Amsterdam أمستردم | |
---|---|
Majlis perbandaran / Bandaraya | |
Nama panggilan: Mokum, Venice of The North | |
Cogan kata: Heldhaftig, Vastberaden, Barmhartig (Berwira, Bertekad, Belas kasihan) | |
Negara | Belanda |
Provinsi | Noord-Holland |
Daerah | 15 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Majlis perbandaran |
• Datuk bandar | Femke Halsema (GL) |
• Aldermen | Rutger Groot Wassink (GL) Marieke van Doorninck (GL) Touria Meliani (GL) Udo Kock (D66) Simone Kukenheim (D66) Marjolein Moorman (PvdA) Laurens Ivens (SP) |
• Setiausaha | A.H.P. van Gils |
Keluasan | |
• Majlis perbandaran / Bandaraya | 219 km2 (85 batu persegi) |
• Tanah | 166 km2 (64 batu persegi) |
• Air | 53 km2 (20 batu persegi) |
• Bandar | 1,003 km2 (387 batu persegi) |
• Metro | 1,815 km2 (701 batu persegi) |
Aras | 2 m (7 ft) |
Penduduk (January 2013)[4] | |
• Majlis perbandaran / Bandaraya | 799,442 |
• Metro | 2,332,773 |
• Demonim | Amsterdammer |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 1011 – 1109 |
Kod kawasan | 020 |
Laman sesawang | www.amsterdam.nl |
Amsterdam, (audio (bantuan·maklumat)) ibu negara Belanda, terletak di perairan IJ, bekas sebuah teluk dan sungai Amstel. Dijumpai pada akhir abad ke-12 sebagai satu perkampungan nelayan di muara sungai Amstel, dewasa ini ia menjadi bandar terbesar di negara berkenaan dan ia menjadi pusat kewangan dan kebudayaan. Pada 2005, jumlah penduduk bandar raya ini adalah 799,442; populasi keluasan lebih kurang 2.3 juta.
Walaupun Amsterdam merupakan ibu kota Belanda, ia bukannya ibu kota negeri dalam wilayah di mana ia terletak di Noord-Holland, di mana Haarlem menjadi ibu negeri, dan bukan juga bandar pentadbiran. Bandar pentadbiran terletak di The Hague.
Sejarah
Amsterdam telah dijumpai sebagai satu perkampungan nelayan dalam abad ke-13. Mengikut legenda, Amsterdam telah dijumpai oleh dua nelayan bangsa Frisia, yang telah mendarat di pesisir Amstel dengan anjing mereka. Pengempangan sungai Amstel memberikan namanya dalam bahasa Belanda: Amstelredam "Empangan dalam Dam Amstel", lama-kelamaan menjadi Amsterdam. Ia telah diberi hak kebandaran dalam tahun 1300 atau 1301. Semenjak daripada abad ke-14 dan seterusnya, Amsterdam menjadi makmur kerana perdagangan dengan bandar-bandar yang terlibat dengan Liga Hansa .
Abad ke-16 telah menyaksikan satu pemberontakan oleh orang Belanda terhadap Philip II dari Sepanyol dan waris-warisnya yang menjadi lebih buruk lalu terjadinya Perang Lapan Puluh Tahun yang mana sangat penting hingga membawa kepada kemerdekaan Belanda. Republik Belanda telah dikenali sebagai sikapnya yang relatif kepada toleransi agama dan orang Yahudi daripada Sepanyol dan Portugal, peniaga-peniaga berjaya dari Antwerp (pelarian-pelarian ekonomi dan agama daripada bahagian negara-negara yang masih lagi dikuasai oleh Sepanyol), Huguenot dari Perancis (dianiyai kerana agama mereka) mendapat keselamatan di Amsterdam. Pendatang-pendatang kaya dari Flanders yang mempunyai nada dialek Brabantnya dalam Bahasa Belanda menjadi penyumbang kepada tulisan Belanda piawai dan turut menjadikan Belanda satu kuasa maritim.
Abad ke 17 dianggap “Zaman Keemasan” bagi Amsterdam. Pada awal abad ke 17 Amsterdam menjadi salah satu bandar yang terkaya di dunia. Kapal-kapal berlayar dari Amsterdam ke Laut Baltik, Amerika Utara, Afrika, sekarangnya Indonesia dan Brazil, dan menjadikan asas rangkaian dagangan sedunia. Pedagang-pedagang Amsterdam memiliki saham yang besar dalam VOC dan WIC. Syarikat-syarikat ini mengumpul kekayaan di luar negeri yang kemudiannya menjadi asas bagi tanah-tanah jajahan Belanda. Pada masa itu Amsterdam adalah pusat penting laluan pengangkutan seterusnya bagi barang-barang dagangan di Eropah dan ia menjadi pusat kewangan dunia yang penting. Bursa saham Amsterdam adalah bursa yang pertama yang berdagang secara berterusan.
