Copa das Confederações da FIFA Brasil 2013[1] | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Brazil |
Tarikh | 15 Jun – 30 Jun |
Pasukan | 8 (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 6 (di 6 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Brazil (Kejuaraan Ke-4) |
Naib Juara | Sepanyol |
Tempat Ketiga | Itali |
Tempat Keempat | Uruguay |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 16 |
Jaringan gol | 68 (4.25 per perlawanan) |
Kehadiran | 804,659 (50,291 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Fernando Torres Fred (5 gol) |
Pemain terbaik | Neymar |
Penjaga gol terbaik | Júlio César |
← 2009 2017 → |
Piala Konfederasi FIFA 2013 ialah Piala Konfederasi FIFA ke-9, diadakan di Brazil pada Jun 2013 sebagai sebuah permulaan kepada kejohanan Piala Dunia FIFA 2014.[2] Kejohanan ini bermula dari 15 hingga 30 Jun 2013. Brazil adalah juara bertahan.
Pertandingan ini merupakan pertandingan pasukan kebangsaan pertama yang menggunakan teknologi garisan gol, yang juga akan digunakan dalam Piala Dunia 2014.[3]
Juara Euro 2012 Sepanyol mempunyai peluang untuk menjadi pasukan ketiga (selepas Argentina dan Perancis) untuk memenangi semua kejohanan utama FIFA yang terdiri daripada tiga iaitu: Piala Dunia, kejohanan bola sepak Olimpik dan Piala Konfederasi selepas layak ke perlawanan akhir. Bagaimanapun, Brazil berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan 3–0. Ia merupakan kejuaraan keempat mereka dan yang ketiga berturut-turut.[4]
Pasukan yang layak
Pasukan | Konfederasi | Kaedah kelayakan | Tarikh sah kelayakan | No. penyertaan |
---|---|---|---|---|
Brazil | CONMEBOL | Tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014 | 30 Oktober 2007 | Ke-7 |
Sepanyol | UEFA | Juara Piala Dunia FIFA 2010 | 11 Julai 2010 | Ke-2 |
Jepun | AFC | Juara Piala Asia 2011 | 29 Januari 2011 | Ke-5 |
Mexico | CONCACAF | Juara Piala Emas CONCACAF 2011 | 25 Jun 2011 | Ke-6 |
Uruguay | CONMEBOL | Juara Copa América 2011 | 24 Julai 2011 | Ke-2 |
Tahiti | OFC | Juara Piala Negara-Negara OFC 2012 | 10 Jun 2012 | Ke-1 |
Itali | UEFA | Naib juara Piala Eropah UEFA 20121 | 28 Jun 2012 | Ke-2 |
Nigeria | CAF | Juara Piala Negara-Negara Afrika 2013 | 10 Februari 2013 | Ke-2 |
1Pasukan Itali telah dianugerahkan tempat untuk kejohanan ini kerana pasukan Sepanyol telah memenangi kedua-dua kejohanan iaitu Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012. Oleh kerana kedua-dua kejohanan tersebut menawarkan pemenangnya tempat dalam Piala Konfederasi FIFA, naib juara UEFA Euro 2012 telah menerima jemputan untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.
Tempat
Sebanyak enam stadium digunakan, setiap satunya terletak di bandar yang berlainan.
