraiya. Siri anime ini masih bersiaran secara langsung di Jepun kerana masih lagi belum tamat.
Melalui plot ini juga meyaksikan kemunculan sepenuhnya musuh baru dalam siri Naruto iaitu organisasi Akatsuki.
Senarai filem Naruto: Shippūden
Setakat ini, hanya terdapat tiga sahaja judul filem dari siri Naruto yang berkaitan dengan plot Naruto: Shippūden, berikut adalah senarai filem-filem tersebut:
- Naruto Shippūden the Movie: Hurricane Chronicles
- Naruto Shippūden the Movie 2: Bonds
- Naruto Shippūden the Movie 3: Inheritors of the Will of Fire
- Naruto Shippūden the Movie 4: The Lost Tower
- Naruto Shippuden the Movie 5: Blood Prison
- Naruto Shippuden the Movie 6: Road to Ninja
- The Last: Naruto the Movie
Naruto: Shippuden the Movie
Naruto Shippūden: the Movie (劇場版NARUTO−ナルト− 疾風伝 , Gekijōban Naruto Shippūden) adalah filem dari siri Naruto yang ditayangkan pada tahun 2007, diarahkan oleh Hajime Kamegaki dan ditulis oleh Junki Takegami. Ia merupakan judul filem keempat bagi siri Naruto. Kemunculan pertamanya di pawagam seluruh Jepun adalah pada Ogos 4, 2007.
Ringkasan Plot
Pembukaan filem tersebut memaparkan bagaimana Naruto Uzumaki dilihat bertarung dengan seekor raksasa dan terbunuh. Kemudian, jalan cerita telah dibalikkan beberapa hari kebelakang apabila seorang lelaki bernama Yomi (membawa maksud "dunia bawah" dalam bahasa Jepun) telah menyerang sebuah makam untuk mendapatkan sejenis "semangat" yang bernama Mōryō; seekor raksasa yang pernah cuba mengambil alih pemerintahan di dunia dengan mencipta "Kerajaan Seribu Tahun" miliknya. Oleh kerana Mōryō tidak memiliki tubuh yang sebenar, Yomi telah bersedia menawarkan dirinya untuk menjadi "tubuh" sementara kepada Mōryō sehinggalah dia berjaya menemukan tubuh asalnya kembali.
Satu-satu masalah dan ancaman kepada Mōryō adalah seorang biarawati bernama Shion, yang memiliki kebolehan untuk mengurung semangatnya sekali lagi. Mōryō kemudiannya mencipta angkatan tentera daripada batu-batan untuk melakukan serangan ke seluruh dunia, manakala empat orang anak buahnya diarahkan untuk membunuh Shion. Setiap seorang daripada mereka berempat telah diberikan sejenis "makhluk chakura" yang berkuasa untuk emningkatkan kekuatan masing-masing.
Untuk mengatasi ancaman tersebut, pihak Konoha telah menghantar banyak pasukan untuk melengah-lengahkan pasukan askar batuan tersebut. Naruto Uzumaki, Sakura Haruno, Neji Hyūga dan Rock Lee telah diarahkan untuk menjadi pengawal kepada Shion dan menghantar wanita tersebutke sebuah makam di mana tubuh asal Mōryō disimpan. Mereka berempat berjaya mengalahkan keempat-empat orang suruhan Mōryō setelah mereka kehausan tenaga kerana gagal dalam percubaan untuk mengalahkan Naruto. Shion memberitahu Naruto bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan pembantu Shion iaitu [[Taruho (Naruto)|Taruho) menerangkan bahawa; Shion mampu melihat masa hadapan dan seratus tilikan yang pernah dibuat olehnya sebelum ini, kesemuanya telah menjadi kenyataan. Sedang mereka menuju ke makam tersebut, pasukan dari Konoha itu telah diserang hendap sekali lagi dan terpisah menjadi dua kumpulan kecil. Lee telah berjaya membunuh lawannya setelah memakan sejenis coklat beralkohol untuk membolehkannya menggunakan Teknik Kungfu Mabuk manakal Naruto masih sibuk bertarung dengan pihak lawannya. Neji memberitahu Sakura untuk melarikan diri bersama Shion dan Neji tidak "perasan" bahawa dua musuh yang dihadapinya sebenarnya hanyalah seorang bersama sejenis "patung". Sakura telah dikepung dan dikalahkan oleh baki kumpulan askar tersebut dan Shion telah dibunuh. Namun begitu, semua ini hanyalah helah apabila Shion yang "sepatutnya" sudah mati itu sebenarnya adalah Taruho yang telah menukarkan dirinya kepada Shion: dengan tujuan ingin menipu mereka bahawa mereka telah berjaya membunuh Shion yang sebenarnya. Shion menerangkan bahawa "kuasa" miliknya berfungsi dengan menukarkan semangatnya dengan orang lain pada ketika dia dibunuh dan seterusnya mengelakkan kematian ke atas dirinya. Naruto mmeberitahu bahawa dia tidak akan mati dan dia akan mempertahankan dan memastikan keselamatan Shion.
