Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Rantau ASEAN |
Tarikh | 20 Disember 2022 – 16 Januari 2023 |
Pasukan | 10 (dari 1 sub-konfederasi) |
Tempat | 12 (di 11 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Thailand (Kejuaraan Ke-7) |
Naib Juara | Vietnam |
Separuh Akhir | Malaysia Indonesia |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 26 |
Jaringan gol | 90 (3.46 per perlawanan) |
Kehadiran | 479,571 (18,445 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Teerasil Dangda Nguyễn Tiến Linh (Masing-masing 6 gol) |
Pemain terbaik | Theerathon Bunmathan |
Anugerah Permainan Bersih | Malaysia |
← 2020 2024 → |
Piala AFF 2022 merupakan edisi keempat belas Kejohanan Bola Sepak ASEAN, sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan buat pertama kalinya di bawah nama Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 (atas sebab penajaan).[1] Kejohanan ini akan berlangsung dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.
Thailand merupakan juara bertahan.
Format
Edisi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan meneruskan format pada kejohanan 2018, perubahan daripada format 2020 yang dimainkan di tempat berpusat akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara
Dalam format kejohanan 2018, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan kedudukan ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan secara timbal balik. 10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan lima pasukan dan bermain secara sistem perlawanan dalam kumpulan, dengan setiap pasukan bermain empat perlawanan. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
Undian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah, dengan separuh akhir dan perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik, dengan format dua perlawanan.[2] Pemenang akan disahkan menerusi agregat, peraturan gol tempat lawan atau penalti.[perlu rujukan]
Pasukan
Sembilan pasukan iatu Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam secara automatik layak ke kejohanan berikutan dari prestasi mereka dalam kejohanan.[perlu rujukan] Brunei dan Timor Leste menduduki kedudukan terendah antara semua anggota AFF, mereka akan bermain kelayakan bagi menentukan satu pasukan yang akan layak ke pusingan akhir. Brunei dan Timor Leste akan bermain perlawanan secara timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan yang akan dimainkan pada 2022. Australia, menjadi anggota sejak tahun 2013, namun tidak akan menyertai kejohanan.
Pasukan layak
Pasukan | Penampilan | Prestasi Terbaik sebelumnya |
---|---|---|
Brunei | Peringkat Kumpulan (1996) | |
Kemboja | Peringkat Kumpulan (1996, 2000, 2002, 2004, 2008, 2016, 2018, 2020) | |
Indonesia | Naib Juara (2000, 2002, 2004, 2010, 2016, 2020) | |
Laos | Peringkat Kumpulan (1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2007, 2008, 2010, 2012, 2014, 2018, 2020) | |
Malaysia | Juara (2010) | |
Myanmar | Tempat Keempat (2004), Separuh Akhir (2016) | |
Filipina | Separuh Akhir (2010, 2012, 2014) | |
Singapura | Juara (1998, 2004, 2007, 2012) | |
Thailand | Juara (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020) | |
Vietnam | Juara (2008, 2018) |
- Huruf tebal menunjukkan juara untuk tahun itu. Huruf condong menunjukkan tuan rumah atau tuan rumah bersama untuk tahun itu.
- Nota
Cabutan
Cabutan untuk kejohanan dijadualkan diadakan pada jam 15:00 (UTC+7), 30 Ogos 2022 di Bangkok, Thailand.[3] Penempatan balang adalah berdasarkan prestasi setiap pasukan dalam dua edisi sebelumnya.
Pada masa cabutan, identiti pasukan yang memenangi kelayakan belum disahkan dan diletakkan secara automatik ke dalam Balang 5.
|
|
|
|
|
Jadual
Jadual perlawanan adalah seperti berikut.
