Penampilan Pertama | Manga: Bab 90 Anime: Episod 52 |
---|---|
Kemunculan | Manga dan Anime |
Seiyū (Jepun) | Hōchū Ōtsuka Tōru Nara (Kanak-kanak) |
Pelakon Suara (Inggeris) | David Lodge Brad MacDonald (Kanak-kanak) |
Pelakon Suara (Melayu) | Rahim Kedol (versi TV3)[1] Wan (versi Animax)[1] |
Klasfikasi | Sannin, Pendeta (Sage) |
Profil | |
Tarikh Lahir | 11 November |
Umur | 50[2]-51[3] dalam Plot Naruto I 54[4] dalam Plot Naruto II |
Tinggi / Berat | 191.2 cm / 87.5 kg |
Jenis Darah | B |
Jantina | Lelaki |
Perkaitan | Kampung Konoha |
Persatuan | Anak Yatim Ame Pasukan Hiruzen Pasukan Jiraiya |
Pekerjaan | Penulis novel (Icha Icha) |
Keluarga | Uzumaki Naruto (Anak angkat) |
Elemen Jutsu | Gaya Lepas Sifat Tanah Gaya Lepas Sifat Api |
Jutsu | |
Jutsu | Barrier: Dome Method Formation Barrier: Toad Gourd Prison Chakra-Suppressing Seal (diberikan kepada Kakashi) Earth Release: Swamp of the Underworld Finger Engraving Seal Fire Release: Big Flame Bullet Fire Release: Flame Bullet Fire Release: Toad Oil Flame Bullet (dengan Gamabunta) Fire Sealing Method Five Elements Unseal Frog Conversion Technique Hiding in a Toad Technique Needle Jizō Rasengan Sage Art: Goemon Sage Art: Hair Needle Barrage Sage Mode: Shadow Clone Technique Teknik Seruan (Kodok) Summoning: Food Cart Destroyer Technique Summoning: Toad Mouth Bind Summoning: Toad Shop Technique Super Great Ball Rasengan Toad Flat - Shadow Manipulation Technique Toad Oil Bullet Transparent Escape Technique Twin Rasengan Wild Lion's Mane Technique |
Jiraiya (自来也 ) adalah satu watak fiksyen di dalam siri Naruto ciptaan Masashi Kishimoto.
Rekaan dan konsep
Nama Jiraiya diambil bersempena nama watak di dalam dongeng Jepun Jiraiya Goketsu Monogatari (児雷也豪傑物語, Kisah Jiraiya Yang Berani)[5]. Di dalam siri dongeng tersebut, Jiraiya dilihat sebagai seorang yang mampu menyeru kodok gergasi (di mana kodok itu sendiri kadangkala digelar "Jiraiya") dan kodok magik. Di dalam dongeng itu juga, Jiraiya dan Tsunade merupakan pasangan suami-isteri. Di situ, nama Jiraiya ditulis sebagai "児雷也" yang bermaksud "Guntur Muda" yang juga disebut "Garaiya" (我来也) dalam dongeng China Kaishi (諧史).
Pada awalnya, Masashi Kishimoto bercadang melukis watak Jiraiya dengan imej dan rekaan rambut yang berbeza. Dia juga bercadang menjadikan watak Jiraiya boleh menyeru kodok yang memiliki saiz sebesar manusia. Bagaimana pun, idea ini ternyata gagal [6]. Ketika terlibat dengan satu wawancara, Masashi memberi komen bahawa, di dalam banyak perhubungan guru dan murid di dalam siri Naruto; dia sangat menggemari perhubungan di antara Jiraiya dan Naruto.[7]
Ciri-ciri watak
Personaliti
Jiraiya membesar di kampung ninja Konoha di bawah pengawasan oleh Hokage Ketiga. Apabila meningkat dewasa, Jiraiya dan dua orang rakannya, Orochimaru dan Tsunade diberi gelaran "Tiga Ninja Legenda (伝説の三忍 , Densetsu no Sannin) yang diberikan oleh Hanzo; ketua ninja dari Amegakure selepas satu pertarungan ketika berlakunya Perang Dunia Ninja [8]. Kebanyakkan penampilan Jiraiya dalam dunia Naruto banyak dihabiskan dengan mengembara secara berseorangan ke serata dunia ninja Naruto.