Terima kasih kepada Lee, Neji menyedari bahwa ketiga-tiga musuh yang tertinggal mesti sentiasa memulihkan chakura mereka untuk bertarung dengan efektif. Naruto kemudiannya meneruskan perjalan ke makam tersebut bersama dengan Shion, manakal Sakura dan Lee memperdayakan pihak lawan mereka agar melakukan serangan yang membazirkan chakura mereka. Apabila sampai masanya untuk mereka memulihkan kembali jumlah chakura mereka, Neji telah mengalah ninja yang terakhir daripada memulihkan chakura rakannya yang lain, mengakibatkan ninja yang berdua lagi turut tidak mampu bertarung dan dikalahkan oleh Sakura dan Lee.
Di makam pergunungan di mana badan sebenar Mōryō disimpan, Naruto dan Shion mendapati pasukan askar batuan sedang menanti mereka. Naruto cuba menghalang pasukan askar batuan tersebut manakala Shion bergegas masuk ke dalam makam tersebut dan memulakan ritual untuk mengurung tubuh Mōryō. Bagaimanapun, Yomi telah menunggu di dalam makam tersebut dan berjaya memperdayakan Shion untuk melakukan teknik tersebut dengan dirinya berada dalam jampi kurungan, lalu membolehkan semangat Mōryō bersatu dengan tubuhnya. Kemudian Naruto memunculkan diri dan menyelamatkannya. Apabila hampir melihat tilikannya mengenai kematian Naruto hampir tiba, dia telah menukarkan nasib Naruto menggunakan kuasanya; dengan niat mahu menukarkan semangat Naruto dengan semangatnya beserta semangat Mōryō. Naruto telah mengahalang Shion sejurus sebelum kematiannya, lalu menggunakan teknik gabungan mereka berdua iaitu Rasengan Berkuasa Super untuk mengalahkan Mōryō. dengan kematian Mōryō, Naruto bertanya kepada Shion apa yang akan dilakukannya sekarang. Shion menyatakan bahawa, Mōryō sebenarnya adalah raksasa yang tercipta disebabkan oleh "pemikiran" yang jahat dan berkemungkinan akan ada lagi semangat jahat yang lain seperti Mōryō suatu hari nanti. Oleh kerana itu, dia harus meneruskan usahanya menjadi sebagai seorang biarawati dan cuba menghalang sekiranya kejadian yang sama bakal berulang. Kemudian, Shion telah meminta bantuan daripada Naruto (dan dengan bersahaja bertanyakan adakah Naruto mahu menjadi ayah kepada bayi yang akan dilahirkannya) dan Naruto bersetuju dengan gembiranya.
Penerimaan
Pada hari pertama penayangan filem ini, "Naruto Shippūden: the Movie" telah menduduki carta keenam. Pada minggu kedua, kedudukannya telah jatuh ke anak tangga ke lapan dan kekal dikedudukan yang sama pada minggu ketiga.
Naruto Shippūden 2: Bonds
Naruto Shippūden 2: Bonds (劇場版 NARUTO−ナルト− 疾風伝 絆 , Gekijōban Naruto Shippūden: Kizuna) merupakan koleksi filem kelima daripada siri Naruto dan merupakan filem kedua dari plot Naruto: Shippūden. Ia telah ditayangkan pada Ogos 2, 2008 dan telah diumumkan di Weekly Shonen Jump bersama-sama dengan pelancaran DVD untuk koleksi filem pertamanya. Tambahan pula, video tontonannya telah diselitkan ke dalam siri anime Naruto: Shippūden, episod 40-41 dan sekali lagi pada Naruto: Shippūden, episod 66-67. Di dalam Naruto: Shippūden, episod 70-73 pula babak pertama pembukaan anime tersebut telah ditukarkan dengan sebahagian babak dari filem tersebut. Lagu tema bagi siri filem kedua Naruto: Shippūden ini bertajuk "NO RAIN NO RAINBOW" oleh Home Made Kazoku.
