Negara | England |
---|---|
Konfederasi | UEFA |
Ditubuhkan | 20 Februari 1992 |
Bilangan pasukan | 20 (sejak 1995–96) |
Disingkirkan ke | Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris |
Aras | Tahap 1 |
Piala domestik | Piala FA Inggeris Piala Perisai Komuniti FA Piala Liga Bola Sepak Inggeris (Kini dikenali Piala Carabao) |
Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara UEFA Liga Europa UEFA Liga Konferensi Europa UEFA |
Juara semasa | Manchester City (8 Gelaran) (2023–24) |
Kejuaraan terbanyak | Manchester United (13 Gelaran) |
Rakan TV | Astro SuperSport Elang Mahkota Teknologi StarHub |
Tapak sesawang | premierleague.com |
Liga Perdana Inggeris 2024–25 |
Liga Perdana yang sering disebut sebagai Liga Perdana Inggeris atau EPL di luar England merupakan peringkat tertinggi dalam hierarki liga bola sepak Inggeris. Ditandingi oleh 20 kelab, liga ini beroperasi menggunakan sistem penaikan dan penyingkiran bersama dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL). Musim liga berlangsung dari bulan Ogos hingga Mei dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan (Setiap kelab perlu bermain semua 19 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat tandang). Sebilangan besar perlawanan dilangsungkan pada hari Sabtu dan Ahad.
Pada 20 Februari 1992, pertandingan ini diasaskan sebagai Liga Perdana FA berikutan keputusan kelab-kelab di Divisyen Pertama Liga Bola Sepak untuk berpisah daripada Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888. Keputusan ini juga dapat memanfaatkan perjanjian hak televisyen yang menguntungkan. Perjanjian itu bernilai sekitar £1 bilion setahun dalam negara pada 2013-14, dengan Sky Sports dan BT Group menjamin hak domestik untuk menyiarkan 116 dan 38 permainan masing-masing. Liga ini adalah sebuah syarikat di mana kelab ahli bertindak sebagai pemegang saham, dan menjana sebanyak €2.2 bilion setahun dalam hak televisyen domestik dan antarabangsa. Kelab diagihkan pendapatan pembayaran pusat sebanyak £ 2.4 bilion pada 2016–17, dengan 343 juta pound untuk pembayaran solidariti kepada kelab Liga Bola Sepak Inggeris (EFL)
Liga Perdana Inggeris juga adalah liga sukan yang paling banyak ditonton di dunia, disiarkan di 212 wilayah ke 643 juta rumah, dan penonton TV berpotensi berjumlah 4.7 bilion orang. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia.[1] Untuk musim 2018-19, rata-rata kehadiran perlawanan di Liga Perdana Inggeris sebanyak 38,181, kedua daripada 43,500 di Bundesliga, sementara jumlah agregat di semua perlawanan adalah yang tertinggi dari mana-mana liga berjumlah 14,508,981. Sebilangan besar penghuni stadium hampir dengan kapasiti. Liga Perdana Inggeris menduduki tempat kedua dalam Liga UEFA berdasarkan persembahan dalam pertandingan Eropah sejak lima musim terakhir pada tahun 2019, hanya di belakang La Liga, Sepanyol.
Empat puluh sembilan kelab telah bertanding sejak berdirinya Liga Perdana pada tahun 1992: empat puluh tujuh kelab Inggeris dan dua kelab Wales. Tujuh dari sebuah pasukan telah memenangi gelaran: Manchester United (13), Manchester City (8), Chelsea (5), Arsenal (3), Blackburn Rovers (1), Leicester City (1) dan Liverpool (1). Rekod terbanyak mata dalam musim Liga Perdana Inggeris adalah sebanyak 100 mata yang ditetapkan oleh Manchester City pada musim 2017-18.
Manchester City merupakan juara semasa untuk Liga Perdana Inggeris Musim 2023–24 yang disahkan pada 20 Mei 2024, juga merupakan juara Liga Perdana Inggeris berturut-turut selama 4 tahun.
Sejarah
Asal-usul
- Untuk topik yang lebih terperinci, lihat Sejarah Bolasepak Inggeris
Pada zaman 1980-an bola sepak Inggeris telah mencapai satu tahap yang amat rendah. Banyak stadium runtuh, para penyokong pula berhadapan dengan peralatan yang teruk, hooliganisme sangat berleluasa dan kelab-kelab Inggeris telah dilarang daripada menyertai pertandingan Eropah berikutan kejadian di Heysel dalam tahun 1985.[2] Liga Bolasepak Bahagian Pertama, yang mana telah menjadi aras bolasepak Inggeris tertinggi sejak 1888, telab berada di bealakang liga-liga asing seperti Serie A Itali dan La Liga Sepanyol dalam jumlah bilangan penonton dan keuntungan, dan banyak pemain Inggeris telah berpindah ke luar negeri.[3] Bagaimanapun, bila bermulanya 1990-an corak penurunan telah mula untuk berubah; England telah banyak berjaya dalam 1990. Mereka telah banyak berjaya dalam tahun Piala Dunia FIFA 1990 , mencapai peringkat separuh akhir, mencapai peringkat separuh akhir. UEFA, Badan pentadbir bola sepak Eropah, telah mengangkat sekatan terhadap kelab-kelab Inggeris dalam tahun 1990-an untuk bermain dalam pertandingan di Bolasepak Europah dan Laporan Taylor berkenaan dengan piawai keselamatan on stadium, yang mana dicadangkan untuk menaiktaraf kepada keseluruhan tempat duduk mahal, yang telah diterbitkan di dalam bulan Januari tahun itu.