Fasa | Pusingan | Tarikh Cabutan | Perlawanan Pertama | Perlawanan Kedua |
---|---|---|---|---|
Peringkat Kumpulan | Hari Perlawanan 1 | 30 Ogos 2022
15:00 (UTC+7) |
20–21 Disember 2022 | |
Hari Perlawanan 2 | 23–24 Disember 2022 | |||
Hari Perlawanan 3 | 26–27 Disember 2022 | |||
Hari Perlawanan 4 | 29–30 Disember 2022 | |||
Hari Perlawanan 5 | 2–3 Januari 2023 | |||
Peringkat kalah mati | Separuh Akhir | 6–7 Januari 2023 | 9–10 Januari 2023 | |
Pentas Akhir | 13 Januari 2023 | 16 Januari 2023 |
Pegawai Perlawanan
Pasukan pegawai yang akan dilantik untuk setiap perlawanan. Pegawai akan terdiri daripada pengadil, penolong pengadil dan pegawai keempat. Berikut ialah pegawai terpilih untuk perlawanan ini.[perlu rujukan]
Persekutuan | Negara | Pengadil |
---|---|---|
AFF | Brunei | Mohammad Faisal Ali Abdul Hakim Haidi |
Kemboja | Chy Samdy | |
Filipina | Clifford Daypuyat | |
Indonesia | Nurhadi Sulchan Thoriq Alkatiri Bangbang Syamsudar Kilar Ladsavong | |
Laos | Xaypasert Phongsanit Souei Vongkham | |
Malaysia | Amirul Izwan Yaacob Nazmi Nasaruddin Arif Shamil Rasid Tuan Mohd Yassin Muhammad Usaid Jamal | |
Myanmar | Kaw Zawl Lwin | |
Singapura | Muhammad Taqi Ahmad A'Qashah Ronnie Koh Kiat | |
Thailand | Sivakorn Pu-udom Pattarapong Kijsathit Pansa Chaisanit Mongkolchai Pechsri Supawan Hinthong Songkran Bunmeekiart Tanate Chuchuen Warintorn Sassadee Torpong Somsingha Nophuan Apichit | |
Vietnam | Nguyễn Trung Hậu Ngô Duy Lân | |
CAFA | Uzbekistan | Aziz Asimov Timur Gaynullin |
Persekutuan | Negara | Pengadil |
---|---|---|
EAFF | Hong Kong | Tam Ping Wun So Kai Man |
Jepun | Jumpei Iida Ryuji Sato Hiroki Kasahara Yosuke Takabe Jun Mihara Yudai Yamamoto Kota Watanabe Isao Nishihashi Takumi Takagi Yusuke Hamamoto Yusuke Araki | |
Korea Selatan | Kim Jong-hyeok Kim Dae-yong Yoon Jae-Yeol Kim Hee-gon Kang Dong-Ho Choi Hyun-jai Kwak Seung Soon Park Sang-Jun Jang Jong-Pil Song Bong-geun Ko Hyung-jin Bang Ki-yeol Park Gyun-Yong | |
Taipei Cina | Chen Hsin-Chuan Chen Hsiao-En | |
WAFF | Arab Saudi | Majed Al Shamrani Fahad Al-Amri Mohammed Al Hoish Alshammari Zaid Faisal Al Qahtani Khalaf Al Shammari Omar Al Jamel |
Bahrain | Juma Al Burshaid | |
Jordan | Ahmed Faisal Al-Ali Ahmad Mansour Muhsen Hamza Adel Abuobead Adham Makhadmeh Mustafa Al Kalaf Ahmed Al Roalle | |
Oman | Omar Al-Yaqoubi Hamed Talib Al Ghafri | |
Emiriah Arab Bersatu | Omar Mohamed Al Ali Jasem Abdulla Al Ali | |
Qatar | Yousef Aref Al Shamari Faisal Al Shammari |
Skuad
Skuad akhir 23 pemain (tiga daripada mereka mestilah penjaga gol) mesti didaftarkan sehari sebelum perlawanan pertama kejohanan.[perlu rujukan]
Venue
Terdapat satu venue perlawanan untuk setiap negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu, dengan setiap negara mendapat dua perlawanan kumpulan yang dimainkan di stadium rumah mereka. Brunei mengadakan perlawanan tempat sendiri mereka di Stadium Kuala Lumpur di Malaysia, kerana stadium mereka tidak memenuhi piawaian.[4]
Kuala Lumpur | Singapura | Jakarta | |
---|---|---|---|
Stadium Nasional Bukit Jalil | Stadium Kuala Lumpur[nota 1] | Stadium Jalan Besar[nota 2][5][6] | Stadium Gelora Bung Karno[7][8] |
Kapasiti: 87,411 | Kapasiti: 18,000 | Kapasiti: 6,000 | Kapasiti: 77,193 |
Yangon | Lokasi stadium Kejohanan AFF 2022 | Hanoi | |
Stadium Thuwunna | Stadium Nasional Mỹ Đình | ||
Kapasiti: 32,000 | Kapasiti: 40,192 | ||
Manila | Phnom Penh | Vientiane | Pathum Thani |
Stadium Rizal Memorial | Stadium Nasional Morodok Techo | Stadium Nasional Baru Laos | Stadium Thammasat |
Kapasiti: 12,000 | Kapasiti: 60,000 | Kapasiti: 25,000 | Kapasiti: 25,000 |
- 1. ↑ Stadium untuk perlawanan terpilih.
