Naruto The Movie: Ninja Clash in the Land of Snow (大活劇! 雪姫忍法帖だってばよ!!, "Daikatsugeki! Yukihime Ninpōchō dattebayo!!") ataupun "Great Action Scene! Snow Princess's Book of Ninja Arts" adalah filem animasi Naruto yang muncul pada tahun 2004 dan diarahkan oleh Tensai Okamura dan ditulis oleh Katsuyuki Sumisawa berdasarkan siri manga dan anime popular Naruto oleh Masashi Kishimoto. Ia dipertontonkan di Jepun pertama kalinya pada tanggal 21hb Ogos 2004. Ianya menjadi popular di kalangan peminat dan telah mencetuskan kepada beberap sekuel bermula dengan filem animasi Naruto the Movie 2 di mana ia telah dipertontonkan melalui DVD pada 28hb April 2005. Kronologi filem animasi tersebut mengambil tempat sekitar jalan cerita sebelum atau selepas episod 101 (namun kebanyakkan jalan cerita filem tidak berkaitan dengan jalan cerita siri). Lagu penutup berjudul "Home Sweet Home" yang dinyanyikan oleh Yuki.
Sebagai satu bonus, filem animasi pendek OVA Naruto OVA 4: Konoha Annual Sports Festival (木ノ葉運動会, "Konoha Undōkai") disertakan bersama dengan filem animasi yang diterbitkan di Jepun. Jalan cerita pembukaan selama sepuluh minit itu memaparkan kelemahan Naruto emnggunakan bilik air untuk mandi ketika terlibat dengan pertandingan tersebut. Dapat dipastikan bahawa secara virtual kebanyakkan karakter, yang hidup ataupun yang sudah mati membuat penampilan termasuklah Hokage Keempat yang sudah mati (kebanyakkan daripada mereka membuat kemunculan di dalam kelompok manusia yang sedang berbaris untuk menunggu giliran bagi menggunakan bilik air).
Plot
Filem animasi tersebut bermula dengan memperkenalkan watak heroin yang sebelum ini tidak diketahui bernama "Puteri Funn" atau "Puteri Gale" dalam versi bahasa Inggeris. Musuh utama Funn iaitu Mao menggunakan pasukan askar tanpa mati untuk mencabarnya. Niat jahat Mao kemudiannya berjaya dipatahkan setelah Puteri Funn dan pengikutnya Shishimaru, Brit dan Tsukuyaku menggunakan Chakra Tujuh Warna ke atasnya.
Setelah diamati, sebenarnya Naruto dan sedang menonton sebuah filem dipanggung wayang bersama ahli Pasukan 7 yang lain. Kemudian, para penonton mula melemparkan objek ke arah mereka kerana telah membuat kecoh kerana bertengkar dengan ppengurus panggung wayang tersebut. Sebenarnya, Kakashi telah menghantar mereka menonton filem tersebut sebagai persiapan untuk misi mereka seterusnya iaitu mempertahankan Yukie Fujikaze, (pelakon yang memegang watak Puteri Funn) yang akan mengadakan penggambaran seterusnya di Negara Salji. Sebenarnya, Yukie adalah bekas puetri di Negara Salji, di mana kuasa pemerintahannya telah dirampas oleh sekumpulan ninja perlarian semasa dia masih kecil. Ketua kepada kumpulan ninja perlarian tersebut adalah seorang ninja yang bernama Doto Kazahana. Dia mahukan rantai kristal milik Yuki untuk membuka rahsia kepada khazanah di Negara Salji, yang telah disembunyikan oleh ayah Yukie sebelum dibunuh suatu ketika dahulu. Setelah beberapa siri pertarungan di antara Pasukan 7 dan ninja-ninja perlarian tersebut, mereka semua telah berjaya dikalahkan dan ketua mereka Nadare, namun Doto berjaya merampas rantai kristal tersebut. Doto kemudiannya mendapati sebenarnya "khazanah" yang dimaksudkan adalah sebuah mesin pemanas yang digunakan untuk mencairkan salji bagi menukarkan negara tersebut agar mengalami musim bunga. Doto kemudiannya dikalahkan oleh Naruto menggunakan rasengan tujuh warna seperti mana Mao dikalahkan Oleh Yuki; melibatkan Chakra Tujuh Warna.