Ringkasan plot
Sekumpulan ninja yang misteri dipanggil "Sora-nin" (sora bermaksud langit) daripada Negara Langit telah melakukan serangan mengejut ke atas Konoha. Ini adalah kerana Konoha pernah hampir memusnahkan negara mereka ketika Perang Dunia Ninja yang terdahulu dan mereka yang masih hidup membalas dendam di atas apa yang berlaku dan menyerang Negara Api, terutamanya Konoha.
Kumpulan misteri tersebut mula menyerang Konoha dan melakukan kekecohan yang besar. Ninja-ninja Sora tersebut menggunakan sejenis Sayap Mekanikal untuk terbang dan meletupkan seluruh pelusuk kampung. Seorang budak lelaki yang datang daripada jauh telah tiba dan memaklumkan kepada Konoha bahawa kampung mereka turut musnah diserang. Dia turut menyatakan bahawa dia mencari gurunya, yang buat masa ini sedang berada di Konoha agar dia dapat kembali ke kampung untuk merawat mereka yang tercedera.
Sebuah pasukan bertiga telah ditubuhkan yang mengandungi Naruto, Sakura dan Hinata telah dihantar untuk menemani budak lelaki yang bernama Amaru tersebut bersama gurunya Shinnō pulang ke kampung mereka. Pasukan kecil ini telah meredah hutan yang penuh dengan makhluk buas dan berbisa menggunakan sebuah sampan kecil melalui sebatang sungai. Tiba-tiba, seorang peninjau Sora-nin muncul di langit. Sakura, Hinata dan Shinnō bersembunyi di pinggir sungai, manakala Naruto dan Amaru bersembunyi di dalam air sehingga Sora-nin tersebut berlalu. Ketika berada di dalam air, Amaru telah tercicir sebilah pisau kecil (hadiah yang diberikan oleh gurunya) dan cuba mendapatkannya kembali. Apabila dia mencuba untuk timbul di permukaan air, dia telah terperangkap oleh sesuatu. Naruto telah mendapati bahawa Amaru sebenarnya adalah seorang "perempuan" ketika cuba menyelamatkannya dan menaikkannya kembali ke dalam perahu. Naruto yang tersipu-sipu kemudiannya telah digigit oleh seekor ikan berbisa yang seakan-akan pirana dan mengakibat dia jatuh pengsan. Apabila Naruto tersedar, dia Naruto kembali tersipu-sipu kerana mendapati Amaru sedang menyedut keluar racun dari luka di pehanya dan perbuatan ini telah menyelamatkan nyawa Naruto. Naruto kemudian bertanya kepada Amaru adakah dia sebenarnya seorang "perempuan" dan adakah dia mempunyai perasaan terhadap gurunya, namun dia menjawab dengan menampar Naruto.
Sementara itu di Konoha, ke semua Sora-nin telah berundur kerana mereka kehabisan chakura yang digunakan untuk terbang. Konoha telah menghantar satu lagi pasukan khas untuk menjejak lokasi persembunyian Sora-nin tersebut. Sai telah menghampiri sebuah kapal yang digunakan oleh Sora-nin sebagai pengkalan yang terletak berhampiran sebuah pantai menggunakan burung dakwat miliknya untuk menarik perhatian Sora-nin tersebut dan mengamati keupayaan mereka. Sementara itu, Shikamaru Nara dan Kakashi Hatake bersembunyi di balik batu di tepi pantai, menunggu orang keempat mereka iaitu Shino Aburame menyelinap masuk ke dalam pengkalan Sora-nin tersebut dan memusnahkannya.
Di tempat persembunyian Orochimaru, dia dilihat menjadi semakin tenat kerana jutsu "pemindahan tubuh" yang digunakannya hampir tamat masanya. Kabuto yang sedang merawat Orochimaru memberitahu Sasuke bahawa Sora-nin sedang menyerang Konoha. Sasuke menjawab bahawa dia tidak memperdulikan apa yang terjadi. Kemudian Orochimaru telah mengarahkan Sasuke membawa seorang lelaki yang mampu menjadikan teknik "hidup kembali" miliknya sempurna. Naruto dan Amaru kemudiannya telah selamat kembali ke kampung Amaru dan mendapati bahawa kampung tersebut telah teruk diserang dengan sebahagian daripada bangunan sudah musnah dan tiada hidupan lain dapat dilihat. Amaru berlari-lari di sekeliling kampung untuk mencari penduduk yang lain sehinggalah dia tidak perasan telah terpijak perangkap dan mengakibatkan berpuluh-puluh kunai ditembakkan ke arahnya. Gurunya Shinnō bergegas untuk menyelamatkannya dan kunai tersebut telah terkena badannya. Naruto, Sakura dan Hinata telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mereka sudah terlewat dan Shinnō telah mati oleh kerana mengalami kecederaan yang serius. Selepas Amaru kembali tenang, dia kembali mencari penduduk kampungnya yang lain dengan Sasuke kini sedang meluru ke arah kampung tersebut.