Peringkat Kumpulan
Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.
- Pemecah Seri
Kumpulan-kumpulan tersebut ditentukan melalui pungutan mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kekalahan). Jika terikat pada mata, pemecah seri digunakan dalam perintah yang berikut:[9]
- Jumlah pungutan mata yang lebih besar diperolehinya dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
- Keputusan perbezaan gol dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
- Jaringan gol terbanyak yang dijaringkan dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
- Jika, selepas menggunakan kriteria 1-3, pasukan masih mempunyai kedudukan yang sama, kriteria 1-3 digunakan semata-mata untuk perlawanan antara pasukan berkenaan untuk menentukan kedudukan akhir mereka. Jika prosedur ini tidak membawa kepada keputusan, kriteria 5-7 terpakai;
- Hasil perlawanan langsung antara pasukan yang berkenaan;
- Penalti jika hanya dua pasukan yang terlibat dan kedua-duanya akan terus dimainkan di padang permainan;
- Cabutan undi oleh Jawatankuasa Penganjur.
Kumpulan A
Pos | Pasukan | P | M | S | K | JG | GB | PG | Mt | Penyingkiran |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Thailand | 4 | 3 | 1 | 0 | 13 | 2 | +11 | 10 | Peringkat kalah mati |
2 | Indonesia | 4 | 3 | 1 | 0 | 12 | 3 | +9 | 10 | |
3 | Kemboja | 4 | 2 | 0 | 2 | 10 | 8 | +2 | 6 | |
4 | Filipina | 4 | 1 | 0 | 3 | 8 | 10 | −2 | 3 | |
5 | Brunei | 4 | 0 | 0 | 4 | 2 | 22 | −20 | 0 |
Kemboja | 3–2 | Filipina |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Brunei | 0–5 | Thailand |
---|---|---|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Filipina | 5–1 | Brunei |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Indonesia | 2–1 | Kemboja |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Brunei | 0–7 | Indonesia |
---|---|---|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Thailand | 4–0 | Filipina |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
Kemboja | 5–1 | Brunei |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Thailand | 3–1 | Kemboja |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Kumpulan B
Pos | Pasukan | P | M | S | K | JG | GB | PG | Mt | Penyingkiran |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Vietnam | 4 | 3 | 1 | 0 | 12 | 0 | +12 | 10 | Peringkat kalah mati |
2 | Malaysia | 4 | 3 | 0 | 1 | 10 | 4 | +6 | 9 | |
3 | Singapura | 4 | 2 | 1 | 1 | 6 | 6 | 0 | 7 | |
4 | Myanmar | 4 | 0 | 1 | 3 | 4 | 9 | −5 | 1 | |
5 | Laos | 4 | 0 | 1 | 3 | 2 | 15 | −13 | 1 |
Laos | 0–6 | Vietnam |
---|---|---|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Malaysia | 5–0 | Laos |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
Singapura | 3–2 | Myanmar |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Vietnam | 3–0 | Malaysia |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
Vietnam | 3–0 | Myanmar |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
Malaysia | 4–1 | Singapura |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Peringkat kalah mati
Gambaran
Separuh Akhir | Pentas Akhir | |||||||||||
A2 | Indonesia | 0 | 0 | 0 | ||||||||
B1 | Vietnam | 0 | 2 | 2 | ||||||||
B1 | Vietnam | 2 | 0 | 2 | ||||||||
A1 | Thailand | 2 | 1 | 3 | ||||||||
B2 | Malaysia | 1 | 0 | 1 | ||||||||
A1 | Thailand | 0 | 3 | 3 |
Separuh Akhir
Pasukan #1 | Agr. | Pasukan #2 | Tempat sendiri | Tempat lawan |
---|---|---|---|---|
Indonesia | 0–2 | Vietnam | 0–0 | 0–2 |
Malaysia | 1–3 | Thailand | 1–0 | 0–3 |
Separuh Akhir Pertama
Separuh Akhir Kedua
Thailand | 3–0 | Malaysia |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
Pentas Akhir
Pasukan #1 | Agr. | Pasukan #2 | Tempat sendiri | Tempat lawan |
---|---|---|---|---|
Vietnam | 2–3 | Thailand | 2–2 | 0–1 |
Pentas Akhir Pertama
Vietnam | 2–2 | Thailand |
---|---|---|
|
Laporan (AFFMEC) Laporan (AFF) |
|
Pentas Akhir Kedua
Pemenang
Juara Piala AFF 2022 |
---|
Thailand Juara Ketujuh |
Anugerah
Pemain Terbaik | Penjaring Terbanyak | Pemain Muda Terbaik | Permainan Bersih |
---|---|---|---|
Theerathon Bunmathan | Teerasil Dangda Nguyễn Tiến Linh (6 gol) |
Marselino Ferdinan | Malaysia |
Statistik
Penjaring gol
Terdapat 90 gol dijaringkan dalam 26 perlawanan, bagi purata 3.46 gol setiap perlawanan.