Walaupun dia dilihat sangat sedikit menghabiskan masanya di Konoha, Jiraiya tetap menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap kampung Konoha. Ini dibuktikan sebaik sahaja awal kemunculannya dengan memberikan kenyataan bahawa dia sendiri akan membunuh Tsunade sekiranya Tsunade Hokage Kelima berpaling tadah terhadap kampung Konoha meskipun mereka (Jiraiya dan Tsunade) mempunyai sejarah bersama [9]. Sepanjang perkembangan jalan cerita siri Naruto, keupayaan dan kesetiaan Jiraiya kepada Konoha telah membawa kepada penawaran pangkat Hokage; pelindung dan juga ketua ninja bagi Konoha kepada dirinya. Oleh kerana kelemahan dirinya (dia sendiri menganggap dirinya mempunyai kelemahan apabila gagal menyelamatkan Orochimaru daripada menjadi seorang ninja pelarian dan kegagalannya melindungi gurunya iaitu Hiruzen Sarutobi Hokage Ketiga dan muridnya Minato Namikaze Hokage Keempat dari kematian setelah memegang jawatan Hokage) Jiraiya seringkali menolak tawaran tersebut dan beranggapan dia tidak layak memikul tanggungjawab tersebut.
Dalam kebanyakkan penampilan Jiraiya, dia dilihat sekurang-kurangnya melakukan satu percubaan mengintai perempuan ketika mereka sedang mandi di kolam air panas Konoha. Jiraiya dapat dilihat dengan jelas tidak pernah mencuba untuk menyembunyikan tabiat buruknya ini, malahan dia turut berbangga dengan kebolehannya membuat perkara tersebut, (dia tidak pernah ditangkap ketika mengintai kecuali ketika cubaan mengintai Tsunade) [10]. Dia turut berasa geram apabila muridnya Naruto Uzumaki menggelarnya dengan panggilan "Pendeta Miang" (エロ仙人 , Ero-sennin) atau "Buaya Miang". Minatnya terhadap wanita nyaris menjadi salah satu punca kematiannya ; hal ini kerana pernah suatu ketika Jiraiya cuba untuk mengintai Tsunade dan dia telah dibelasah dengan teruk apabila tindakannya itu diketahui oleh Tsunade [11].
Pengalaman Jiraiya di dalam percintaan, terutamanya dengan Tsunade telah dicatatkan di dalam buku keluaran bersiri yang bertajuk "Teknik Berkasih-kasihan" (イチャイチャ , Icha Icha). Buku tersebut sangat digemari oleh Kakashi Hatake Hokage Keenam dan merupakan novel yang sangat popular di dalam dunia Naruto dan membolehkan Jiraiya mendapat keuntungan melaluinya [12]. Sebelum menulis mengenai buku "Teknik Berkasih-kasihan", Jiraiya pernah menulis sebuah buku biografi di mana watak utama di dalam buku tersebut bernama Naruto. Walaupun penjualan buku tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, murid Jiraiya iaitu Minato NamikazeHokage Keempat telah berpendapat watak utama cerita tersebut memberikan satu impak yang mendalam kepadanya dan Minato turut menamakan anaknya dengan nama "Naruto" dengan harapan anaknya dapat membesar seperti watak novel tersebut dan kemudiannya menjadikan Jiraiya sebagai bapa angkat kepada anaknya sendiri [13].
Keupayaan
Di dalam dunia "Naruto", Jiraiya dikenali sebagai Pendeta Kodok (蝦蟇仙人 , Gama Sennin). Jiraiya telah berlatih dengan "Keramat Kodok" dan berlatih teknik rahsia dan berupaya menyeru mereka ketika pertarungan. Jika perlu, Jiraiya juga mampu menyeru mana-mana bahagian kodok yang diingininya, seperti yang pernah dilakukannya apabila bertarung dengan anggota Akatsuki (Itachi Uchiha dan Kisame Hoshigaki) dengan melitupi ruang sekitar hanya dengan menyeru rongga mulut (esofagus) kodok gergasi dari bukit Myobukuzan [14].