Kemudian, melalui beberapa siri perkara, Hinata telah terpisah daripada Sakura dan Naruto. Naruto dan Sakura kemudian bertembung dengan raksasa jahat yang menggelarkan dirinya "Makhluk Syaitan Tidak Berekor" yang mendapat tenaga daripada roh manusia yang kejam dan telah menawan tubuh Amaru. Sakura didapati bukanlah lawan kepada raksasa ini. Raksasa ini merasakan terdapat satu kuasa jahat di dalam tubuh Naruto dan telah menghasut Naruto dengan mengatakan: "Dia tidak akan dapat menyelamatkan sesiapa menggunakan kuasa tersebut". Ini mengakibatkan Naruto terfikir akan kegagalannya menyelamatkan Sasuke dan ini mengganggu kestabilan emosinya dan membuatkan dia bertukar ke bentuk permulaan jinchurikinya dan kemudian sehinggalah muncul ekor yang keempat. Setelah bertarung untuk beberapa ketika dengan raksasa tersebut, Naruto kembali normal setelah kunci yang ditinggalkan oleh Jiraiya ke atas Naruto diaktifkan.
Naruto kemudiannya telah merayu kepada Amaru untuk tidak mengendahkan kejahatan di dalam hatinya, dan ini mengakibatkan raksasa tersebut dapat ditewaskan. Sakura tersedar di dalam dakapan Naruto dan dalam keadaan yang dirasakannya sedikit pelik, Sakura kemudiannya telah menumbuk Naruto. Mereka kemudian bercadang untuk berpisah dan meneruskan untuk mencari penduduk kampung Amaru. Sakura dan Hinata kemudiannya pulang ke Konoha untuk mendapatkan bantuan. Amaru yang sepatutnya pergi bersama Sakura keberatan untuk meninggalkan Naruto. Kemudian mereka telah bertemu dengan kawasan runtuhan yang telah diterangkan oleh Shinnō sebelum ini dan kemudian memasukinya. Shinnō berada di dalam tanpa sebarang kecederaan dan mula berkata sesuatu mengenai menguasai dunia melalui bantuan kuasa kejahatan. Amaru yang teruja kegembiraan melihat gurunya selamat terus berlari dan memeluknya. Naruto menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Shinnō ketawa terbahak-bahak kepada Amaru kerana terlalu mempercayainya. Shinnō kemudian telah menerangkan bagaimana dia telah menghabiskan masa selama 15 tahun untuk menerokai kuasa kejahatan dan kemudiannya berjaya menjumpainya di Konoha. Dia juga mengaku bahawa pa yang diperlukannya ketika ini hanyalah satu skrol rahsia yang menyatakan mengenai jutsu "Hidup Semula". Shinnō kemudiannya telah bertukar kepada satu makhluk yang seakan-akan "Hulk". Naruto telah melancarkan serangan ke atas Shinnō dengan mendapti serangan sering tidak berhasil sehinggalah dia mengalami kecederaan.