6 gol
4 gol
3 gol
2 gol
1 gol
- Nurikhwan Othman
- Razimie Ramlli
- Choun Chanchav
- Nick Taylor
- Keo Sokpheng
- Orn Chanpolin
- Sareth Krya
- Sieng Chanthea
- Ilija Spasojević
- Marselino Ferdinan
- Ramadhan Sananta
- Syahrian Abimanyu
- Witan Sulaeman
- Yakob Sayuri
- Soukaphone Vongchiengkham
- Ekkamai Ratxachak
- Darren Lok
- Haqimi Azim
- Kyaw Min Oo
- Jesus Melliza
- Sandro Reyes
- Faris Ramli
- Ilhan Fandi
- Irfan Fandi
- Shah Shahiran
- Poramet Arjvirai
- Sumanya Purisai
- Suphanan Bureerat
- Theerathon Bunmathan
- Châu Ngọc Quang
- Đoàn Văn Hậu
- Đỗ Hùng Dũng
- Hồ Tấn Tài
- Nguyễn Văn Toàn
- Quế Ngọc Hải
- Nguyễn Hoàng Đức
1 gol sendiri
- Yura Yunos (untuk Thailand)
- Kyaw Zin Lwin (untuk Vietnam)
Disiplin
Dalam kejohanan akhir, seorang pemain digantung perlawanan berikutnya dalam pertandingan itu kerana sama ada mendapat kad merah atau mengumpul dua kad kuning dalam dua perlawanan berbeza.
Pemain | Kesalahan | Penggantungan |
---|---|---|
Boris Kok | dalam Kumpulan A v Filipina (hari perlawanan 1; 20 Disember) dalam Kumpulan A v Indonesia (hari perlawanan 2; 23 Disember) |
Kumpulan A v Brunei (hari perlawanan 3; 26 Disember) |
Jordi Amat | dalam Kumpulan A v Kemboja (hari perlawanan 2; 23 Disember) dalam Kumpulan A v Thailand (hari perlawanan 4; 29 Disember) |
Kumpulan A v Filipina (hari perlawanan 5; 2 Januari 2023) |
Billy Ketkeophomphone | dalam Kumpulan B v Vietnam (hari perlawanan 1; 21 Disember) dalam Kumpulan B v Myanmar (hari perlawanan 4; 30 Disember) |
Pasukan tersingkir dari kejohanan |
Anantaza Siphongphan | dalam Kumpulan B v Malaysia (hari perlawanan 2; 24 Disember) dalam Kumpulan B v Myanmar (hari perlawanan 4; 30 Disember) |
Pasukan tersingkir dari kejohanan |
Maung Maung Lwin | dalam Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 2; 24 Disember) dalam Kumpulan B v Laos (hari perlawanan 4; 30 Disember) |
Kumpulan B v Vietnam (hari perlawanan 5; 30 Januari 2023) |
Alinur Jufri | dalam Kumpulan A v Indonesia (hari perlawanan 3; 26 Disember) | Kumpulan A v Kemboja (hari perlawanan 4; 29 Disember) |
Nguyễn Văn Toàn | dalam Kumpulan B v Malaysia (hari perlawanan 3; 27 Disember) | Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 4; 30 Disember) |
Azam Azmi | dalam Kumpulan B v Vietnam (hari perlawanan 3; 27 Disember) | Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 5; 3 Januari 2023) Separuh Akhir Pertama v Thailand (Separuh Akhir 1; 7 Januari 2023) |
Nanda Kyaw | dalam Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 2; 24 Disember) | Kumpulan B v Laos (hari perlawanan 4; 30 Disember) |
Sanrawat Dechmitr | dalam Kumpulan A v Indonesia (hari perlawanan 4; 29 Disember) | Kumpulan A v Kemboja (hari perlawanan 5; 2 Januari 2023) |
Suphanan Bureerat | dalam Separuh Akhir Pertama v Malaysia (Separuh Akhir 1; 7 Januari 2023) dalam Pentas Akhir Kedua v Vietnam (Pentas Akhir 2; 16 Januari 2023) |
Kejohanan tamat |
Vũ Văn Thanh | dalam Separuh Akhir Pertama v Indonesia (Separuh Akhir 1; 6 Januari 2023) dalam Pentas Akhir Kedua v Thailand (Pentas Akhir 2; 16 Januari 2023) |
Kejohanan tamat |
Peeradon Chamratsamee | dalam Pentas Akhir Kedua v Vietnam (Pentas Akhir 2; 16 Januari 2023) | Kejohanan tamat |
Kedudukan akhir
Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.
