Masjid Kampung Mengabang Telipot مسجد كامڤوڠ مڠابڠ تليڤوت | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Mula dibina | 8 Januari 2015 |
Siap dibina | 9 September 2016 |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Omar Bin Mohamad 2017 (Imam Besar) Rashid Bin Ali 2017 (Timb. Imam Besar) Kipayatu Allah Bin Mohd Said 2017 |
Pengerusi | Datuk Haji Hasan Ali2016 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-11-KTR-00420 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Daerah | Kuala Nerus |
Lokasi | Masjid Kampung Mengabang Telipot, Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit, 21020 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | hampir 3000 orang |
Bahan binaan | Simen |
Kos | RM6.3 jutamasjid baru |
Laman sesawang | |
Masjid Kampung Mengabang Telipot | |
sunting |
Masjid Kampung Mengabang Telipot merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.[1]
Alamat
- Masjid Kampung Mengabang Telipot,
Kampung Mengabang Telipot,
Batu Rakit,
21020 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman
Sejarah
Pembinaan Masjid baru Mengabang Telipot bermula pada 8 Januari 2015 dan siap pada 9 September 2016. Dengan adanya menara yang diletakkan pembesar suara beserta cahaya penentu arah bagi rujukan nelayan pulang ke darat khususnya pada waktu malam menjadikan masjid ini sebagai masjid pertama di Terengganu yang mempunyai menara tersebut. Ini kerana, dahulu bukit-bukau di sekitar kawasan ini pernah dijadikan petunjuk arah untuk pulang ke darat yang mana ada yang tersasar mendarat ke kampung lain.
Menurut pengerusi masjid pada ketika itu, Datuk Haji Hasan Ali2016, kos pembinaan masjid baru itu bernilai RM6.3 juta. Masjid yang mampu menampung hampir 3000 jemaah jika memenuhi tiap ruang itu juga mempunyai ciri khas untuk mengelakkan tempias air hujan sewaktu hujan lebat walaupun tingkat dan pintu utama tidak ditutup memandangkan masjid tersebut terletak berdekatan dengan pantai dan terdedah kepada ribut khususnya ketika musim tengkujuh.
Pentadbiran
Masjid Kampung Mengabang Telipot memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00420.
Rujukan
- ^ "Masjid Kampung Mengabang Telipot". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-16. Dicapai pada 2017-12-16.