Shinnō yang bertukar kepada makhluk tersebut telah menyakinkan Naruto untuk menggunakan chakura daripada Kyubi dengan Amaru yang sedang menangis melihat mereka bertarung. Sejak kecil lagi Amaru memiliki masalah kesihatan yang ganjil dan tiada sesiapa pun yang menyukainya kerana bimbang ia "penyakit" tersebut akan berjangkit. Hanya Shinnō yang berani mengambil berat akan Amaru dan berjaya menyembuhkannya. Naruto memberitahu Amaru agar tidak putus harapan sambil Shinnō yang telah berubah merenungnya. Amaru kemudiannya telah menyatakan cintanya terhadap Shinnō, yang mana kemudiannya diketawakan oleh Shinnō sendiri. Naruto kemudiannya melancarkan serangan dan berjaya mengenai sasaran namun ia kelihatan tidak membawa sebarang kesan. Sasuke memunculkan diri dengan tiba-tiba lalu menyerang Shinnō dengan Chidori Senbon (teknik yang menjadikan Chidori kepada bentuk jarum terbang), yang menyerang sel di dalam badan Shinnō dan menukarkannya kembali ke bentuk asal. Sasuke kemudiannya menerangkan bahawa Orochimaru memerlukan bantuan Shinnō terhadap justu "Hidup semula" miliknya. Shinnō kemudian menyerahkan suatu skrol kepada Sasuke dan menyatakan ia akan dapat membantu. Shinnō kemudiannya melarikan diri dengan dikejar oleh Sasuke. Naruto mengarahkan Amaru untuk terus mencari penduduk kampung sementara dia pula pergi mengejar Sasuke. Naruto menjumpai Sasuke di dalam sebuah bilik dan bertanyakan kepada Sasuke apakah yang dilakukan olehnya tetapi tidak dihiraukan oleh Sasuke. di dalam bilik yang sama, terdapat satu kepompong yang menyedut chakura jahat. Shinnō telah bersatu dengan kepompong tersebut dan telah menggunakan sesungut untuk menangkap Sasuke dan Naruto lalu menyerap chakura mereka. Sasuke telah mengaktifkan peringkat pertama Jampi Sumpah Kurungan miliknya dan melepaskan chakura jahatnya sambil Naruto memahami apa yang cuba dilakukan oleh Sasuke. Naruto turut bertukar ke bentuk pertama jinchurikinya dan telah emmindah sejumlah besar chakura kepada "Makhluk Syaitan Tidak Berekor" dan berjaya melepaskan diri menggunakan teknik Klon Bayangan sebelum menggunakan Rasengan Taufan Merah (Rasengan yang digunakan bersama chakura merah Kyubi). Selepas melepaskan dirinya, Sasuke telah memasuki mod kedua Jampi Sumaph Kurungan miliknya sebelum menggunakan teknik Chidori Terbang (teknik Chidori yang digunakan ketika dia berada dalam mod kedua menggunakan "Jampi Sumpah Kurungan")untuk memutuskan kuasa makhluk tersebut. Makhluk tersebut mula mengamuk setelah dapat mengawal kembali tubuhnya dan telah menyerap Shinnō sepenuhnya.
Amaru telah menjumpai Hinata bersama penduduk yang lain di dalam sebuah penjara dan berjaya melepaskan mereka semua. Mereka kemudiannya menjumpai sebuah bot penyelamat yang mampu terbang dan menyelamatkan diri. Naruto berggeas keluar daripada runtuhan dan mengarahkan Amaru untuk beredar. Amaru enggan tetapi Sasuke telah mencampakkannya ke dalam bot secara paksa. Naruto juga kemudiannya telah memaksa Sasuke ke dalam bot tersebut menggunakan Rasengan sambil menjerit "Aku akan bawa kau pulang ke Konoha" kepada Sasuke sebelum dia jatuh dan kemudian terbang menggunakan sayapnya. Mengenang kembali bagaimana Jiraiya menyatakan bahawa Naruto memiliki semangat yang tidak mudah mengalah, dia kemudiannya mencipta sejumlah besar "Klon Bayangan" dan mula meusnahkan runtuhan tersebut menggunakan Rasengan Semangat (Rasengan yang mempunyai kekuatan seperti Rasengan Gergasi tetapi dalam bentuk yang lebih kecil). Selepas beberapa ketika, runtuhan itu pun musnah dan naruto mula terjatuh ke dalam laut. Amaru yang perasan akan Naruto kemudiannya telah menggapai sepasang sayap terbang kepunyaan Sora-nin dan kemudian terbang menyelamatkan Naruto. Setelah mencapai Naruto, Amaru emnanggalakna sayap tersebut dan mereka berdua jatuh bersama. Jiraiya telah memunculkan diri bersama Gamabunta dan telah menyelamatkan mereka.
Naruto kemudian tersedar di dalm pangkuan Amaru dengan sakura melihat dalam keadaan cemburu. Sasuke telah kembali kepada Orochimaru dan telah memberikan skrol yang didapati daripada Shinnō. Orochimaru kemudiannya bertanyakan kepada Sasuke adakah sesuatu yang baik telah berlaku tetapi tidak diendahkan oleh Sasuke. Sasuke kembali ke tempat dia melakukan latihan dan mengenang kembali akan bisikan Naruto tentang keinginannya membawa Sasuke pulang ke Konoha semula.
Trivia
- Hanya di dalam filem ini sahaja yang dapat menyaksikan dua bentuk Rasengan baru iaitu: Rasengan Taufan Merah dan Rasengan Semangat.
- Di dalam filem ini juga, Konoha kelihatan seakan-akan sebuah bandar berbanding gambaran seperti di dalam anime dan manganya.
- Ini adalah filem kedua yang menyaksikan kemunculan Sasuke di mana kemunculan pertamanya adalah melalui filem yang pertama.
