Sukan | FIFA (siri permainan video), E-Sukan |
---|---|
Musim Pertama | 2004 |
Penaja | FIFA |
Piala Dunia Interaktif FIFA (bahasa Inggeris: FIFA Interactive World Cup ) (atau singkatannya FIWC), merupakan sebuah kejohanan permainan video tahunan yang dianjurkan secara rasmi oleh FIFA dan EA Sports. Kejohanan piala dunia maya ini disertai oleh jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia yang bertarung untuk mendapatkan kejuaraan ini. FIWC diiktiraf sebagai kejohanan atas talian paling terbesar pernah diadakan oleh Rekod Dunia Guinness[1].
Juara bertahan bagi kejohanan ini, Mohamad Al-Bacha dari Denmark, yang memenangi edisi tahun 2016 yang telah diadakan di bandar New York[2]. Beliau memenangi wang tunai sebanyak $20,000 serta berpeluang menyaksikan anugerah berprestij FIFA Ballon d'Or 2016[3].
Format
Pemain yang berminat layak untuk bertanding dalam pusingan kelayakan menerusi menu permainan atas talian dalam permainan video FIFA. Selama enam musim setiap bulan, dua pemain yang menduduki kedudukan dua teratas serta pemain yang memiliki kadar menang/kalah terbaik dalam setiap musim akan bertanding dalam pusingan akhir yang diadakan di bandar utama sebagai tuan rumah.
Dalam format baru yang diperkenalkan pada tahun 2016, 32 orang pemain yang dipisahkan kepada 16 orang pemain menggunakan konsol Xbox One dan 16 orang pemain lagi menggunakan konsol PlayStation 4 bertanding dalam pusingan akhir. Setiap pemain dari konsol-konsol ini akan melawan antara satu sama lain dari pusingan 16 sehinggalah ke perlawanan akhir. Dua orang pemain yang bertanding dalam perlawanan akhir merupakan perlawanan di antara pemain yang menggunakan konsol Xbox One dan pemain yang menggunakan konsol PlayStation 4.
Bagi tahun 2017, pusingan kelayakan dibahagikan kepada beberapa zon serta jumlah konsol yang digunakan. Berikut merupakan pecahan pemain yang layak ke pusingan akhir yang diadakan di London.
- 10 orang pemain dari Kelayakan Zon Eropah FIWC (5 PlayStation, 5 Xbox)
- 8 orang pemain dari Kelayakan Zon Amerika FIWC (4 PlayStation, 4 Xbox)
- 4 orang pemain dari Kelayakan Zon Rest Of World FIWC (2 PlayStation, 2 Xbox)
- 8 orang pemain dari Siri Kejohanan Pasukan Terbaik (4 PlayStation, 4 Xbox)
- 2 orang pemain dari kejohanan Piala Dunia Kelab Interaktif FIFA (1 PlayStation, 1 Xbox)
Senarai pemenang
Tahun[4] | Tarikh | Tuan rumah[5] | Pemenang | Tempat kedua | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2004 | 19 Disember | Zurich | Thiago Carrico de Azevedo | Matija Biljeskovic | 2–1 |
2005 | 19 Disember | London | Chris Bullard | Gabor Mokos | 5–2 |
2006 | 9 Disember | Amsterdam | Andries Smit | Wolfgang Meier | 6–4 |
2008 | 24 Mei | Berlin | Alfonso Ramos | Michael Ribeiro | 3–1 |
2009 | 2 Mei | Barcelona | Bruce Grannec | Ruben Morales Zerecero | 3–1 |
2010 | 1 Mei | Barcelona | Nenad Stojkovic | Ayhan Altundag | 2–1 |
2011 | 7–9 Jun | Los Angeles | Francisco Cruz | Javier Munoz | 4–1 |
2012 | 21–23 Mei | Dubai | Alfonso Ramos | Bruce Grannec | 1–0 |
2013 | 6–8 Mei | Madrid | Bruce Grannec | Andrei Torres Vivero | 1–0 |
2014 | 2–3 Julai | Rio de Janeiro | August Rosenmeier | David Bytheway | 3–1[6] |
2015 | 17–19 Mei | Munich | Abdulaziz Alshehri | Julien Dassonville | 3–0 |
2016 | 20–22 Mac | New York City | Mohamad Al-Bacha[7] | Sean Allen | 5–5 agg1 |
2017 | London |
1Mohamad Al-Bacha menang dengan menggunakan peraturan gol lawan.
Rujukan
- ^ Guinness World Records. "Watch live: Gamers battle out to win at record-breaking FIFA Interactive World Cup". Guinnessworldrecords.com. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ^ "Mohamad Al-Bacha wins FIFA Interactive World Cup title for Denmark - FIFA.com". FIFA.com. Dicapai pada 3 Ogos 2016.
- ^ "Mohamad Al-Bacha is the best in the world at what he does.". Joe. Dicapai pada 25 Mei 2017.
- ^ "FIFA Interactive World Cup". FIFA.com. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ^ "FIFA Interactive World Cup 2015 - Destination - FIFA.com". FIFA.com. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ^ "August Rosenmeier wins first ever FIFA Interactive World Cup title for Denmark". FIFA. 3 Julai 2014. Dicapai pada 25 Mei 2017.
- ^ "FIFA Interactive World Cup: Mohamad Al-Bacha beats Sean Allen in final". Skysports.com.
Pautan luar