Pos | Kum | Pasukan | P | M | S | K | JG | GB | PG | Mt | Kedudukan Akhir |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | A | Thailand | 8 | 5 | 2 | 1 | 19 | 5 | +14 | 17 | Juara |
2 | B | Vietnam | 8 | 4 | 3 | 1 | 16 | 3 | +13 | 15 | Naib Juara |
3 | B | Malaysia | 6 | 4 | 0 | 2 | 11 | 7 | +4 | 12 | Tersingkir di Separuh Akhir |
4 | A | Indonesia | 6 | 3 | 2 | 1 | 12 | 5 | +7 | 11 | |
5 | B | Singapura | 4 | 2 | 1 | 1 | 6 | 6 | 0 | 7 | Tersingkir di Peringkat Kumpulan |
6 | A | Kemboja | 4 | 2 | 0 | 2 | 10 | 8 | +2 | 6 | |
7 | A | Filipina | 4 | 1 | 0 | 3 | 8 | 10 | −2 | 3 | |
8 | B | Myanmar | 4 | 0 | 1 | 3 | 4 | 9 | −5 | 1 | |
9 | B | Laos | 4 | 0 | 1 | 3 | 2 | 15 | −13 | 1 | |
10 | A | Brunei | 4 | 0 | 0 | 4 | 2 | 22 | −20 | 0 |
Pemasaran
Bola perlawanan
Bola rasmi untuk edisi 2022 dipanggil BERSATU, yang ditaja oleh Warrix.[11] Ini adalah edisi kedua Warrix telah ditetapkan sebagai Pembekal Bola Perlawanan Rasmi dan Pakaian Sukan Kejohanan.[12]
Penajaan
Piala AFF 2022 mempunyai "rakan kongsi" berikut:[13]
Penaja hakmilik | Penaja rasmi | Penyokong rasmi | Rakan kongsi laman web rasmi bola sepak |
---|---|---|---|
|
Liputan media
Penyiar televisyen Kejohanan AFF 2022 di Asia Tenggara | ||||
---|---|---|---|---|
Negara | Rangkaian penyiaran | Televisyen | Radio | Penstriman |
Brunei | RTB | RTB Aneka | — | RTB Go |
Kemboja | FPT Play[19] | Akan diumumkan | ||
Laos | — | |||
Indonesia | MNC Media[20] | RCTI[nota 3], iNews, Soccer Channel , MNC Sports | — | RCTI+ dan Vision+ |
Malaysia | Astro[21], RTM[22] | Astro Arena, Astro Arena 2 TV2, TV Okey, Sukan RTM | — | Astro Go, RTMKlik |
Myanmar | FPT Play[19] | Akan diumumkan | ||
Singapura | Mediacorp[23] | Saluran 5[nota 4] | — | MeWATCH |
Vietnam | FPT Play,[19] VTV[24] | VTV5, VTV Cần Thơ | Akan diumumkan | FPT Play[nota 5], VTV Go |
Penyiar televisyen antarabangsa Kejohanan AFF 2022 | ||||
Korea Selatan | Sistem Penyiaran Seoul[25] | SBS, SBS Sports[26][27][nota 6] | — | SBS TV Live, saluran YouTube SBS Sports, SBS app (semua perlawanan) |
Seluruh Dunia | YouTube | — | — | Saluran AFF Mitsubishi Electric Cup |
Insiden dan kontroversi
Perlawanan kumpulan B antara Malaysia dan Vietnam dicemari kontroversi, apabila pengadil Jepun Ryuji Sato yang merasmikan perlawanan memberikan keputusan kontroversi secara tiba-tiba menghadiahkan penalti kepada Vietnam berikutan pertembungan antara pemain Malaysia Azam Azmi dan pemain Vietnam Đoàn Văn Hậu di luar kotak penalti yang menyaksikan Azam dibuang padang walaupun kekasaran serupa yang dilakukan oleh Văn Hậu terhadap Azam tidak diendahkan oleh pengadil yang sama.[28][29] Aduan telah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berhubung "persepsi berat sebelah terhadap tingkah laku perasmian Sato" sejak insiden serupa juga pernah berlaku sebelum ini dalam satu lagi pertemuan Malaysia-Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 diadakan di Emiriah Arab Bersatu.[30][31] Namun begitu, lebih awal sebelum keputusan kontroversi itu dibuat; Sato telah mengumumkan bahawa 2022 akan menjadi yang terakhir dalam kerjaya pengadilnya apabila dia mengumumkan persaraannya menjelang akhir tahun.[32][33]
