Perundangan |
---|
Dewan |
Parlimen |
Prosedur parlimen |
Jenis |
Badan perundangan mengikut negara |
Senat adalah istilah yang boleh digunakan dalam dua keadaan. Dari segi kerajaan, senat merupakan dewan perwakilan rakyat tertinggi, lazimnya dewan pertuanan suatu badan perundangan atau parlimen. Senat moden lazimnya berfungsi sebagai kamar "perbahasan kali kedua" bagi meluluskan rang undang-undang yang digubal dewan rakyat. Ahli senat dipanggil senator.
Manakala, di peringkat universiti, senat bermaksud majlis atau badan pentadbir yang utama dan tertinggi. Senat akademik ini lazimnya tertakluk kepada sejenis perlembagaan.