- Naruto memakai dirah dahi berwarna perang berbanding hitam yang sering dipakai olehnya di dalam filem ini.
- Selepas Sasuke keluar daripada Konoha, dia bertindak lebih agresif terhadap Naruto apabila mereka bertemu sehinggakan sanggup membunuhnya untuk membuktikan sesuatu. Namun, di dalam filem ini Sasuke yang kelihatan masih "tidak mengendahkan" Naruto atau akan keselamatan Naruto, sanggup bertindak dan bergandingan dengan Naruto untuk mengalahkan Shinnō.
Naruto Shippūden 3: Inheritors of the Will of Fire
Naruto Shippūden 3: Inheritors of the Will of Fire (劇場版 NARUTO-ナルト- 疾風伝 火の意志を継ぐ者 , Gekijōban Naruto Shippūden Hi no Ishi o Tsugu Mono) merupakan filem ke enam dalam siri Naruto dan merupakan yang ketiga untuk filem dari plot Naruto: Shippūden. Telah ditayangkan pada Ogos 1, 2009 dan telah diumumkan pada lama web ulangtahun Naruto ke-10. Ia telah dipertontonkan bersama prebiu kemunculan pertama kali babak sampingan anime "Kemunculan Berekor Tiga". Prebiu yang agak panjang telah dipertontonkan pada Expo Jepun 2009 di Perancis menggunakan sarikata bahasa Perancis.
Filem ini memaparkan akan potensi berlakunya Perang Dunia Ninja keempat apabila banyak ninja yang memiliki Kekkei Genkai dari Kumogakure, Iwagakure, Kirigakure dan Sunagakure hilang satu persatu. Hanya Konohagakure sebagai kampung ninja yang tidak terjejas, telah dianggap menjadi dalang akan kehilangan tersebut dan ada yang mengatakan mereka (Konoha) sedang menyediakan satu kuasa pemberontakan. Dengan negara-negara lain menyatukan pasukan ketenteraan mereka dan berkumpul di sempadan Negara Api, mengancam akan melakukan penaklukan. Daimyo Negara Api telah mengarahkan Tsunade untuk menafikan perkara tersebut dan membuktikan Konoha tidak bersalah. Sekiranya perkara itu didapati gagal, Negara Api akan terpaksa memusnahkan Konoha untuk mengekalkan keamanan.
Dalang sebenar disebalik insiden ini adalah seorang watak jahat bernama Hiruko, seorang ninja pelarian dan bekas rakan kepada Sannin yang telah menghilangkan diri daripada Konoha dua belas tahun yang lalu setelah mencipta Teknik Chimera; sejenis jutsu yang membenarkan Hiruko menyerap chakura dan kuasa "Kekkei Genkai" daripada ninja yang lain. Berasal daripada Pergunungan Shami bersama pengikutnya Ichi, Ni dan San, Hiruko menggunakan sejenis genjutsu untuk melayangkannya ke atas ruang udara Konoha dan mengumumkan bahawa dia akan merampas semua kuasa Kekkei Genkai yang ada di Negara Api dan menjadi kebal serta memiliki nyawa kekal abadi. Hiruko juga turut mengumumkan bahawa dia akan memulakan Perang Dunia Ninja keempat dan menguasai dunia. Dengan Hiruko yang bercita-cita mendapatkan semua kuasa Kekkei Genkai, menjadikan dia berminat dengan Kakashi yang memiliki Sharingan. Hiruko bercadang untuk mendapatkan Sharingan dengan apa jua cara sekalipun sehinggakan sanggup menggunakan dan mengawal Kakashi untuk melakukan kerjanya. Hiruko bercadang untuk menggunakan kuasa daripada gerhana matahari untuk memulakan rancangannya. Satu perlumbaan untuk mengalahkan Hiruko pun bermula sebaik sahaja gerhana matahari hampir bermula.
Trivia
- Poster filem ini dan logo ulangtahun ke-10 Naruto boleh dilihat selepas permulaan anime Shippūden pada episod 113, episod 118 dan episod 121.
- Lagu tema bagi filem ini adalah "Dareka Ga" oleh Puffy AmiYumi.
- Koleksi lagu-lagu dari filem ini telah diedarkan pada Ogos 29, 2009.