Belo Horizonte, MG | Recife, PE | |
---|---|---|
Estádio Mineirão Kapasiti: 62,547[5] |
Arena Pernambuco Kapasiti: 44,248[6] | |
Brasília, DF | Rio de Janeiro, RJ | |
Estádio Nacional Mané Garrincha Kapasiti: 68,009[7] |
Estádio do Maracanã Kapasiti: 76,804[8] | |
Fortaleza, CE | Salvador, BA | |
Estádio Castelão Kapasiti: 64,846[9] |
Arena Fonte Nova Kapasiti: 52,048[10] |
Pegawai perlawanan
Sepuluh trio pengadil telah diumumkan FIFA pada 13 Mei 2013.[11][12]
Konfederasi | Pengadil | Pembantu |
---|---|---|
AFC | Yuichi Nishimura (Jepun) | Toru Sagara (Jepun) Toshiyuki Nagi (Jepun) |
Ravshan Irmatov (Uzbekistan) | Abdukhamidullo Rasulov (Uzbekistan) Bahadyr Kochkarov (Kyrgyzstan) | |
CAF | Djamel Haimoudi (Algeria) | Abdelhalk Etchiali (Algeria) Redouane Achik (Morocco) |
CONCACAF | Joel Aguilar (El Salvador) | William Torres (El Salvador) Juan Zumba (El Salvador) |
CONMEBOL | Diego Abal (Argentina) | Hernán Maidana (Argentina) Juan Pablo Belatti (Argentina) |
Enrique Osses (Chile) | Francisco Mondria (Chile) Carlos Astroza (Chile) | |
UEFA | Howard Webb (England) | Mike Mullarkey (England) Darren Cann (England) |
Felix Brych (Jerman) | Stefan Lupp (Jerman) Mark Borsch (Jerman) | |
Björn Kuipers (Belanda) | Sander van Roekel (Belanda) Erwin Zeinstra (Belanda) | |
Pedro Proença (Portugal) | Bertino Miranda (Portugal) Tiago Trigo (Portugal) |
Skuad
Setiap pasukan mesti menghantar 23 nama pemain kepada FIFA sebelum tarikh akhir pada 7 Jun 2013.
Peringkat kumpulan
Jadual rasmi telah diperkenalkan di Rio de Janeiro pada 30 Mei 2012.[13]
Pasukan yang menjadi juara dan naib juara bagi peringkat kumpulan layak untuk ke separuh akhir.[14] Kedudukan setiap pasukan di dalam setiap kumpulan akan ditentukan berdasarkan penilaian yang berikut:
- bilangan mata terbanyak yang diperolehi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
- perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
- bilangan gol terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
Jika satu atau lebih pasukan adalah sama seperti tiga kriteria di atas, pasukan tersebut akan ditentukan kedudukan melalui cara berikut:
- bilangan mata terbanyak yang diperolehi dalam perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
- perbezaan gol hasil daripada perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
- bilangan gol terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
- keputusan oleh Jawatankuasa Penganjur FIFA.
Semua masa perlawanan yang disenaraikan adalah mengikut Waktu rasmi Brazil (UTC−03:00).[15]
Panduan untuk jadual berwarna | |
---|---|
Pasukan yang layak ke separuh akhir | |
Pasukan yang tidak layak ke separuh akhir |
Kumpulan A
Pasukan | BP |
M |
S |
K |
JG |
GB |
PG |
Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Brazil | 3 | 3 | 0 | 0 | 9 | 2 | +7 | 9 |
Itali | 3 | 2 | 0 | 1 | 8 | 8 | 0 | 6 |
Mexico | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 5 | −2 | 3 |
Jepun | 3 | 0 | 0 | 3 | 4 | 9 | −5 | 0 |
Itali | 4–3 | Jepun |
---|---|---|
De Rossi 41' Uchida 50' (g.s.) Balotelli 52' (pen.) Giovinco 86' |
Laporan | Honda 21' (pen.) Kagawa 33' Okazaki 69' |
Kumpulan B
Pasukan | BP |
M |
S |
K |
JG |
GB |
PG |
Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sepanyol | 3 | 3 | 0 | 0 | 15 | 1 | +14 | 9 |
Uruguay | 3 | 2 | 0 | 1 | 11 | 3 | +8 | 6 |
Nigeria | 3 | 1 | 0 | 2 | 7 | 6 | +1 | 3 |