Sebelum perlawanan kumpulan A antara Indonesia dan Thailand, sebuah bas yang mengangkut pasukan bola sepak kebangsaan Thailand telah diganggu dan dihentikan oleh peminat hooligan yang mengakibatkan bas tersebut perlu diiring dan venue perlawanan dikawal rapi oleh Tentara Nasional Indonesia (TNI), Agensi Ketenteraman Awam (Satpol PP), bomba dan pekerja perubatan.[34][35] Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) telah menyatakan permohonan maaf mereka berhubung insiden itu dan menggesa pemimpin dan perhubungan untuk penyokong untuk terus memastikan kejadian yang tidak diingini dapat dicegah.[36]
Kerusi kehadiran untuk perlawanan pusingan separuh akhir pertama yang akan datang antara Malaysia dan Thailand di stadium Nasional Bukit Jalil hanya tersedia untuk 59,000 tempat duduk, di mana 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana konsert jelajah dunia oleh Jay Chou di mana penyanyi itu sebelum ini turut mengadakan konsert di Stadium Nasional Singapura, yang memaksa Singapura menggunakan Stadium Jalan Besar sebagai gantinya.[nota 2][5][6] Pada asalnya akan diadakan pada 3 Januari 2023, yang jatuh pada hari perlawanan yang sama antara Malaysia dan Singapura, namun ia telah ditangguhkan kepada 15 Januari 2023.[37] Kerajaan Malaysia dan FAM hampir tidak cuba membuat rundingan dan rayuan, namun keputusan itu tidak digunakan.[38] Ini telah membangkitkan beberapa peminat bola sepak Malaysia untuk melemparkan kebencian kepada akaun media sosial penyanyi itu.[39][40] Pada 7 Januari 2023, Chou akhirnya menyatakan bahawa dia boleh menangguhkan konsert itu, dengan kebenaran dari FAM.[41] Untuk melegakan kekecewaan ramai peminat bola sepak yang tidak dapat hadir kerana tempat terhad di stadium akibat isu tersebut, kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan telah memasang 14 skrin besar di lokasi terpilih di seluruh negara.[42]
Terdahulu sebelum perlawanan pusingan pertama antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan langkah keselamatan termasuk pemeriksaan badan serta pemeriksaan beg dan barangan akan dijalankan di setiap pintu masuk dan selepas memasuki perkarangan stadium.[43] Polis mengeluarkan senarai barang terlarang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, pen laser, objek tajam dan arak. Ini termasuk payung atau tongkat kaki, powerbank, botol air, pemetik api dan rokok (termasuk rokok elektronik).[43] Di sebalik langkah pencegahan ini, seperti yang dilihat semasa perlawanan, sebilangan penyokong Malaysia masih dapat menyeludup barangan terlarang ke dalam stadium apabila sebahagian daripada mereka dilihat menghalakan lampu laser hijau ke arah pemain pertahanan Thailand, Pansa Hemviboon serta ke arah muka sebelah kiri pengadil perlawanan, Kim Dae-yong, terutamanya selepas gol kedua Malaysia daripada pemain bek tengah mereka Dominic Tan telah dibatalkan oleh pengadil kerana berlanggar dengan pemain Thailand.[44][45][46]
Nota
- ^ a b c Brunei bermain perlawanan tempat sendiri mereka di Malaysia, kerana stadium mereka tidak memenuhi piawaian.[10]
- ^ a b Venue dua perlawanan tempat sendiri Singapura dipindahkan ke Stadium Jalan Besar, kerana Stadium Nasional telah ditempah untuk konsert "Carnival World Tour 2022" oleh penyanyi Taiwan Jay Chou pada 17 dan 18 Disember.
