The Last: Naruto the Movie | |
---|---|
Pengarah | Tsuneo Kobayashi |
Cerita oleh | Masashi Kishimoto |
Berdasarkan | Naruto oleh Masashi Kishimoto |
Muzik oleh | Yasuharu Takanashi |
Tarikh tayangan | 6 Disember 2014 29 Januari 2015 |
Negara | Jepun |
Bahasa | Bahasa Jepun |
The Last: Naruto the Movie merupakan siri filem ke-12 dalam siri Naruto mempamerkan genre aksi, pengembaraan dan romantik.[1] Filem ini dibuat untuk menyambut ulang tahun ke-15 tahun bagi siri manga Naruto. Filem ini juga merupakan projek pertama dalam permulaan Projek Era Baru (新時代開幕プロジェクト , Shinjidai Kaimaku Purojekkuto), dan filem yang pertama menjadi siri rasmi dan sambungan jalan cerita dalam siri manga Naruto selepas bab 699 karya Masashi Kishimoto. Siri ini ditanyangkan pada 6 Disember 2014 sebelum jilid ke-72 (terakhir) dipasarkan pada Februari 2015.[2] Slogan dalam filem ini iaitu, Episod terakhir; Permulaan cinta pertama (最後の物語は、はじめての愛。 , Saigo no episōdo wa, hajimete no ai).
Plot
Dua tahun selepas peristiwa Perang Dunia Shinobi Keempat, bulan mula turun ke bumi. Memandangkan bulan kini sudah menjadi meteor yang berupaya memusnahkan segala-galanya sebaik menghentam bumi, Naruto perlu berhadapan dengan ancaman baharu ini. Krisis kali ini berpunca daripada Toneri Ōtsutsuki, seorang waris keturunan Hamura Ōtsutsuki yang nekad meneruskan legasi nenek moyangnya. Dia muncul dan menculik Hanabi Hyūga setelah gagal menculik Hinata, yang berhasrat menghadiahkan sehelai selendang merah yang dikait sendiri kepada Naruto seperti mana yang pernah dipakainya di Akademi Ninja semasa Festival Musim Sejuk Kampung Konoha. Hinata dipukul sehingga pengsan dan selendang yang dikaitnya rosak. Naruto, Hinata, Sakura, Sai, dan Shikamaru dihantar untuk menyelamatkan Hanabi. Shikamaru juga diberi sebuah jam khas yang selama ini hanya dipegang oleh lima Kage, yang mengira waktu hari kehancuran. Dalam perjalanan, Naruto sedikit demi sedikit mula menyedari konsep cinta dan perasaan Hinata. Sasuke muncul semula mempertahankan Konoha daripada meteorit. Pada satu masa, Toneri mencuri Byakugan Hanabi dan menanamnya ke dalam soket matanya sendiri, membangkitkan Tenseigan yang dihentikan oleh keturunan Hamura semasa alaf yang lalu. Dia juga berjaya menangkap Hinata, memaksanya untuk berkahwin dengannya; Hinata "menerima" tawarannya, yang menyebabkan Naruto berasa sangat tertekan setelah dibelasah teruk oleh Toneri.
Selepas tiga hari proses pemulihan, Naruto bangun dan mendapati Sakura menjadi sangat lemah kerana menyelamatkan nyawanya. Sakura bercakap dengan Naruto dan membantu Naruto sedar bahawa Hinata benar-benar mencintainya. Dengan kekuatan baharu, Naruto menyerbu markas bulan Toneri. Sementara itu di mahligai Toneri, Toneri meminta Hinata untuk mengait sehelai selendang merah untuknya, sama seperti yang dibuatnya untuk Naruto. Hinata, walau bagaimanapun, menggunakan peluang ini untuk memusnahkan Tenseigan. Toneri menangkapnya, mengurungnya di dalam sangkar besar, dan memusnahkan selendang yang dikait untuknya. Kumpulan Naruto akhirnya tiba dan serangan besar-besaran terhadap mahligai Toneri bermula. Kumpulan Naruto berpecah dan seterusnya Sai dan Shikamaru menyelamatkan Hanabi. Toneri, walau bagaimanapun, berupaya untuk menguasai Tenseigan, memasuki Mod Chakra Tenseigan, yang memberikannya kuasa mencukupi untuk membelah bulan. Naruto memasuki Mod Chakra Ekor Sembilan, dan satu pertarungan besar tercetus. Semasa menghampiri penamat, Naruto menggenggam cebisan terakhir selendang yang asalnya dibuat oleh Hinata untuknya dan menyalurkan chakranya ke genggaman penumbuk yang menggenggam cebisan tersebut lalu menghayunkan penumbuknya yang menjadi cukup kuat untuk menumpaskan Toneri dan menghentamnya ke dinding. Hinata menggunakan peluang ini untuk mendapatkan semula Byakugan Hanabi. Akhirnya Naruto berjaya menewaskan Toneri, menghalang bulan daripada jatuh, dan menyelamatkan Hinata. Naruto kemudian meluahkan perasaan cintanya kepada Hinata dan mereka berdua berciuman. Filem berakhir dengan satu siri imbas ke hadapan yang memaparkan perkahwinan Naruto dan Hinata, dan seterusnya anak-anak mereka, Boruto dan Himawari.
Lakonan suara
Rujukan
- ^ "THE LAST -NARUTO THE MOVIE-(2014)". allcinema (dalam bahasa Japanese). Stingray. Dicapai pada 23 October 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Sukima Switch Perform Song, Voice-Act in The Last -Naruto the Movie-". Anime News Network. 22 October 2014. Dicapai pada 23 October 2014.