Di dalam bahagian kedua siri ini, di sekitar waktu kematiannya, Jiraiya dilihat mampu melakukan beberapa teknik khas berasaskan kodok dan tidak terlalu bergantung kepada teknik penyeruan. Keadaan paling ketara adalah apabila Jiraiya menunjukan "Senjutsu" (仙人モード , Sennin mōdo), satu bentuk perubahan yang secara drastiknya mengubah keupayaan fizikal dan kekuatan serangannya. Walaupun teknik tersebut memberikan kelebihan buatnya, namun Jiraiya tidak gemar menggunakan "Mod Pendeta" kerana ia boleh menyebabkan perubahan kepada wajahnya (hidung dan mukanya akan berkutil, tangan yang berselaput) dan Jiraiya beranggapan ini tidak akan dapat menarik minat wanita [15].
Walaupun teknik berasaskan kodok merupakan keupayaan miliknya, namun Jiraiya masih mampu menunjukkan kepelbagaian dalam penguasaan teknik ninja sepanjang perkembangan siri Naruto. Jiraiya boleh menyemburkan api, menghasilkan paya berkeluasan besar yang mampu memerangkap pergerakan lawannya dan berkeupayaan memanjangkan, mengeraskan dan menajamkan rambutnya untuk tujuan pertahanan dan serangan [16]. Jiraiya juga turut diajar oleh oleh Minato dengan cara-cara untuk menggunakan Rasengan dan kemudian menurunkannya kepada anak Minato; Naruto Uzumaki beberapa ketika selepas kemunculannya buat kali pertama. Dalam beberapa ketika, Jiraiya juga turut mempamerkan kebolehan dan pengetahuannya dalam "Teknik Kurungan" (封印術 , Fuinjutsu). Kemahiran ini sentiasa dipamerkan dan dikaitkan dengan Musang Sembilan Ekor yang dikurung di dalam tubuh Naruto; sejenis kuasa milik Naruto yang cuba dibantu oleh Jiraiya untuk dikuasai oleh Naruto [17]. Templat:Endspoiler
Rumusan plot
Jiraiya hanya membuat penampilan singkat di dalam setiap kemunculannya, kembali ke Konoha setelah lama mengembara untuk menyampaikan berita dan informasi yang dikumpul sepanjang pengembaraannya. Pada awalnya, maklumat yang dikumpul hanyalah berkaitan dengan Orochimaru yang berniat untuk memusnahkan Konoha. Namun begitu, semakin jalan cerita siri ini berkembang, perhatian Jiraiya mula tertumpu kepada satu organisasi jenayah rahsia iaitu Akatsuki [18]. Dalam beberapa kali kepulangannya ke Konoha, Jiraiya telah meluangkan sedikit masanya untuk mengajar Naruto dengan tekniknya sendiri dan bagaimana cara untuk mengawal kuasa Kyubi yang dikurung di dalam tubuh Naruto. Latihan Jiraiya dan Naruto berlaku dalam tempoh di antara penghujung Bahagian I dan Bahagian II siri ini, di mana mereka berdua telah mengembara selama dua setengah tahun [19].
Dalam Bahagian II, Jiraiya mula menyiasat tentang latar belakang ketua organisasi Akatsuki, Pain. Dalam percubaannya menyiasat latar belakang Pain, dia telah ditarik masuk ke dalam satu pertarungan dengan ketua organisasi tersebut yang mana ianya berlanjutan sepanjang Bab 41, manga Naruto. Dalam bab ini, sedikit latar belakang Jiraiya telah didedahkan termasuklah ramalan mengenai anak muridnya yang memiliki kuasa untuk menyelamatkan atau memusnahkan dunia ketika sedang berlatih di Myobukuzan. Beberapa tahun kemudian, Jiraiya bertemu seorang kanak-kanak bernama Nagato yang pada anggapan Jiraiya adalah anak ramalan yang diceritakan oleh "Keramat Kodok" dan mula melatih kanak-kanak tersebut agar dapat menjadi penyelamat seperti yang dikatakan. Dengan kepercayaan yang sama (Jiraiya menganggap Nagato masih kanak-kanak sama yang dia kenali) dan Jiraiya juga menyangkakan Nagato telah lama mati. Jiraiya mengambil keputusan untuk membunuh Nagato agar kemusnahan dunia yang dilakukan oleh 6-Pain dapat dihentikan [20]. Pada penghujung pertarungan, Jiraiya menyedari bahawa dia telah melakukan kesilapan; sebenarnya Naruto merupakan anak ramalan sebenar seperti yang diceritakan oleh ramalan. Sebelum rebah akibat kecederaan parah yang dialaminya, Jiraiya telah membongkar rahsia di sebalik wajah sebenar Pain dan menyerahkan informasi tersebut secara "khas" kepada Naruto dan pihak Konoha. Jiraiya kemudiannya tumpas di medan pertarungan tanpa sebarang kekesalan; kerana Jiraiya mengetahui dia telah melakukan yang terbaik untuk bakal penyelamat dunia.
