| TV Pertiwi | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| URL | tvpertiwi |
| Jenis | Laman web berita |
| Tersedia dalam | Melayu |
| Pengurusan dan pentadbiran | |
| Pemilik | Kerengga Merah Sdn Bhd |
| Pengerusi/presiden | Norzila Baharin |
| Dilancarkan pada | 2021 |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | , Malaysia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
TV Pertiwi ialah sebuah laman web berita Malaysia dilancarkan sejak 2021 dan berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia[1]. Ia dimiliki oleh syarikat penyiaran, Kerengga Merah Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh Dr Norzila Baharin[2], bekas Ketua Biro Komunikasi dan Media Ikatan Muslimin Malaysia[3].
Isu dan tengkarah
Sekatan capaian
Pada 17 Ogos 2023, portal berita TV Pertiwi tidak boleh dicapai oleh sesetengah pengguna perkhidmatan internet Unifi dan Maxis[4]. Terdahulu pada 15 Ogos 2023, akaun Tik Tok milik laman web ini juga telah disekat akibat daripada berulang kali melanggar garis panduan komuniti platform media sosial tersebut[5].
Rujukan
- ^ "TV Pertiwi disingkir dari TikTok kerana 'maklumat salah'". Malaysiakini. 2023-08-17. Dicapai pada 2023-08-17.
- ^ "MEDIA DALAM TALIAN – DMA" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-17.
- ^ "Usah izin peredaran masa hakis martabat bahasa Melayu". BH. 7 Julai 2017. Dicapai pada 17 Ogos 2023.
- ^ "Selepas TikTok, kini laman sesawang TV Pertiwi disekat SKMM". MalaysiaNow. 2023-08-17. Dicapai pada 2023-08-17.
- ^ Timur, Post Oleh : Anak Watan. "Selepas TikTok, kini laman sesawang TV Pertiwi disekat SKMM". 1Media.My. Dicapai pada 2023-08-17.









