Mukim Kuala Perlis | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Perlis |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
Keluasan | |
• Jumlah | 26.71 km2 (10.31 batu persegi) |
Penduduk (2010) | 20,277 orang |
• Kepadatan | 759/km2 (1,970/batu persegi) |
Kuala Perlis merupakan sebuah mukim yang terletak di Perlis, Malaysia.[1] Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan laut. Di Kuala Perlis juga, perancangan dibuat bagi mewujudkan pusat membeli-belah bebas cukai barangan dari tiga negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura di Bukit Putih yang bakal menjadi pintu masuk utama ke Malaysia.
Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar dan sedap. Bukit Kubu di sini juga sangat terkenal dengan gua serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan lama antara kerajaan Kedah Tua dan Siam yang menyaksikan banyak nyawa terkorban.[perlu rujukan]
Pentadbiran
Mukim Kuala Perlis merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Kuala Perlis mempunyai keluasan 26.71 kilometer persegi.[2]
Geografi
Mukim Kuala Perlis terletak di bahagian barat daya negeri Perlis bersempadan dengan mukim Kurong Batang, Wang Bintong, dan Kayang.[2]
Demografi
Jumlah penduduk di Mukim Kuala Perlis ialah 20,277 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 759 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 15,856 orang[3][4]. Terdapat sebanyak 4,257 isi rumah dengan 4,999 tempat kediaman.[3]
Kategori | Kaum | Bilangan |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 15,856 |
Bumiputera lain | 24 | |
Cina | 3,325 | |
India | 163 | |
Lain-lain | 329 | |
Bukan warganegara | - | 580 |
Kumpulan umur | Bilangan |
---|---|
70 tahun ke atas | 707 |
60-69 tahun | 1,074 |
50-59 tahun | 1,827 |
40-49 tahun | 2,373 |
30-39 tahun | 1,983 |
20-29 tahun | 5,043 |
10-19 tahun | 4,112 |
0-9 tahun | 3,158 |
Jantina | Bilangan |
---|---|
Lelaki | 10,622 |
Perempuan | 9,655 |
Am
- Mercu tanda bagi Kuala Perlis ialah Masjid Terapung Kuala Perlis
- Masa yang diambil bagi feri dari Terminal Feri Kuala Perlis untuk ke Pulau Langkawi ialah 50 minit
- Perairan Kuala Perlis boleh digunakan untuk ke Satun, Thailand
Hotel dan motel di Kuala Perlis
- Putra Brasmana
- T Hotel
- Seaview Hotel
- Q Hotel
Rujukan
- ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
- ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
- ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
- ^ a b "Citypopulation - Kuala Perlis, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).