Mukim Abi | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Perlis |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
Keluasan | |
• Jumlah | 5.254 km2 (2.029 batu persegi) |
Penduduk (2010) | 2,084 orang |
• Kepadatan | 396.6/km2 (1,027/batu persegi) |
Abi ialah mukim di negeri Perlis, Malaysia.[1]
Pentadbiran
Mukim Abi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Mukim Abi terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Abi mempunyai keluasan 5.25 kilometer persegi. Mukim Abi juga merupakan mukim kedua terkecil di Perlis selepas mukim Sungai Adam.[2] Terdapat pekan kecil di mukim ini.
Geografi
Mukim Abi bersempadan dengan mukim Beseri dan Paya di utara, mukim Kechor di timur dan selatan serta mukim Kurong Batang di barat[2].
Demografi
Jumlah penduduk di mukim Abi ialah 2,084 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 397 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 99% dari jumlah penduduk[3]. Hanya 33 orang sahaja penduduk yang bukan berbangsa Melayu[4][3]. Terdapat sebanyak 528 isi rumah dengan 595 tempat kediaman[4].
Kategori | Kaum | Bilangan |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 2,051 |
Cina | 20 | |
Lain-lain | 1 | |
Bukan warganegara | - | 12 |
Kumpulan umur | Bilangan |
---|---|
70 tahun ke atas | 156 |
60-69 tahun | 198 |
50-59 tahun | 245 |
40-49 tahun | 236 |
30-39 tahun | 247 |
20-29 tahun | 296 |
10-19 tahun | 388 |
0-9 tahun | 318 |
Jantina | Bilangan |
---|---|
Lelaki | 1,039 |
Perempuan | 1,045 |
Kemudahan
Pendidikan
Terdapat beberapa sekolah di Abi seperti Sekolah Kebangsaan Abi[5] dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi yang terletak di Kampung Kubang Badak. Terdapat juga sebuah perpustakaan desa yang menjadi pusat sumber maklumat bagi penduduk sekitar Abi.
Rumah ibadat dan sektor kesihatan
- Masjid Al-Imarah
- Klinik Desa Abi Batas Paip
Rujukan
- ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
- ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
- ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
- ^ a b c https://www.citypopulation.de/en/malaysia/mukim/admin/perlis/090101__abi/
- ^ https://sekabi.edu.my/