Senarai episod Naruto: Shippūden
# | Tajuk Episod | Terbitan di Jepun |
---|---|---|
1 |
Homecoming |
15 Februari 2007 |
2 |
The Akatsuki Makes Its Move |
15 Februari 2007 |
3 |
The Results of Training |
22 Februari 2007 |
4 |
The Jinchūriki of the Sand |
1 Mac 2007 |
5 |
The Kazekage Stands Tall |
15 Mac 2007 |
6 |
Mission Cleared |
29 Mac 2007 |
7 |
Run, Kankurō |
29 Mac 2007 |
8 |
Team Kakashi, Deployed |
12 April 2007 |
9 |
The Jinchūriki's Tears |
12 April 2007 |
10 |
Sealing Jutsu: Nine Phantom Dragons |
19 April 2007 |
11 |
The Medical Ninja's Student |
26 April 2007 |
12 |
The Retired Granny's Determination |
3 Mei 2007 |
13 |
A Meeting With Destiny |
10 Mei 2007 |
14 |
Naruto's Growth |
17 Mei 2007 |
15 |
The Secret Weapon is Called... |
24 Mei 2007 |
16 |
The Secret of Jinchūriki |
31 Mei 2007 |
17 |
The Death of Gaara! |
7 Jun 2007 |
18 |
Charge Tactic! Button Hook Entry |
21 Jun 2007 |
19 |
Traps Activate! Team Guy's Enemies! |
5 Julai 2007 |
20 |
Hiruko vs. Two Kunoichi! |
19 Julai 2007 |
21 |
Sasori's Real Face |
26 Julai 2007 |
22 |
Chiyo's Secret Skills |
2 Ogos 2007 |
23 |
Father and Mother |
2 Ogos 2007 |
24 |
The Third Kazekage |
9 Ogos 2007 |
25 |
Three Minutes Between Life and Death |
16 Ogos 2007 |
26 |
Puppet Fight: 10 vs 100! |
23 Ogos 2007 |
27 |
Impossible Dream |
30 Ogos 2007 |
28 |
Beasts! Alive Again! |
13 September 2007 |
29 |
Kakashi Enlightened! |
27 September 2007 |
30 |
Aesthetics of an Instant! |
27 September 2007 |
31 |
The Legacy! |
18 Oktober 2007 |
32 |
Return of the Kazekage |
25 Oktober 2007 |
33 |
The New Target |
8 November 2007 |
34 |
Formation! New Team Kakashi! |
15 November 2007 |
35 |
An Unnecessary Addition |
22 November 2007 |
36 |
The Fake Smile |
29 November 2007 |
37 |
Untitled |
29 November 2007 |
38 |
Simulation |
6 Disember 2007 |
39 |
The Tenchi Bridge |
13 Disember 2007 |
40 |
Nine-Tails Unleashed! |
20 Disember 2007 |
41 |
The Top-Secret Mission Begins! |
20 Disember 2007 |
42 |
Orochimaru VS Jinchūriki |
10 Januari 2008 |
43 |
Sakura's Tears |
17 Januari 2008 |
44 |
The Secret of the Battle |
24 Januari 2008 |
45 |
The Consequences of Betrayal |
31 Januari 2008 |
46 |
The Unfinished Page |
7 Februari 2008 |
47 |
Infiltration: The Den of the Snake! |
14 Februari 2008 |
48 |
Bonds |
28 Februari 2008 |
49 |
Something Important... |
6 Mac 2008 |
50 |
The Picture Book's Story |
13 Mac 2008 |
51 |
Reunion |
20 Mac 2008 |
52 |
The Power of the Uchiha |
20 Mac 2008 |
53 |
Title |
3 April 2008 |
54 |
Nightmare |
3 April 2008 |
55 |
Wind (episode) |
17 April 2008 |
56 |
Squirming |
24 April 2008 |
57 |
Robbed of Sleep |
8 Mei 2008 |
58 |
Loneliness |
8 Mei 2008 |
59 |
A New Enemy |
15 Mei 2008 |
60 |
Vicissitudes of Life |
22 Mei 2008 |
61 |
Contact |
29 Mei 2008 |
62 |
Teammate |
5 Jun 2008 |
63 |
The Two Kings |
19 Jun 2008 |
64 |
The Jet-Black Signal Fire |
3 Julai 2008 |
65 |
Lockdown of Darkness |
3 Julai 2008 |
66 |
Revived Souls |
10 Julai 2008 |
67 |
Everyone's Struggle to the Death |
24 Julai 2008 |
68 |
Moment of Awakening |
31 Julai 2008 |
69 |
Despair 31 |
Julai 2008 |
70 |
Resonance |
7 Ogos 2008 |
71 |
My Friend |
14 Ogos 2008 |
72 |
The Quietly Approaching Threat |
21 Ogos 2008 |
