![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dante Bonfim Costa Santos[1] | ||
Tarikh lahir | 18 Oktober 1983 | ||
Tempat lahir | Salvador, Bahia, Brazil | ||
Ketinggian | 1.89 m (6 ka 2 3⁄8 in)[2] | ||
Posisi permainan | Bek | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Bayern Munich | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
1998 | Catuense Futebol SA | ||
1999 | Galícia Esporte Clube | ||
2000 | Capivariano FC | ||
2001 | Juventude | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2002–2004 | Juventude | 53 | (1) |
2004–2006 | Lille | 12 | (0) |
2006–2007 | Charleroi | 24 | (2) |
2007–2009 | Standard Liège | 63 | (2) |
2009–2012 | Borussia Mönchengladbach | 93 | (8) |
2012– | Bayern Munich | 70 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2013– | Brazil | 13 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:59, 29 November 2014 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16:08, 9 Julai 2014 (UTC) |
Dante Bonfim Costa Santos (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdɐ̃tʃi]; lahir 18 Oktober 1983), ataupun dikenali sebagai Dante merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk Bayern Munich. Dante mula membuat debut untuk Brazil pada 2013. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Kerjaya
Kerjaya awal
Dante sertai kelab remaja Juventude pada tahun 2001 dan pada tahun 2002, beliau memasuki skuad senior. Pada 2004, beliau mula berpindah ke kelab Eropah, beliau bersama kelab Ligue 1, Lille. Selepas dua musim bersama Lille, Dante berpindah ke Belgium untuk bersama kelab Charleroi SC pada 2006. Selepas musim yang memuaskan untuk Charleroi di mana beliau membuat 27 penampilan dan membantu kelab itu menduduki tempat kelima, beliau berpindah ke kelab sensasi, Standard Liège.[3] Dante bersama kelab gergasi Belgium itu menjuarai gelaran liga, beliau juga hanya terlepas satu perlawanan liga.[4] Dalam musim keduanya bersama Standard, beliau hanya sempat bermain 15 perlawanan liga sebelum berpindah ke kelab Bundesliga Jerman.[5]
Borussia Mönchengladbach
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2a/Dante_vfl_borussia1.jpg/220px-Dante_vfl_borussia1.jpg)
Dante sertai Borussia Mönchengladbach dari Standard Liège pada 27 Disember 2008 dengan bayaran yang tidak didedahkan, beliau menandatangani kontrak itu sehingga musim panas 2013.[6] Dante membuat penampilan pertama bersama kelab Jerman itu pada 20 Mac 2009, beliau memasuki padang pada separuh masa kedua ketika tewas 1-0 kepada VfL Bochum.[7] Dante menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ketika menentang VfL Wolfsburg pada 11 April tetapi Gladbach tewas 2–1.[8] Pemain tengah Brazil itu menjaringkan gol kemenangan pada lewat perlawanan ketika menentang Energie Cottbus pada 13 Mei, dengan menanduk dari hantaran lintang Marko Marin untuk memberikan kemenangan pada kelab itu 1-0 pada minit ke-91.[9] Dalam hari terakhir musim 2008-09 pada 23 Mei 2009, Dante menjaringkan gol tunggal Gladbach, seri 1–1 menentang Borussia Dortmund. Keputusan seri itu menyelamatkan Gladbach daripada tersingkir ke 2. Bundesliga.[10]
Dalam kempen Bundesliga 2009–10 pada 9 Ogos 2009, Dante menerima kad merah ketika Mönchengladbach ketika seri 3-3 menentang VfL Bochum.[11] Beliau menjaringkan gol pertama ketika kempen 2009-10 pada 31 Oktober, dengan menanduk masuk dari sepakan penjuru pada minit ke-76 untuk menyamakan kedudukan seri 2-2 dan kemudian pada minit ke-82, penyerang Rob Friend menjaringkan gol kemenangan 3–2 ke atas Hamburg.[12]
Dalam kempen 2010–11, kempen yang menyukarkan buat Gladbach. Dante hanya bermain 17 perlawanan liga dan kelabnya hanya menduduki tempat ke-16, Gladbach perlu ke perlawanan play-off penyingkiran.[13] Beliau juga bermain untuk Borussia Mönchengladbach ketika perlawanan play-off menentang VfL Bochum, Gladbach akhirnya selamat ke Bundesliga 2011-12 selepas menang agregat 2–1.[14]
Dalam musim berikutnya, Dante bermain sebanyak 38 perlawanan termasuk semua kejohanan. Pada Januari 2012, Dante merasakan beliau perlu berpindah dari kelab itu kerana kelabnya akan tamat pada Jun 2014. Dalam satu persidangan, beliau ingin bermain kelab teratas Jerman, seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Bayer Leverkusen.[15] Pada 21 Mac 2012, Dante dan Patrick Herrmann gagal untuk menyudahkan penalti menentang Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir DFB Pokal. Kesilapan Dante dan Herrmann memberikan kemenangan penalti 4-2 kepada Munich untuk ke perlawanan akhir menentang Borussia Dortmund.[16]
Bayern Munich
Pada 26 April 2012, beliau bersetuju untuk ke Bayern Munich sebelum bermulanya musim 2012–13 dengan bayaran €4.7 juta.[17]
2012–13
