Sukan Olimpik Musim Panas 2024 |
---|
|
Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 |
---|
|
Pemasaran Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024 merupakan sebuah kempen pemasaran yang berjangka masa panjang yang bermula sejak Paris memenangi proses pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.
Identiti grafik
Logo
Logo Paris 2024 telah diumumkan pada pukul 20:24[1], 21 Oktober 2019 di Grand Rex, panggung wayang yang terbesar di Eropah.[2][3] Buat kali yang pertama, logo yang sama digunakan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, hal ini melambangkan kedua-dua temasya sukan ini adalah satu projek yang sama dan mempunyai cita-cita yang sama.[4] Perkataan "Paralympic Games" juga tidak wujud di bawah logo Paris 2024.[5] Reka bentuk logo tersebut adalah berilhamkan gerakan Art Deco yang menjadi popular semasa 1924, iaitu semasa Paris menganjurkan Sukan Olimpik terakhinya sebelum Sukan Olimpik 2024.
Logo tersebut berbentuk bulatan, seperti sebuah pingat emas, dan ilustrasi rambut serta bibir yang berwarna emas dalam logo tersebut menampilkan raut wajah Marianne, personifikasi kebangsaan Perancis. Api Olimpik dan Paralimpik juga boleh dinampak di ruang negatif rambut Marianne. Marianne turut merupakan ikon kebebasan semasa zaman Revolusi Perancis 1789 dan kini sudah menjadi simbol Perancis yang biasa didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara tersebut.[6] Di bawah logo tersebut terletak logo Olimpik atau logo Paralimpik.[7]
Logo ini diibaratkan sebagai "wajah Paris 2024" oleh pihak penganjur Paris 2024.[8] Penggunaan wajah seorang figura perempuan juga memberikan penghormatan kepada Sukan Olimpik 1900 (turut dianjurkan di Paris) yang merupakan kali pertama peserta wanita dibenarkan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik. [1] Penekanan kepada wajah manusia juga menyampaikan mesej bahawa "manusia" merupakan fokus utama edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini.[2] Logo ini direka bentuk oleh syarikat Royalties Eco-Branding.[9]
Logo ini telah dikritik oleh orang ramai kerana reka bentuknya serupa dengan logo aplikasi memikat isteri atau salon rambut,[10][11] ada netizen pula mengibaratkannya dengan meme Karen yang merebak di media sosial atau gaya rambut seseorang selebriti.[12] Walaupun demikian, sebuah kajian mengatakan bahawa sebanyak 83% penduduk Paris yang menggemari reka bentuk logo ini.[13]
Tipografi
Tipografi Paris 2024 juga mendapat inspirasi daripada gaya fon Art Deco, pergerakan seni yang berasal dari Perancis yang mencapai kemuncaknya pada 1920-an, dan ketebalannya boleh diubah suai mengikut keperluan.[14] Reka bentuknya juga bersifat mesra alam kerana aksara-aksaranya disusun secara rapat untuk menjimat kertas dan dakwat.[15] Selain itu, penggunaan fail fon yang tunggal bagi kesemua variasinya juga mengurangkan penggunaan tenaga.[15] Tipografi tersebut direka oleh Elliott Amblard dan Julie Soudanne. Pengarah seni projek ini ialah Sylvain Boyer dari syarikat Royalties Eco-Branding dan beliau dibantu oleh Tina Payet.[16]
Warna
Warna hitam telah digunakan sebagai warna utama dan warna latar belakang dalam media digital untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, manakala warna putih dijadikan sebagai warna dominan dalam media cetak untuk menjimatkan penggunaan dakwat.[17]
Warna utama penjenamaan Paris 2024 adalah sama seperti warna logonya, iaitu warna emas, hitam dan putih. Beberapa warna sekunder juga digunakan untuk menyerlahkan elemen-elemen yang ada dalam sesebuah komposisi reka bentuk. Warna-warna ini juga digunakan untuk menghasilkan komposisi reka bentuk yang bertenaga dan berinspirasi.[17]
- Warna utama:
- Warna sekunder:
Penaja
Senarai Penaja Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024[18] |
---|
Rakan kongsi sedunia: |
Rakan kongsi premium: |
Rakan kongsi rasmi: |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Browne, Ken. "Paris 2024 Olympic and Paralympic emblem unveiled". olympics.com. 22 Oktober 2019. Dicapai pada 29 Julai 2021
- ^ a b Rowbottom, Mike. "Paris 2024 unveil new shared Olympic and Paralympic Games emblem". www.insidethegames.biz (21 Oktober 2019). Dicapai pada 29 Julai 2021.
- ^ Grogan, Jean. "THE STORY BEHIND THE PARIS 2024 OLYMPICS LOGO" Creative Review. 4 November 2019. Dicapai pada 29 Julai 2021
- ^ Design. www.paris2024.org. Dicapai pada 29 Julai 2021
- ^ Houston, Michael. "Beijing 2022 update Winter Paralympics emblem" Inside the Games. 9 September 2020. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
- ^ A SINGLE EMBLEM FOR PARIS 2024 paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
- ^ Thibaud Genevois Franchi. THE PARIS 2024 OLYMPICS LOGO DIVIDES OPINION pixartprinting.co.uk. 16 September 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ Paris 2024 reveals the face of its Games paralympic.org. 22 Oktober 2019. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
- ^ Williams, Eliza. "Trends of 2019: Branding and logos". Creative Review. 3 Disember 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
- ^ Chik, Razak. "Citius Altius Fortius - Logo Olimpik Paris 2024 tak ubah aplikasi memikat isteri". Astro Awani. 24 Oktober 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
- ^ "Olympic flame or dating ad? Paris 2024 logo divides opinion". BBC. 22 Oktober 2019. Dicapai pada 26 Mac 2020.
- ^ Ibrahim, Samantha. "Paris 2024 Olympics logo roasted for looking like a ‘Karen’" New York Post. 29 Julai 2021. Dicapai pada 30 Julai 2021.
- ^ O’Kane, Patrick."French public approve Paris 2024 emblem despite social media mockery" Inside the Games. 24 Oktober 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
- ^ Paris 2024: variable fonts and Art Deco for the Olympics typeroom.eu. 23 Oktober 2019. Dicapai pada 22 Ogos 2021
- ^ a b "Paris 2024 - Ecobranding" Ecobranding. Dicapai pada 30 Julai 2021
- ^ Paris 2024 Olympics - Custom type elliottamblard.com. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
- ^ a b Design. www.paris2024.org. Dicapai pada 29 Julai 2021
- ^ "Paris 2024 PARTNERS" www.paris2024.org Dicapai pada 1 Ogos 2021