Masjid Al-Ikhlas مسجد الإخلاص | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama tempatan | Masjid Banggol Tuan Muda |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Mula dibina | 22 Julai 1997 |
Siap dibina | 23 Jun 1996 |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Engku Omar Amiruddin Bin Engku Ali 2017 (Imam Besar) Ahmad Jauzy Bin Abd. Rahman 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-11-KTR-00048 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Daerah | Daerah Kuala Terengganu |
Lokasi | Masjid Al-Ikhlas, Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, Terengganu Darul Iman |
Koordinat | 5°19′50″N 103°05′04″E / 5.330592°N 103.084448°EKoordinat: 5°19′50″N 103°05′04″E / 5.330592°N 103.084448°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | 500-600 orang |
Keluasan | 2.1 ekar |
Kontraktor | Syarikat Pembinaan Rafarjawan Sdn.Bhd. |
Pemaju | Syarikat Pembinaan Rafarjawan Sdn.Bhd. |
Bahan binaan | Simen |
Kos | RM1.65 juta |
Laman sesawang | |
Masjid Al-Ikhlas | |
sunting |
Masjid Al-Ikhlas atau Masjid Banggol Tuan Muda merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, Terengganu Darul Iman.[1]
Alamat
- Masjid Al-Ikhlas,
Kampung Banggol Tuan Muda,
Manir,
Terengganu Darul Iman
Sejarah
Masjid ini dibina pada 22 Julai 1997 selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bersetuju dengan pembinaannya selepas bermesyuarat pada 23 Jun 1996. Kos RM1.65 juta termasuk kos kerja-kerja menambun semula tapak masjid dibiayai oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Masjid tersebut siap dibina pada 1 September 1998. Kerja pembinaan telah dikendalikan oleh kontraktor Syarikat Pembinaan Rafarjawan Sdn.Bhd. di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu. Lokasinya strategik kerana terletak di tepi laluan utama antara (Kuala Terengganu-Kota Bharu). Masjid yang dibina di tapak seluas 2.1 ekar ini mampu menampung 500-600 orang jemaah pada satu masa.[2]
Pentadbiran
Masjid Al-Ikhlas memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00048.