Tahiti | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 24 | −23 | 0 |
Tahiti | 1–6 | Nigeria |
---|---|---|
J. Tehau 54' | Laporan | Vallar 5' (g.s.) Oduamadi 10', 26', 76' J. Tehau 69' (g.s.) Echiéjilé 80' |
Peringkat kalah mati
Separuh Akhir | Pentas Akhir | ||||||
26 Jun – Belo Horizonte | |||||||
Brazil | 2 | ||||||
Uruguay | 1 | ||||||
30 Jun – Rio de Janeiro | |||||||
Brazil | 3 | ||||||
Sepanyol | 0 | ||||||
Tempat ketiga | |||||||
27 Jun – Fortaleza | 30 Jun – Salvador | ||||||
Sepanyol (p) | 0 (7) | Uruguay | 2 (2) | ||||
Itali | 0 (6) | Itali (p) | 2 (3) |
Separuh akhir
Perlawanan tempat ketiga
Uruguay | 2-2 (s.m.t.) | Itali |
---|---|---|
Cavani 58', 78' | Laporan | Astori 24' Diamanti 73' |
Penalti | ||
Forlán Cavani Suárez Cáceres Gargano |
2–3 | Aquilani El Shaarawy De Sciglio Giaccherini |
Perlawanan Akhir
Pemenang
Juara Piala Konfederasi FIFA 2013 |
---|
Brazil Juara Keempat |
Anugerah
Anugerah berikut diberikan pada kejohanan ini:[16]
Permainan Bersih FIFA | Bola Emas | Kasut Emas | Sarung Emas |
---|---|---|---|
Sepanyol | Neymar | Fernando Torres | Júlio César |
Bola Perak | Kasut Perak |
---|---|
Andrés Iniesta | Fred |
Bola Gangsa | Kasut Gangsa |
Paulinho | Neymar |
Penjaring gol
- 5 gol
- 4 gol
- 3 gol
- 2 gol
- 1 gol
- Gol sendiri
|
|
|
Sumber: [17]
Bola untuk perlawanan
Bola untuk perlawanan yang rasmi telah diumumkan semasa undian bagi pertandingan. Bola tersebut dinamakan sebagai "Cafusa", suatu singkatan perkataan bagi "Carnaval" (Karnival), "Futebol" (Bola sepak) dan "Samba".[18] Untuk memperkenalkan bola tersebut secara rasmi, bekas kapten Brazil yang bernama Cafu telah dijemput.[18]
Hadiah wang tunai
Persatuan bola sepak kebangsaan akan menerima hadiah berupa wang tunai daripada pihak FIFA berdasarkan kedudukan akhir pasukan.
Peringkat persaingan | Kedudukan akhir | Hadiah wang tunai (Dolar AS) |
---|---|---|
Akhir | Juara | $4.1j |
Naib juara | $3.6j | |
Perlawanan semula tempat ketiga | Tempat ketiga | $3j |
Tempat keempat | $2.5j | |
Peringkat kumpulan | Tempat kelima hingga kelapan | $1.7j |
Sumber: [19]
Teknologi garisan gol
Pada 2 April 2013, FIFA mengumumkan GoalControl GmbH sebagai pembekal rasmi teknologi garisan gol untuk kejohanan ini.[20]
Protes
Pada upacara pembukaan yang diadakan di Brasilia National Stadium pada 15 Jun 2013, seramai 70,000 peminat telah mengebu Presiden Brazil, Dilma Rousseff dan Presiden FIFA, Sepp Blatter. Kejadian tersebut bermula apabila Blatter dan Rousseff diumumkan untuk membuat ucapan sulung sempena Piala Konfederasi edisi 2013.[21] Selepas itu pula, hashtags di Twitter yang menentang Presiden Brazil telah muncul dan merentasi seluruh dunia dalam senarai kedudukan kesepuluh teratas topik berbangkit.[22]
Sebelum perlawanan bermula, demonstrasi di luar stadium telah dianjurkan oleh sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan jumlah wang rakyat untuk dilaburkan dalam Piala Konfederasi dan Piala Dunia FIFA.[23] Demonstrasi ini berlaku seiring dengan kejadian lain di bandar-bandar utama di Brazil yang mengalami rusuhan berikutan kenaikan tambang bas dari segi harga dan inflasi yang tinggi.[24][23] Kejadian protes yang serupa juga berlaku sebelum perlawanan Mexico dan Itali di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro.[25][26]
Rujukan
- ^ Sebutan bagi bahasa Portugis adalah [ˈkɔpɐ dɐs kõfedɛɾɐˈsõjz dɐ ˈfifɐ bɾɐˈziw ˈdojz ˈmiw i ˈtɾezi] dalam sebutan piawai Brazil.
