Masjid Al-Muktafi Billah Shah مسجد الموكتفا بيلله شه | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama tempatan | Masjid Ladang |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Mula dibina | 2 Mei 1981 |
Siap dibina | 2 November 1984 |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Ahmad Roslim Bin Ja'afar 2017 (Imam Besar) Muhammad As-shafie Bin Abd. Manan 2017 (Timb. Imam Besar) Mohd Shukri Bin Yusof 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-11-KTR-00037 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Daerah | Daerah Kuala Terengganu |
Lokasi | Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Masjid Al- Muktafi Billah Shah, Ladang Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman |
Koordinat | 5°19′39″N 103°08′52″E / 5.327585°N 103.147698°EKoordinat: 5°19′39″N 103°08′52″E / 5.327585°N 103.147698°E |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Senibina moden berasaskan ciri-ciri tempatan |
Bil. kubah | 6 |
Bil. menara | 1 |
Keluasan | 3.3 ekar |
Pemaju | Gabungan Pemborong Quarry Sendirian Berhad |
Bahan binaan | Simen |
Kos | RM8.2 juta masjid lama |
Laman sesawang | |
Masjid Al-Muktafi Billah Shah | |
sunting |
Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid AMBS) merupakan sebuah masjid diraja yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.[1] Ia dinamakan sempena Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Alamat
Masjid Al- Muktafi Billah Shah,
Ladang
Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Sejarah
Pembinaan masjid ini dilakukan pada 2 Mei 1981. Ianya siap sepenuhnya pada 2 November 1984 dengan kos perbelanjaan RM8.2 juta. Masjid ini mempunyai luas 3.3 ekar berhampiran Jalan Sultan Mahmud dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, YBM Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan batu asas masjid ini pada awal bulan Julai 1978. Tapak asal masjid ini merupakan tapak dewan orang ramai dan kawasan tanah perkuburan HSNZ.[2]
Senibina moden berasaskan ciri-ciri tempatan oleh Encik Wan Shahriman ini menyamai senibina masjid di Timur Tengah khususnya di bahagian bumbung yang rata. Pembinaannya dilakukan oleh Gabungan Pemborong Quarry Sendirian Berhad manakala Balai Seni Ukir Wan Su yang terletak di Besut pula melakukan kerja-kerja mengukir Ukiran Awan Larat dan Khat Mimbar sebagai hiasan masjid tersebut.[3]
Pada 11 Februari 2016, Masjid Ladang melancarkan Program Tabarru'aat iaitu menyumbang makanan dan minuman untuk golongan sasar seperti fakir miskin, musafir dan keluarga pesakit yang berulang atau ditempatkan di HSNZ untuk tempoh panjang.[4]
Pentadbiran
Masjid Al-Muktafi Billah Shah memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00037.