Suar adalah salah satu bentuk piroteknik yang menghasilkan cahaya sangat terang atau bersuhu tinggi tanpa menghasilkan letupan. Suar digunakan untuk memberi isyarat, penerangan dan alat pertahanan tentera. Ia dilepaskan baik dengan tangan dari suatu tiub ataupun menggunakan pistol khas.
Secara umumnya, suar menghasilkan cahaya yang dihasilkan dari pembakaran sebatian berasaskan logam (seperti strontium nitrat, kalium nitrat atau kalium perklorat) yang dicampur dengan bahan api seperti arang, sulfur, magnesium dan aluminium.[1] Kadang-kadang logam lain turut disebatikan dengan logam asas lain untuk menghasilkan warna yang berbeza-beza. Suar jenis berasaskan kalsium digunakan untuk penerangan di air dalaman yang kelam.
Kegunaan
Tujuan umum
Suar berwarna merah digunakan sebagai isyarat kecemasan dalam pelayaran atau apa-apa kegiatan maritim lain.[2]
Ia digunakan dalam pembakaran terkawal baik dalam kegiatan perhutanan mahupun pertanian dengan kemampuan membakar pada suhu setinggi 1,600 °C (2,900 °F).[3]
Dalam ketenteraan
Suar sering dipakai dalam alat pertahanan anti peluru berpandu yang terdapat pada pesawat tempur atau helikopter. Suar mengandung bahan kimia piroteknik cair atau padat yang mudah terbakar menghasilkan suhu yang lebih tinggi dibandingkan suhu mesin lalu mengelirukan sensor inframerah peluru berpandu musuh.
Rujukan
- ^ "What is in road flares?". Dicapai pada 16 Januari 2009.
- ^ "The Merchant Shipping (Distress Signals and Prevention of Collisions) Regulations 1996" (PDF). UK Maritime and Coast Guard Agency. 1996. Dicapai pada 23 Julai 2013.
- ^ The New Generation Fire Shelter (PDF). National Wildfire Coordinating Group. Mac 2003. Dicapai pada 16 Januari 2009.