Penampilan pertama Dante bersama Munich pada perlawanan DFL-Supercup pada 12 Ogos 2012, apabila Bayern membenam Borussia Dortmund, 2-1.[18] Beliau membuat debut untuk gergasi Bavaria itu pada 25 Ogos ketika Bayern menang selesa 3-0 ke atas SpVgg Greuther Fürth.[19] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern ketika pasukannya menang besar 5–0 ke atas Hannover 96 pada 24 November 2012.[20] Dante membuat impak yang besar di Bayern, beliau berganding dengan beberapa pemain pertahanan yang lain seperti Holger Badstuber, Daniel Van Buyten dan Jérôme Boateng.[21]
2013–14
Dengan pengurus baru Pep Guardiola yang mengambil alih Bayern pada musim 2013-14, Dante menentang bekas kelabya, Gladbach. Pemain pertahanan dari Brazil itu menjaringkan gol sendiri apabila mengelirukan penjaga gol Manuel Neuer; perlawanan itu berkesudahan Bayern menang 3–1.[22]
Pada 21 Disember 2013, Dante menjaringkan gol pembukaan Bayern menentang Raja Casablanca 2–0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2013.[23]
Pada 24 Mac 2014, Dante menandatangani kontrak baru bersama Bayern, di mana beliau kekal bersama Bayern sehingga 2017.[24]
Kerjaya antarabangsa
Dante menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan kebangsaan Brazil pada 21 Januari 2013 selepas jurulatih Luiz Felipe Scolari kembali ke untuk mengurus Brazil. Dante dipanggil untuk persediaan menghadapi skuad England pada 6 Februari di Stadium Wembley.[25] Pada 22 Jun 2013, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Konfederasi FIFA 2013 menentang Itali apabila beliau menggantikan David Luiz pada minit ke-33.[26]
Dante sebahagian daripada skuad Brazil yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014. Kemunculan beliau di Piala Dunia ketika menggantikan Thiago Silva yang digantung ketika perlawanan separuh akhir menentang Jerman, tewas 7-1.[27]
Gol antarabangsa
# | Tarikh | Arena | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
22 Jun 2013 | Itaipava Arena Fonte Nova, Salvador, Brazil | ![]() |
Piala Konfederasi FIFA 2013 | |||
16 November 2013 | Stadium Sun Life, Miami, Amerika Syarikat | ![]() |
Persahabatan |
Statistik kerjaya
Kelab
Penampilan kelab | Liga | Piala | Piala liga | Benua | Lain | Jumlah | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelab | Liga | Musim | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol |
Brazil | Liga | Copa do Brasil | — | Amerika Selatan | Lain1 | Jumlah | ||||||||
Juventude | Série A | 2002 | — | |||||||||||
2003 | 20 | 1 | ||||||||||||
2004 | ||||||||||||||
Jumlah kelab | — | |||||||||||||
Perancis | Liga | Coupe de France | Coupe de la Ligue | Eropah | Lain | Jumlah | ||||||||
Lille | Ligue 1 | 2003–04 | 9 | 0 | 0 | 0 | — | — | ||||||
2004–05 | 2 | 0 | 0 | 0 | — | — | ||||||||
2005–06 | 1 | 0 | 1 | 0 | — | — | ||||||||
Jumlah kelab | 12 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | ||||||
Belgium | Liga | Piala Belgium | — | Eropah | Lain2 | Jumlah | ||||||||
Charleroi | Divisyen Pertama Belgium | 2005–06 | 12 | 1 | — | — | ||||||||
2006–07 | 12 | 1 | — | — | ||||||||||
Jumlah kelab | 24 | 2 | — | |||||||||||
Standard Liège | Divisyen Pertama Belgium | 2006–07 | 15 | 0 | — | 2 | 0 | |||||||
2007–08 | 33 | 1 | 2 | 0 | ||||||||||
2008–09 | 15 | 1 | 7 | 0 | ||||||||||
Jumlah kelab | 63 | 2 | — | 11 | 0 | |||||||||
Jerman | Liga | DFB-Pokal | — | Eropah | Lain3 | Jumlah | ||||||||
Borussia Mönchengladbach | Bundesliga | 2008–09 | 10 | 3 | 0 | 0 | — | — | — | 10 | 3 | |||
2009–10 | 32 | 3 | 2 | 0 | — | — | 34 | 3 | ||||||
2010–11 | 18 | 2 | 1 | 0 | — | 2 | 0 | 21 | 2 | |||||
2011–12 | 33 | 0 | 5 | 0 | — | — | 38 | 0 | ||||||
Jumlah kelab | 93 | 8 | 8 | 0 | — | 0 | 0 | 2 | 0 | 103 | 8 | |||
Bayern Munich | Bundesliga | 2012–13 | 29 | 1 | 3 | 0 | — | 12 | 0 | 1 | 0 | 45 | 1 | |
2013–14 | 29 | 2 | 6 | 1 | 9 | 0 | 2 | 1 | 46 | 4 | ||||
2014–15 | 12 | 0 | 2 | 0 | 4 | 0 | 1 | 0 | 19 | 0 | ||||
Jumlah kelab | 70 | 3 | 11 | 1 | — | 25 | 0 | 4 | 1 | 110 | 5 | |||
Jumlah kelab | ![]() |
— | ||||||||||||
![]() |
12 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | ||||||
![]() |
87 | 4 | — | 11 | 0 | |||||||||
![]() |
163 | 11 | 19 | 1 | — | 25 | 0 | 6 | 1 | 213 | 13 | |||
Jumlah kerjaya | 282 | 16 | 19 | 1 | 1 | 0 | 36 | 0 | 6 | 1 | 344 | 18 |
Penghargaan
Kelab
- Bayern Munich
- Bundesliga: 2012–13, 2013–14
- DFB-Pokal: 2012–13, 2013–14
- DFL-Supercup: 2012
- Liga Juara-Juara UEFA: 2012–13
- Piala Super UEFA: 2013
- Piala Dunia Kelab FIFA: 2013
- Brazil
Individu
- Pasukan Pilihan European Sports Magazines: 2013
Rujukan
- ^ name="FIFA Club World Cup Morocco 2013: List of Players">"FIFA Club World Cup Morocco 2013: List of Players" (PDF). FIFA. 7 December 2013. m/s. 5. Dicapai pada 7 December 2013.