Kemunculan di dalam media lain
Jiraiya merupakan watak yang boleh dimainkan di dalam kebanyakan permainan video Naruto, termasuklah siri "Clash of Ninja" dan siri "Naruto: Ultimate Ninja" [21][22]. Dalam permainan video pertama siri "Ultimate Ninja" iaitu Naruto: Ultimate Ninja, Jiraiya hanya muncul sebagai watak sokongan kepada Naruto (ketika dia melakukan teknik khasnya). Bermula dengan Naruto: Ultimate Ninja 2, watak Jiraiya boleh dimainkan oleh pemain di mana watak tersebut boleh menggunakan beberapa variasi Rasengan, Teknik Api dan Teknik Seruan (口寄せ , "Kuchiyose") kodok. Kemunculan pertama Jiraiya untuk siri permainan video Naruto: Shippuden adalah dalam Naruto Shippūden: Gekitou Ninja Taisen EX dan kemudiannya dalam "Naruto Shippūden: Narutimate Accel" atau Naruto Shippuden: Ultimate Ninja 4 [23]. Jiraiya hanya muncul dalam video-animasi asal ketiga tetapi tidak memegang banyak peranan [24]. Jiraiya setakat ini hanya muncul dalam satu filem Naruto iaitu Naruto Shippūden 2: Bonds.
Populariti dan sambutan kepada watak
Jiraiya pernah muncul dalam beberapa undian populariti di dalam Shonen Jump. Dalam undian kali kedua dan ketiga, Jiraiya menduduki tangga sepuluh terbaik. Namun, dalam undian kali keempat, Jiraiya menduduki tangga kesebelas [25].
Barangan jualan yang berasaskan watak Jiraiya seperti rantai kunci, figura aksi dan juga dirah dahi turut dikeluarkan dan dipasarkan [26][27][28].
Beberapa keluaran manga, anime dan permainan video serta beberapa media yang berkaitan telah memberikan pujian dan kritikan kepada watak Jiraiya. DVDTimes telah memuji bahawa Jiraiya merupakan watak paling berjaya dihasilkan oleh Masashi Kishimoto bagi siri Naruto. Mereka (pihak DVDTimes) menyedari bahawa watak Jiraiya yang sedikit miang (seperti yang wujud dalam kebanyakkan watak dalam komik) merupakan seorang yang hebat dan kuat, serta segala perkara berkenaan dengannya adalah sukar dijangka [29]. Activeanime pula menyatakan bahawa latihan yang dilakukan oleh Jiraiya bersama Naruto menjadi "penenang" kepada jalan cerita siri ini dan menyatakan bahawa terdapat persamaan di antara kedua-dua watak Jiraiya dan Naruto[30]. Animeondvd turut memuji dengan menyatakan Jiraiya merupakan watak lucu yang ditonjolkan sewaktu penampilan awalnya [31] IGN commented on his relationships with Naruto Uzumaki that "they share so much in common".[32].
Rujukan
- ^ a b "Pelakon suara Bahasa Malaysia untuk Naruto". Facebook. 17 January 2013.
- ^ Kishimoto, Masashi (2002). NARUTO―ナルト―[秘伝・臨の書]. Shueisha. m/s. 73. ISBN 4-08873-288-X.