Setelah semua ninja perlarian tersebut tiada, Yukie telah mengambil keputusan untuk menruskan teraju sebagai puteri negara salji, yang mana sekarang dikenali sebagai Negara Musim Bunga apabila teknologi kepada mesin pemanas tersebut disempurnakan. Walaupun Yuki sekarang telah menjadi puteri, namun dia masih ingin meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan filem yang akan dibintangi seterusnya oleh Yukie berjudul Makeout Paradise: The Movie, adaptasi daripada novel Icha Icha oleh Jiraiya. Ini telah memeranjatkan Kakashi. Naruto kemudiannya menerima sepucuk surat (melalui Sasuke) di mana di dalamnya terkandung sekeping gambar yang ditandatangani oleh Yukie. Gambar tersebut menunjukkan keadaan Naruto yang terlantar di hospital dengan badannya berbalut (sebenarnya dalam keadaan tidak sedarkan diri), menerima sebuah kucupan dari Yukie di bahagian pipinya. Di penghunjung kredit filem animasi ini, krew yang terlibat dengan pembikinan filem Puteri Gale menjerit "Cut!" dan semuanya ketawa.
Pelakon suara latar
Watak | Suara Latar Jepun | Suara Latar Inggeris |
---|---|---|
Junko Takeuchi |
Maile Flanagan | |
Noriaki Sugiyama |
Yuri Lowenthal | |
Chie Nakamura |
Kate Higgins | |
Kazuhiko Inoue |
Dave Wittenberg | |
Hidehiko Ishizuka |
Cam Clarke | |
Yuko Kaida |
Kari Wahlgren | |
Hirotaka Suzuoki |
Liam O'Brien | |
Ikuo Nishikawa |
Daran Norris | |
Jun Karasawa |
Cindy Robinson | |
Holly Kaneko |
Kyle Hebert | |
Tsutomu Isobe |
Lex Lang | |
Chikao Ōtsuka |
Michael McConnohie | |
Akimitsu Takase |
Sam Riegel | |
Crispin Freeman | ||
Yutaka Nakano |
Doug Stone | |
Kan Tanaka |
Jamieson Price |
Suara latar sampingan
- Suara latar kanak-kanak dialihbahasa oleh Kate Higgins dan Dave Wittenberg.
- Suara latar tambahan oleh David Jeremiah, Daran Norris, Jamie Simone dan Kari Wahlgren.
Trivia
- Ciri-ciri dan pemilihan karekter untuk siri "The Adventures of Princess Fuun" adalah berdasarkan kepada rekaan novel China "Journey to the West" atau "Pengembaraan ke Barat".
- Princess Fuun - Sami Xuanzang
- Tsukuyaku - Sun Wukong
- Shishimaru - Zhu Bajie
- Brit - Sha Wujing
- Princess Fuun - Sami Xuanzang
- Filem animasi ini menggunakan latarbelakang masa yang lebih moden dan berlainan berikutan dengan wujudnya panggung wayang. Bagaimanapun, pada satu babak filem tersebut menunjukkan ada segelintir karekter (sekurang-kurangnya Naruto) tidak tahu-menahu mengenai keretapi.
- Walaupun di dalam filem animasi ini dilihat Naruto menggunakan Rasengan dan Sasuke menggunakan Chidori, namun di dalam manga mereka tidak pernah menjalankan tugas bersama setelah mempelajari ilmu tersebut.
- Di dalam siri filem animasi ini menunjukkan Kakashi (sewaktu remaja) selaku seorang ninja dari unit ANBU menyelamatkan Puteri Yukie ketika masih kecil, namun tidak dapat dijelaskan apakah perihal misi tersebut.
- Filem animasi ini mengambil tempat kronologi di antara babak Tsunade dan babak Negara Teh (filler arc), iaitu selepas Naruto movie special (kombinasi episod 95-96) dan selepas Tsunade menyembuhkan Sasuke dan kakashi (episod 98).