73 |
Akatsuki's Invasion |
28 Ogos 2008 |
74 |
Under the Starry Sky |
4 September 2008 |
75 |
The Old Monk's Prayer |
11 September 2008 |
76 |
The Next Step |
25 September 2008 |
77 |
Climbing Silver |
25 September 2008 |
78 |
The Judgment |
2 Oktober 2008 |
79 |
Unfulfilled Scream |
2 Oktober 2008 |
80 |
Last Words |
16 Oktober 2008 |
81 |
Sad News |
23 Oktober 2008 |
82 |
Team 10 (episode) |
30 Oktober 2008 |
83 |
Target: Locked On |
6 November 2008 |
84 |
Kakuzu's Abilities |
13 November 2008 |
85 |
Terrifying Secret |
20 November 2008 |
86 |
Shikamaru's Genius |
4 Disember 2008 |
87 |
When You Curse Someone, You Dig Your Own Grave |
4 Disember 2008 |
88 |
Wind Style: Rasen Shuriken! |
11 Disember 2008 |
89 |
The Price of Power |
18 Disember 2008 |
90 |
A Shinobi's Determination |
25 Disember 2008 |
91 |
Orochimaru's Hideout Discovered |
8 Januari 2009 |
92 |
Encounter |
15 Januari 2009 |
93 |
Connecting Hearts |
22 Januari 2009 |
94 |
A Night of Rain |
29 Januari 2009 |
95 |
The Two Charms |
5 Februari 2009 |
96 |
The Unseeing Enemy |
12 Februari 2009 |
97 |
The Labyrinth of Distorted Reflection |
19 Februari 2009 |
98 |
The Target Appears |
26 Februari 2009 |
99 |
Raging Tailed Beast |
5 Mac 2009 |
100 |
Inside the Mist |
12 Mac 2009 |
101 |
Everyone's Feelings |
26 Mac 2009 |
102 |
Regroup! |
26 Mac 2009 |
103 |
The Four-Corner Sealing Barrier |
9 April 2009 |
104 |
Breaking the Crystal Style |
9 April 2009 |
105 |
The Battle Over the Barrier |
16 April 2009 |
106 |
Red Camellia |
23 April 2009 |
107 |
Strange Bedfellows |
30 April 2009 |
108 |
Guidepost of the Camellia |
7 Mei 2009 |
109 |
Cursed Seal Counterattack |
14 Mei 2009 |
110 |
Memory of Guilt |
21 Mei 2009 |
111 |
Shattered Promise |
28 Mei 2009 |
112 |
A Place to Return To |
4 Jun 2009 |
113 |
The Serpent's Pupil |
11 Jun 2009 |
114 |
Eye of a Hawk |
18 Jun 2009 |
115 |
Zabuza's Blade |
25 Jun 2009 |
116 |
Guardian of the Iron Wall |
2 Julai 2009 |
117 |
Jūgo of the Nothern Hideout |
9 Julai 2009 |
118 |
Formation! |
23 Julai 2009 |
119 |
Kakashi Chronicles ~ Boys' Life on the Battlefield ~ Part 1 |
30 Julai 2009 |
120 |
Kakashi Chronicles ~ Boys' Life on the Battlefield ~ Part 2 |
30 Julai 2009 |
121 |
Assemble |
6 Ogos 2009 |
122 |
The Hunt |
13 Ogos 2009 |
123 |
Clash! |
20 Ogos 2009 |
124 |
Art (episode) |
27 Ogos 2009 |
125 |
Disappearance |
3 September 2009 |
126 |
Twilight |
10 September 2009 |
127 |
Tales of a Gutsy Ninja ~Jiraiya Ninja Scroll~ Part 1 |
24 September 2009 |
128 |
Tales of a Gutsy Ninja ~Jiraiya Ninja Scroll~ Part 2 |
24 September 2009 |
129 |
Infiltrate! The Village Hidden in the Rain |
8 Oktober 2009 |
130 |
The Man Who Became God |
8 Oktober 2009 |
131 |
Honored Sage Mode! |
15 Oktober 2009 |
132 |
In Attendance, the Six Paths of Pain |
22 Oktober 2009 |
133 |
The Tale of Jiraiya the Gallant |
29 Oktober 2009 |
134 |
Banquet Invitation |
5 November 2009 |
135 |
The Longest Moment |
19 November 2009 |
136 |
The Light & Dark of the Mangekyō Sharingan |
19 November 2009 |
137 |
Amaterasu! |
26 November 2009 |
138 |
The End |
3 Disember 2009 |
139 |
The Mystery of Tobi |
10 Disember 2009 |
140 |
Fate |
17 Disember 2009 |
141 |
Truth |
24 Disember 2009 |