- ^ "Dante - Profile". Confederations Cup Brazil 2013. FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-09. Dicapai pada 21 January 2014.
- ^ "Bayern's bargain Brazilian". Bundesliga. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "R. Standard de Liège". UEFA. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ name="UEFA1">"Gladbach lure Dante away from Standard". UEFA. 27 December 2008. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ name="UEFA1"
- ^ "Borussia Mönchengladbach 0-1 VfL Bochum". ESPN FC. 20 March 2009. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Borussia Mönchengladbach 1-2 VfL Wolfsburg". ESPN FC. 11 April 2009. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Energie Cottbus 0-1 Borussia Mönchengladbach". ESPN FC. 13 May 2009. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ Wagman, Robert (26 May 2009). "Bradley goes distance, Mönchengladbach saves Bundesliga future with draw". Soccer Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-27. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "VfL Bochum 3-3 Borussia Mönchengladbach". ESPN FC. 9 August 2009. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Hamburg 2-3 Borussia M'gladbach: Late fightback". ESPN FC. 31 October 2009. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Bundesliga Saturday: Frankfurt Relegated, 'Gladbach To Playoff, Wolfsburg Survive". SB Nation. 14 May 2011. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Reus rettet die "Fohlen"" (dalam bahasa German). kicker. 25 May 2011. Dicapai pada 22 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Bensinger, Maximilian (18 January 2012). "Borussia Monchengladbach's Dante hints at Bayern Munich ambition: I want to play for a big club in Germany". Goal. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Bayern through on penalties". ESPN FC. 21 March 2012. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Dante-Wechsel von Gladbach zu Bayern perfekt" (dalam bahasa German). welt.de. Dicapai pada 30 September 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Die Bayern holen den ersten Titel der Saison" (dalam bahasa German). kicker.de. 12 August 2012. Dicapai pada 10 August 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bayern ease to victory". ESPNF C. 25 August 2012. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Spielfreudiger FCB demontiert müde 96er" (dalam bahasa German). kicker.de. 24 November 2012. Dicapai pada 29 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ VanOpdorp, Davis (22 May 2013). "Writer Forum: Dante's Partner, Boateng or van Buyten?". SB Nation. Dicapai pada 22 May 2013.
- ^ "Bayern Munich see off Borussia Mönchengladbach in season opener". The Guardian. 9 August 2013. Dicapai pada 10 August 2013.
- ^ "Bayern Munich 2-0 Raja Casablanca". BBC Sport. 21 December 2013. Dicapai pada 2 March 2014.
- ^ "Dante extends stay at Bayern to 2017". FC Bayern Munich. 24 March 2014. Dicapai pada 24 March 2014.
- ^ "Felipão chama Ronaldinho e Júlio César para reestreia pela Seleção" (dalam bahasa Portuguese). globoesporte.globo.com. 22 January 2013. Dicapai pada 22 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Italy 2 Brazil 4". Daily Mail. London. 22 June 2013. Dicapai pada 24 June 2013.
- ^ "Brazil 1-7 Germany". BBC. 8 July 2014. Dicapai pada 9 July 2014.
- ^ name="fussballdaten.de">"Dante" (dalam bahasa Jerman). fussballdaten.de. Dicapai pada 18 July 2014.
- ^ "Dante". Soccerway.com. Dicapai pada 18 July 2014.
- Kelahiran 1983
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Brazil
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2013
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain Esporte Clube Juventude
- Pemain Lille OSC
- Pemain Sporting Charleroi
- Pemain Standard Liège
- Pemain Borussia Mönchengladbach
- Pemain FC Bayern Munich
- Pemain Ligue 1
- Pemain Liga Pro Belgium
- Pemain Bundesliga