Pada abad ke 18 dan awal abad ke 19 Amsterdam mengalami kemerosotan ekonomi akibat peperangan dengan England dan Perancis. Di masa peperangan Napoleon kekayaan Amsterdam berada di paras yang terendah. Walau bagaimanapun, dengan penubuhan Kingdom of the Netherlands pada 1815, keadaan beransur pulih. Di Amsterdam perkembangan-perkembangan baru dimulakan oleh perancang-perancang bandar seperti Samuel Sarphati yang mendapat ilham dari Paris.
Amsterdam boleh dianggap mengalami Zaman Keemasan yang kedua pada akhir abad ke 19. Muzium-muzium baru, stesen keretapi dan Concertgebouw dibina. Pada masa ini Revolusi Industri sudah sampai ke Amsterdam. Terusan Amsterdam-Rhine digali untuk dihubungkan terus dengan Sungai Rhine dan Terusan Laut Utara untuk memberi pelabuhan itu hubungan lebih dekat dengan Laut Utara. Kedua-dua projek itu telah meningkatkan perhubungan dengan Eropah dan seluruh dunia. Joseph Conrad memberi keterangan ringkas mengenai Amsterdam dari pandangan dari laut dalam The Mirror of the Sea (1906).
Sebelum Perang Dunia I, Amsterdam mula berkembang dan kawasan-kawasan di pinggiran bandar dibina. Semasa perang, Belanda tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kekurangan makanan dan bahan api telah menimbulkan kekecohan di mana beberapa orang telah terbunuh.
Jerman menyerang Belanda pada 10 Mei 1940, dan menguasainya selepas 5 hari bertempur. Jerman menubuhkan sebuah kerajaan sivil Nazi di Amsterdam yang berkerjasama dalam penganiayaan orang-orang Yahudi. Bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil dari penduduk Amsterdam yang menolong orang-orang Yahudi tetapi mereka turut teraniaya akibat dari itu. Dianggarkan antara 103,000 sehingga 105,000 orang Yahudi dari Belanda telah dihantar ke kem tahanan, antaranya mungkin yang paling terkenal adalah seorang budak perempuan Jerman, Anne Frank. Hanya 5,000 orang-orang Yahudi Belanda terselamat selepas perang. Pada bulan-bulan terakhir perang, talian komunikasi terputus dengan tempat-tempat lain di Belanda serta makanan dan bahan api menjadi kurang. Banyak penduduk terpaksa pergi ke kawasan luar bandar untuk mendapatkan makanan. Ada yang terpaksa memakan anjing, kucing dan ubi manis mentah untuk hidup. Kebanyakan pokok di Amsterdam ditebang untuk bahan api dan semua papan-papan diambil dari rumah-rumah tinggalan orang Yahudi yang dihantar ke kem tahanan.
Geografi dan iklim
Amsterdam mengalami cuaca suhu sederhana, dengan pola cuaca banyak dipengaruhi oleh kedudukan Amsterdam dengan Lautan Atlantik di barat dan angin timur. Musim sejuk adalah sederhana dan secara purata melepasi tahap beku, walaupun fros adalah biasa semasa tempoh angin timur atau timur laut yang bertiup dari arah benua. Musim panasnya nyaman. Bagaimanapun, walaupun hari hujan adalah biasa, Amsterdam tidak mempunyai cuaca lembap keterlaluan dan mempunyai purata kurang dari 760 mm (30 inci) hujan setahun. Jumlah hujan kelihatan lebih banyak berbanding yang sebenarnya kerana ia meleret sebagai renyai yang berpanjangan atau hujan rintik. Cuaca lembap dan mendung adalah biasa terutamanya pada musim yang lebih sejuk.
Ekonomi
Pelancongan
Amsterdam terkenal dengan muzium-muzium yang hebat seperti Muzium Rijks, Muzium Van Gogh, Muzium Stedelijk, Muzium Rembrandt House, Rumah Anne Frank. Orkestra simfoni yang masyhur di dunia, Concertgebouworkest yang bertempat di Concertgebouw juga menjadi tarikan. Turut menjadi tarikan pelancong adalah kawasan pelacuran, de Wallen dan “kedai-kedai kopi” yang menjual kanabis. Pelacuran adalah dibenarkan di Amsterdam sejak tahun 2000.[5] Amsterdam juga terkenal dalam kalangan pelancong kerana undang-undang berkaitan kanabis. Menghisap kanabis di kedai-kedai kopi adalah dibolehkan dan seseorang tidak dibenarkan memiliki lebih dari 5 gram kanabis.[5]
Demografi
Demografi evolusi Amsterdam di antara 1300 dan 1999
| |||||||||||
1300 | 1400 | 1500 | 1600 | 1650 | 1796 | 1830 | 1849 | 1879 | 1899 | 1925 | 1999
|
1,000 | 3,000 | 12,000 | 60,000 | 140,000 | 200,600 | 202,400 | 224,000 | 317,000 | 510,900 | 714,200 | 727,100 |
Pengangkutan
Pengangkutan awam
Pengangkutan awam di Amsterdam yang dikendalikan oleh Gemeentelijk Vervoerbedrijf, dan Nederlandse Spoorwegen, mengandungi:
- hubungan keretapi dalam negeri dan antarabangsa, di Stesen keretapi Amsterdam (Amsterdam Centraal)
- 3 landasan metro and 1 landasan rel ringan yang membentuk Amsterdam Metro
- 16 landasan trem
- 1 landasan tram ekspres (IJtram)
- 55 laluan bas tempatan
- laluan bas luar daerah
- beberapa feri untuk pejalan kaki dan penunggang basikal melintasi IJ (percuma)
- 1 feri ekspres, Fast Flying Ferry, menuju Velsen-Zuid di pantai Laut Utara
Udara
Lapangan Terbang Schiphol ialah lapangan terbang utama Amsterdam.
