Jejawi ialah mukim di Perlis, Malaysia.[1]
Pentadbiran
Mukim Jejawi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Jejawi mempunyai keluasan 12.36 kilometer persegi.[2]
Geografi
Mukim Jejawi terletak di bahagian tengah negeri Perlis bersempadan dengan mukim Padang Pauh, Sena, Ngulang, Arau, Sungai Adam dan Utan Aji.[2]
Demografi
Jumlah penduduk di mukim Jejawi ialah 7,957 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 643 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Penduduk berbangsa Melayu paling ramai iaitu seramai 4,627 orang[3][4]. Terdapat sebanyak 1,928 isi rumah dengan 2,185 tempat kediaman.[3]
| Kategori | Kaum | Bilangan |
|---|---|---|
| Warganegara Malaysia | Melayu | 4,627 |
| Bumiputera lain | 63 | |
| Cina | 1,254 | |
| India | 188 | |
| Lain-lain | 979 | |
| Bukan warganegara | - | 846 |
| Kumpulan umur | Bilangan |
|---|---|
| 70 tahun ke atas | 364 |
| 60-69 tahun | 498 |
| 50-59 tahun | 838 |
| 40-49 tahun | 1,201 |
| 30-39 tahun | 1,074 |
| 20-29 tahun | 1,325 |
| 10-19 tahun | 1,420 |
| 0-9 tahun | 1,237 |
| Jantina | Bilangan |
|---|---|
| Lelaki | 3,645 |
| Perempuan | 4,312 |
Rujukan
- ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
- ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
- ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
- ^ a b "Citypopulation - Jejawi, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).








