![]() | |
Jenis | akhbar harian |
---|---|
Format | Bercetak |
Bahasa | Bahasa Tamil |
Laman sesawang | Laman rasmi Akhbar Makkal Osai |

Page Templat:Kotak info bahasa/styles.css has no content.
Kaum | மலேசிய இந்தியர் Orang India Malaysia |
---|---|
Bahasa | தமிழ் Tamiḻ மலாய் மொழி Melayu മലയാളം Malayalam ਪੰਜਾਬੀ Punjabi Telugu తెలుగు বাংলা Benggali ગુજરાતી Gujrati |
Negara | மலேசியா Malaysia |
'Makkal Osai ialah sebuah akhbar harian berbahasa Tamil yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada akhbar Tamil yang utama dan no-1 di negara ini,[1] dan terkenal kerana liputannya yang meluas mengenai isu-isu masyarakat India Malaysia serta berita tempatan dan antarabangsa. Nama Makkal Osai bermaksud "Suara Rakyat" dalam bahasa Tamil.[2].[3]
Latar Belakang
Makkal Osai mula diterbitkan pada tahun 1981 sebagai satu cabang daripada akhbar harian Tamil Osai. Setelah berlakunya perpecahan pengurusan, Makkal Osai ditubuhkan sebagai entiti bebas. Ia kini beribu pejabat di Kuala Lumpur dan beredar secara meluas di seluruh negara, terutama di kawasan yang mempunyai komuniti India yang besar seperti Selangor, Perak, dan Pulau Pinang.
Kandungan dan Pengaruh
Akhbar ini menerbitkan pelbagai jenis kandungan termasuk berita semasa, politik, hiburan, sukan, dan rencana-rencana khas yang berkaitan dengan budaya dan isu-isu sosial masyarakat India Malaysia. Ia sering dilihat sebagai suara alternatif kepada akhbar Tamil lain seperti Malaysia Nanban dan Tamil Nesan
Makkal Osai juga dikenali kerana mengambil pendekatan kritikal terhadap isu-isu politik tempatan, dan kadangkala telah terlibat dalam kontroversi yang melibatkan tokoh-tokoh politik utama negara.
Penerbitan
Makkal Osai diterbitkan dalam format cetak harian dan juga mempunyai kehadiran dalam talian melalui laman web rasminya, yang menyediakan berita digital untuk pembaca dalam dan luar negara.
Kontroversi
Akhbar ini pernah ditarik permit beberapa kali disebabkan oleh laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007, dan laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.[4]
Rujukan
- ^ Makna Makkal Osai ialah suara rakyat.
- ^ "Tamil daily Makkal Ossai suspended (2nd update)". The Star. 16 April 2008. Dicapai pada 3 May 2008.
- ^ "Critics slam Malaysia ban over 'Smoking Jesus'". The Times of India and Malaysiakini. indianmalaysian.com. 25 August 2007. Dicapai pada 3 May 2008.
- ^ Pengharaman Makkal Osai: Jangan bersikap jumud!, mSTAR.
Sumber
- Siri Katalog, Katalog Suratkhabar dan majalah bahasa Cina, Arkib Negara Malaysia 1991. ISBN 967-912-028-7
- The Early Chinese Newspaper of Singapore 1881 – 1912. By Chung Meng Hock, Universiti of Malaya Press, Singapore 1967.
- Fail ANW. 30 Jilid 2 (58) Malaysia, Singapore and Brunei Newspapers.
- Newspaper published in the Malaysian Area; with a Union List of Local Holdings by P. Lim Pui Huen.
- Senarai Penerimaan 1957-1967, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1969.
- Senarai Suratkhabar Malaysia Kini dan Mansuh. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1985.