- ^ "Plenty to look forward to in 2011". fifa.com. 2008-05-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-21. Dicapai pada 2011-01-02.
Kedua-dua kejohanan akan menyediakan dua pasukan yang layak untuk Piala Konfederasi FIFA Brazil 2013. Sementara kejohanan ini dan Piala Dunia FIFA bermula, negara ini akan menganjurkannya 12 bulan kemudian dan akan memfokuskan kejohanan ini pada bulan Julai. Cabutan Permulaan untuk Brazil 2014 pula mengambil tempat di Rio de Janeiro.
- ^ "FIFA launch GLT tender for Brazil 2013/14". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 19 Februari 2013.
- ^ Brazil wins 2013 Confederations Cup; beats Spain 3–0 Diarkibkan 2013-09-28 di Wayback Machine Dicapai 3 Julai 2013.
- ^ "FIFA Confederations Cup Brazil 2013: Destination". FIFA.com. 5 Disember 1965. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ "FIFA Confederations Cup Brazil 2013: Destination – Arena Pernambuco – Recife". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ "FIFA Confederations Cup Brazil 2013: Destination – Estadio Nacional de Brasilia – Brasilia". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ "FIFA Confederations Cup Brazil 2013: Destination – Estadio Do Maracana – Rio de Janeiro". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ "FIFA Confederations Cup Brazil 2013: Destination – Estadio Castelao – Fortaleza". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ "FIFA Confederations Cup Brazil 2013: Destination". FIFA.com. 28 Januari 1951. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ "Match officials appointed for FIFA Confederations Cup Brazil 2013". FIFA.com. 13 Mei 2013.
- ^ "Match officials for FIFA Confederations Cup 2013" (PDF). FIFA.com.
- ^ "FIFA Confederations Cup Brazil 2013 match schedule presented in Rio de Janeiro". FIFA.com. 30 Mei 2012.
- ^ "Regulations – FIFA Confederations Cup Brazil 2013" (PDF). FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-12. Dicapai pada 2013-05-28.
- ^ "Match Schedule – FIFA Confederations Cup Brazil 2013" (PDF). FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-04-25. Dicapai pada 2013-05-28.
- ^ "Neymar breaks through for top award". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 1 Julai 2013. Dicapai pada 2 Julai 2013.
- ^ "Players – Top goals". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 30 Jun 2013.
- ^ a b "Adidas Cafusa launched at Brazil 2013 draw". Fifa.com. 1 Disember 2012. Dicapai pada 1 Disember 2012.
- ^ "Prize money up by 14 per cent". FIFA.com. 15 Februari 2013. Dicapai pada 18 Jun 2013.
- ^ "FIFA appoints goal-line technology provider for Brazil 2013". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 2 April 2013.
- ^ Peck, Brooks (29 Mei 2013). "Sepp Blatter, Brazil president Dilma booed at Confederations Cup opening ceremony". Sports.yahoo.com. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ Widea.com.br. "Vaiada, Dilma é assunto mais comentado do mundo no Twitter". Correiodoestado.com.br. Dicapai pada 16 Jun 2013.[pautan mati kekal]
- ^ a b Reuters (15 Jun 2013). "Brazil Beats Japan, Protests Spoil Confederations Cup Opening Day". Voice of America. Brasília: Federal government of the United States. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ time: 15 Jun, 2013 10:24. "Brazil despair: Protests over transport, inflation gain intl support (PHOTOS) — RT News". Rt.com. Dicapai pada 18 Jun 2013.
- ^ Sturm, Heloísa Aruth (16 Jun 2013). "Grupo organiza um protesto neste domingo no Maracanã". O Estado de S.Paulo (dalam bahasa Portuguese). Rio de Janeiro: Grupo Estado. Dicapai pada 16 June 2013. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|work=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Confed Cup protests continue". ESPN. 17 Jun 2013. Dicapai pada 17 Jun 2013.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Piala Konfederasi FIFA 2013 |
- Piala Konfederasi FIFA 2013 Diarkibkan 2010-06-15 di Wayback Machine di FIFA.com