- ^ Perlawanan Indonesia sahaja
- ^ Perlawanan Singapura sahaja
- ^ Juga di saluran YouTube FPT Play
- ^ Perlawanan Indonesia, Malaysia dan Vietnam sahaja
Rujukan
- ^ a b "AFF ANNOUNCES MITSUBISHI ELECTRIC AS THE NEW TITLE SPONSOR OF AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022" (dalam bahasa Inggeris). affmitsubishielectriccup.com. 23 Mei 2022. Dicapai pada 11 Jun 2022.
- ^ "ABOUT THE TOURNAMENT" (dalam bahasa Inggeris). www.affmitsubishielectriccup.com. 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
- ^ "DATE OF OFFICIAL DRAW SET FOR THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". www.affsuzukicup.com (dalam bahasa Inggeris). 10 Ogos 2022.
- ^ "Brunei to play home matches at KLFA Stadium in AFF meet". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-18.
- ^ a b Singh, Surej (13 April 2022). "Jay Chou Announces Two Concerts in Singapore This December". MNE. Dicapai pada 27 October 2022.
- ^ a b Lee, David (22 November 2022). "Football: Lions to play AFF C'ship home group games at Jalan Besar". The Straits Times. Dicapai pada 6 January 2023.
- ^ "Stadion Gelora Bung Karno Siap Gelar Piala AFF 2022 untuk Timnas Indonesia". Bolasport.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-11-29.
- ^ "FIFA Izinkan GBK untuk Piala AFF 2022, Larang Konser". CNNIndonesia.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-11-30.
- ^ "Format, Aturan, dan Jadwal Piala AFF 2022". Bola.net (dalam bahasa Indonesia). 2022-12-03.
- ^ "Piala AFF 2022: Tak Punya Stadion Berstandar FIFA, Brunei Akan Jamu Timnas Indonesia di Malaysia". Superball.ID (dalam bahasa Indonesia). 18 November 2022.
- ^ snesports.co-admin (2022-10-03). "Warrix revealed "BERSATU" Official Match ball AFF 2022". SNE Sports.Co (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-08.
- ^ "Warrix Renews Their Partnership For Upcoming AFF Mitsubishi Electric Cup 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-08.
- ^ a b "AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 (Homepage)". AFF Mitsubishi Electric Cup (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-08.
- ^ "TIGER BROKERS UNVEILED AS AN OFFICIAL SPONSOR OF AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup. 22 August 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
- ^ "AFF WELCOMES YANMAR BACK AS OFFICIAL SPONSOR FOR AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup. 9 December 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
- ^ "HERBALIFE VIETNAM BECOMES AN OFFICIAL SUPPORTER OF THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP FOR THE SECOND TIME". AFF Mitsubishi Electric Cup. 17 November 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
- ^ "POCARI SWEAT ANNOUNCED AS OFFICIAL SUPPORTER OF THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP FOR 2022 AND 2024". AFF Mitsubishi Electric Cup. 25 August 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
- ^ "TIKTOK ON BOARD AS OFFICIAL SUPPORTER OF THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup. 22 December 2022. Dicapai pada 22 December 2022.
- ^ a b c "FPT Play Awarded Media Rights In Four Countries For The AFF Championship 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup 2022. 23 May 2022.
- ^ "Hak Siar AFF Cup 2022 di Indonesia". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). 9 December 2022.
- ^ "Astro Returns As Official Broadcast Partner As AFF Mitsubishi Electric Cup Trophy Tour Lands In Malaysia". AFF Mitsubishi Electric Cup 2022. 25 October 2022.
- ^ "RTM siar perlawanan Piala AFF mulai hari ini - Fahmi". Sinar Harian. 27 December 2022.
- ^ "Mediacorp to air all AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 matches for free". CNA. 5 December 2022.
- ^ "VTV trực tiếp toàn bộ các trận tại AFF Cup 2022". VTV (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 2022-12-20.
- ^ "[AFF아세안축구선수권] '韓감독' 동남아 삼국지 박항서-신태용-김판곤 격돌, SBS스포츠 생중계" [[AFF ASEAN Football Championship] ‘Korean Coach’, the Three Kingdoms of Southeast Asia Park Hang-seo – Shin Tae-yong – Kim Pan-gon Clash, SBS Sports Live]. SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-12-20.
- ^ "2022 AFF 아세안축구선수권대회" ["2022 AFF ASEAN Football Championship"]. SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-12-19.
- ^ "2022 AFF 아세안축구선수권대회 중계안내 (12/21~)" ["2022 AFF ASEAN Football Championship Broadcast Guide (12/21~)".]. SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-12-19.