- ^ Kishimoto, Masashi (2005). NARUTO―ナルト―[秘伝・闘の書]. Shueisha. m/s. 93. ISBN 4-08873-734-2.
- ^ Kishimoto, Masashi (2008). Naruto Character Official Data Book Hiden Sha no Sho. Shueisha. m/s. 91. ISBN 978-4-08-874247-2.
- ^ "Trivia". Anime News Network. Dicapai pada 2007-12-27.
- ^ Kishimoto, Masashi (2002). NARUTO―ナルト―[秘伝・臨の書]. Shueisha. m/s. 246. ISBN 4-08873-288-X.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). Uzumaki: the Art of Naruto. Viz Media. m/s. 143. ISBN 1-4215-1407-9.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 170". Naruto, Volume 19. Viz Media. m/s. 155. ISBN 1-4215-1654-3.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 159". Naruto, Volume 18. Viz Media. ISBN 1-4215-1653-5.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 139". Naruto, Volume 16. Viz Media. ISBN 1-4215-1090-1.
- ^ Kishimoto, Masashi (2006). "Chapter 291". Naruto, Volume 33. Shueisha. ISBN 4-08-874108-6 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan). - ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 150". Naruto, Volume 17. Viz Media. ISBN 1-4215-1652-7.
- ^ Kishimoto, Masashi (2008). "Chapter 382". Naruto, Volume 42. Shueisha. ISBN 978-4-08-874512-1.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 148". Naruto, Volume 17. Viz Media. ISBN 1-4215-1652-7.
- ^ Kishimoto, Masashi (2008). "Chapter 376". Naruto, Volume 41. Shueisha. ISBN 4-08-874472-8 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan). - ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 166". Naruto, Volume 19. Viz Media. ISBN 1-4215-1863-5.
- ^ Kishimoto, Masashi (2006). "Chapter 92". Naruto, Volume 11. Viz Media. ISBN 1-4215-0241-0.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 143". Naruto, Volume 16. Viz Media. ISBN 1-4215-1090-1.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 230". Naruto, Volume 27. Viz Media. ISBN 1-4215-1863-5.
- ^ Kishimoto, Masashi (2008). "Chapter 373". Naruto, Volume 41. Shueisha. ISBN 4-08-874472-8 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan). - ^ Alfonso, Andrew (2004-09-26). "TGS 2004: Naruto Gekitou Ninja Taisen! 3 Hands-on". IGN. Dicapai pada 2008-02-08.
- ^ Naruto: Ultimate Ninja English instruction manual (dalam bahasa Inggeris). Namco Bandai. 2006. m/s. 26.
- ^ "NARUTO-ナルト- 疾風伝:TV東京 - Goods". TV Tokyo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-01. Dicapai pada 2008-02-08.
- ^ "Naruto (OAV)". Anime News Network. Dicapai pada 2008-02-10.
- ^ Kishimoto, Masashi (2007). "Chapter 199". Naruto, Volume 22. Viz Media. ISBN 1-4215-1858-9.
- ^ "Naruto Jiraiya PVC Keychain GE-3888". Amazon.com. Dicapai pada 2008-02-08.
- ^ "Naruto Battle Packs > Sannin Battle Action Figure Multi-Pack". Amazon.com. Dicapai pada 2008-02-08.
- ^ "Naruto Anime Manga Cosplay JIRAIYA Headband + Pin". Amazon.com. Dicapai pada 2008-02-08.
- ^ "Naruto Unleashed Series 3:1". DVDTimes.com. Dicapai pada 2008-04-17.
- ^ Jones, Davey C. (2008-03-21). "NARUTO VOL. 22 THE LAST OF THE CLAN! (ADVANCE REVIEW)". Activeanime. Dicapai pada 2008-04-28.
- ^ Rich, Justin (2008-12-28). "Naruto Box Set 05 (also w/special edition)". AnimeonDVD.com. Dicapai pada 2008-05-22.
- ^ Jason Van Horn (16 April 2007). "Naruto: "Jiraiya: Naruto's Potential Disaster!" Review". IGN. Dicapai pada 7 November 2008.