Pendidikan
Amsterdam mempunyai 2 universiti: Universiti Amsterdam (Universiteit van Amsterdam), dan Universiti Vrije (Vrije Universiteit). Institut-institut pengajian tinggi yang lain adalah termasuk akademi seni, De Rietveldacademie, Sekolah Tinggi Amsterdam (Hogeschool van Amsterdam), Sekolah Perniagaan Amsterdam (Hogeschool voor Economische Studies Amsterdam) dan Sekolah Kesenian Amsterdam (Amsterdamse Hogeschool voor de Kunsten). Institut Sejarah Sosial Antarabangsa (International Institute of Social History) adalah institut penyelidikan mengenai sejarah sosial terutamanya sejarah gerakan-gerakan buruh yang terbesar di dunia. Di Amsterdam juga terdapat taman botani yang tertua di dunia, Hortus Botanicus, yang diasaskan pada tahun 1638, di mana terdapat banyak spesimen yang tua dan jarang didapati seperti pokok kopi yang menjadi induk kepada seluruh pembiakan kopi di Amerika Tengah dan Selatan.
Budaya
Sukan
Amsterdam adalah bandar kepada Ajax Amsterdam, sebuah pasukan bola sepak dalam Eredivisie, liga bola sepak utama Belanda. Pasukan ini menjadikan Amsterdam Arena sebagai gelanggang, yang terletak di tenggara bandar itu. Turut menggunakan stadium tersebut adalah pasukan bola sepak Amerika, Amsterdam Admirals.
Dalam 1928, Amsterdam menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik. Stadium Olimpik yang dibina untuk sukan tersebut telah dibaikpulih sepenuhnya dan kini digunakan untuk acara-acara budaya dan sukan.
Amsterdam juga menempatkan gelanggang luncur ais, Jaap Eden Baan yang terkenal. Amstel Tijgers yang menjadi tuan rumah di arena ini bertanding dalam liga utama hoki ais Belanda. Arena ini mempunyai trek untuk acara lumba luncur ais sepanjang 400 meter yang digunakan untuk menganjurkan kejohanan. Oleh itu, banyak kejohanan antarabangsa telah dipertandingkan di arena ini.
Bandar ini juga mempunyai sebuah pasukan besbol, Amsterdam Pirates, yang bertanding di Liga Utama Belanda, tiga pasukan hoki iaitu Amsterdam, Pinoké dan Hurley, dan sebuah pasukan bola keranjang, Amsterdam Astronauts, yang bertanding dalam divisyen utama Belanda dan menggunakan dewan sukan, Sporthallen Zuid, yang berdekatan dengan Stadium Olimpik.
Semenjak 1999, Amsterdam menghargai ahli-ahli sukannya yang cemerlang dengan kewujudan Amsterdam Sports Awards. Peninju Raymond Joval dan pemain hoki Carole Thate adalah yang pertama untuk menerima anugerah tersebut pada 1999.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Kerncijfers voor Amsterdam en de stadsdelen". www.os.amsterdam.nl. Research and Statistics Service, City of Amsterdam. 2006-01-01. Dicapai pada 2007-04-04. External link in
|work=
(bantuan) - ^ "Area, population density, dwelling density and average dwelling occupation". www.os.amsterdam.nl. Research and Statistics Service, City of Amsterdam. 2006-01-01. Dicapai pada 2008-08-13. External link in
|work=
(bantuan) - ^ "Actueel Hoogtestand Nederland" (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 2008-05-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ http://www.iamsterdam.com/en-GB/experience/about-amsterdam/facts-and-figures Diarkibkan 2014-02-19 di Wayback Machine Populasi Amsterdam
- ^ a b Amsterdam, Undang-undang Amsterdam
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Amsterdam di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Kerajaan
- Amsterdam.nl - Laman rasmi kerajaan tempatan Amsterdam (Belanda)
- I amsterdam - Laman untuk pengunjung antarabangsa
- The Amsterdam Site - Laman rasmi pelancongan Amsterdam
Lain-lain
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Amsterdam. Koordinat: 52°22′16″N 4°53′49″E / 52.371°N 4.897°E
Didahului oleh
FlorenceIbu negara kebudayaan Eropah
1987Diikuti oleh:
Berlin Barat