- ^ Kin Fai, Ooi (27 December 2022). "Malaysia fall to Vietnam in controversial AFF Cup match". New Straits Times. Dicapai pada 30 December 2022.
- ^ Looi, Sylvia (29 December 2022). "AFF Cup: Japanese referee draws ire of Malaysians after controversial red for defender in Vietnam clash". The Malay Mail. Dicapai pada 30 December 2022.
- ^ Azharie, Farah (29 December 2022). "Malaysia file complaint against Japanese referee". New Straits Times. Dicapai pada 30 December 2022.
- ^ "Malaysia Sudah Dua Kali Bermasalah dengan Wasit Ryuji Sato" [Malaysia has had problems with referee Ryuji Sato twice]. CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 28 December 2022. Dicapai pada 30 December 2022.
- ^ "AFF Cup 2022: Trọng tài bắt chính trận Việt Nam - Malaysia nghỉ hưu" [AFF Cup 2022: The referee of the Vietnam - Malaysia match retires]. VTV (dalam bahasa Vietnam). 29 December 2022. Dicapai pada 31 December 2022.
- ^ Cuong, Kim (31 December 2022). "Trọng tài bắt chính trận Việt Nam - Malaysia giải nghệ" [The referee of the match between Vietnam and Malaysia retired]. Đời sống Việt Nam.vn (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 31 December 2022.
- ^ Afifa, Laila; Mohammad Nugraha, Ricky (29 December 2022). "AFF Cup; Jakarta Police Investigate Thailand Team Bus Incident". Tempo. Dicapai pada 30 December 2022.
- ^ Robbani, Muhammad (29 December 2022). "Usai Insiden Pelemparan, Kepulangan Bus Thailand Dijaga Ketat" [After the Throwing Incident, the Return of the Thai Bus Was Heavily Guarded]. Sport Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 31 December 2022.
- ^ Haryati, Sri; Siahaan, Michael; S, Resinta (30 December 2022). "PSSI apologizes for damage caused to Thailand national team bus". Antara. Dicapai pada 31 December 2022.
- ^ "AFF Cup: Only 59,000 tickets will be sold for match against Thailand, prices unchanged". The Malaysian Reserve. 5 January 2023. Dicapai pada 5 January 2023.
- ^ John Wong, Dale (6 January 2023). "Fury After Stadium Prioritizes Jay Chou Concert Over Malaysia's Football Semi-Final". Mashable SEA. Dicapai pada 6 January 2023.
- ^ Ng, Scott (5 January 2023). "Malaysian football fans in uproar over reduced AFF Cup match audience capacity due to Jay Chou concert stage". NME. Dicapai pada 6 January 2023.
- ^ Suraya Ismail, Melissa (6 January 2023). "Frustrated Over Limited Tickets, Malaysian Football Fans Attack Jay Chou's Instagram With Hateful Comments". The Rakyat Post. Dicapai pada 6 January 2023.
- ^ "Jay Chou to Malaysian football fans: 'I can postpone my concert, it's not a problem'". Channel NewsAsia. 7 January 2023. Dicapai pada 7 January 2023.
- ^ "Malaysia-Thailand AFF first leg semifinal match to be shown on 14 big screens nationwide, says Hannah Yeoh". Bernama. 6 January 2023. Dicapai pada 7 January 2023 – melalui The Malay Mail.
- ^ a b Mohd Noor, Hafidzul Hilmi (7 January 2023). "Larangan buat penyokong Malaysia, Thailand" [Prohibition for Malaysian, Thai supporters]. Harian Metro. Dicapai pada 8 January 2023.
- ^ "จะโดนปรับไหม! แฟนเสือเหลือง ยิงเลเซอร์ใส่ พรรษา" [Will it be fined! Yellow tiger fans shooting a laser into Pansa]. Siam Sport (dalam bahasa Thai). 8 January 2023. Dicapai pada 8 January 2023.
- ^ "Suporter Malaysia Main Laser, Bek Thailand dan Wasit Jadi Sasaran" [Malaysian supporters play lasers, Thai defender and referee become targets]. CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 8 January 2023. Dicapai pada 8 January 2023.
- ^ An, Hoàng (8 January 2023). "CĐV Malaysia chiếu laser vào cầu thủ Thái Lan" [Malaysian fans shine lasers at Thai player]. VnExpress (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 8 January 2023.
Pautan luar
- Laman Sesawang Rasmi, Piala Suzuki AFF 2022
- Laman AFF, Piala Suzuki AFF 2022