Jenis | Akhbar dalam talian |
---|---|
Diasaskan | September 2020 |
Bahasa | |
Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
Negara | Malaysia |
Pemilik | MNow Media Sdn. Bhd. |
Pengarang | Abdar Rahman Koya |
Laman sesawang | www |
MalaysiaNow ialah sebuah laman web berita Malaysia ditubuhkan sejak September 2020[1] di Petaling Jaya, Malaysia. Ia diterajui oleh pengarangnya, Abdar Rahman Koya yang pernah menjadi ketua pengarang portal Free Malaysia Today.
Isu dan tengkarah
Sekatan capaian
Pada 27 Jun 2023, portal berita MalaysiaNow tidak boleh dicapai oleh sesetengah pengguna perkhidmatan internet Celcom dan Maxis[2]. Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia menerusi Menterinya, Fahmi Fadzil menafikan terdapat sebarang arahan untuk menyekat mana-mana media atau portal berita[3]. Selepas melalui 48 jam sekatan, portal tersebut kembali boleh dicapai[4].
Rujukan
- ^ "Portal MalaysiaNow masih disekat". SuaraTV. 29 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
- ^ "Sesetengah pembaca tak dapat akses portal MalaysiaNow, mungkin disekat". Malaysiakini. 28 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
- ^ "Portal berita disekat? Tiada arahan sekatan daripada KKD - Fahmi". Astro Awani. 28 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
- ^ "Selepas dikecam bertubi-tubi, sekatan ke atas MalaysiaNow ditarik balik". Satu Berita. 29 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.