Duit Televisyen juga menjadi lebih penting; Liga Bola sepak hanya menerima £6.3 juta bagi dua tahun dalam 1986, tetapi apabila perjanjian tersebut diperbaharui dalam tahun 1988, harganya menaik sehingga £44j selama empat tahun. Perundingan 1988 merupakan tanda-tanda pertama bagi pemecahan sebuah liga; sepuluh kelab telah mengugut untuk meninggalkan liga dan membentuk "liga super" tetapi serta-merta dipujuk untuk kekal. Oleh kerana stadium-stadium telah dibaikpulih dan penonton perlawanan serta keuntungan meningkat, pasukan-pasukan teratas kembali memikirkan untuk meinggalkan Liga Bola sepak untuk mengaut peningkatan masuk duit dipam ke dalam sukan itu.
Penubuhan
Dalam akhir musim 1991, satu cadangan untuk menubuhkan satu liga baru telah dibentangkan yang mana ia boleh memberikan lebih banyak wang ke dalam permain secara keseluruhan. Perjanjian Ahli-ahli Pengasas, ditandatangani pada 17 Julai 1991 oleh kelab-kelab teratas, menubuhkan prinsip-prinsip asas bagi menubuhkan Liga Perdana FA. Liga Bahagian Teratas yang baru yang mendapat kebebasan daripada Persatuan Bolasepak (FA) dan Liga Bolasepak, memberikan lesen Liga Perdana FA untuk berunding Premier League perjanjian penyiaran dan penajaan mereka sendiri. Ini dilihat perlu supaya kelab-kelab Inggeris boleh sekali lagi bertanding dengan dan mengalahkan kelab Eropah terbaik, manakala menarik minat bakat-bakat terbaik di dunia, sesuatu yang mana dalam tahun 1991 merupakan semacam tidak terfikir boleh secara praktiknya. Dalam tahun 1992 kelab-kelab Divisyen Pertama telah berhenti daripada Liga Bolasepak en masse dan pada 27 Mei 1992 Liga Perdana FA telah dibentuk sebagai sebuah syarikat syarikat sendirian berhad bekerja keluar daripada sebuah pejabat di Persatuan Bolasepak kemudiannya beribu pejabat di Lancaster Gate. Ini bermakna satu perpecahan daripada Liga Bolasepak yang berusia 104 tahun, beroperasi sehingga kemudiannya dengan empat divisyen; Liga Perdana akan beroperasi dengan satu divisyen tunggal dan Liga Bolasepak dengan tiga. Di situ tiada terdapat perubahan format dalam pertandingan; jumlah yang sama pada pasukan yang bertanding pada aras teratas, dan kenaikan dan penyingkiran di antara Liga Perdana dan Divisyen Pertama yang baru mesti sama syarat di antara Divisyen Pertama dan Kedua yang lama.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Premier League (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Permulaan
Liga musim pertama adalah diadakan 1992–93 dan asalnya terdiri daripada 22 buah kelab. Jaringan gol yang pertama adalah daripada Brian Deane terhadap Manchester United dalam kemenangan 2-1 untuk Sheffield United. Disebabkan oleh kekerasan FIFA, perbadanan pentadbiran bola sepak antarabangsa, bahawa liga-liga domestik mengurangkan bilangan perlawanan, bilangan kelab dikurangkan kepada 20 buah pada tahun 1995 apabila 4 pasukan diturunpangkatkan daripada liga ini manakala hanya 2 pasukan dinaikpangkatkan ke liga ini. Pada 8 Jun, 2006, FIFA meminta supaya semua liga-liga utama Eropah, agar mengurangkan kepada 18 pasukan bermula dari musim 2007/08. Liga Perdana Inggeris membalas dengan mengumumkan pemikiran mereka untuk mengingkari pengurangan ini.[4]
Struktur
Liga Perdana Inggeris dioperasikan sebagai sebuah koperasi yang dimiliki oleh 20 buah kelab-kelab ahli. Setiap kelab dikira sebagai pemegang saham dengan satu undian dalam isu seperti pengubahan peraturan dan kontrak. Kelab-kelab memilih seorang Pengerusi, Ketua Pengawai Eksekutif, dan Board of Directors untuk memantau operasi harian liga ini.[5] Persatuan Bola Sepak Inggeris tidak terlibat secara langsung dalam operasi hari ke hari untuk liga ini, tetapi mempunyai kuasa veto power sebagai pemegang saham yang istimewa semasa pengundian Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif dan semasa peraturan ditambah oleh liga ini.[6]
Liga Perdana menghantar wakil-wakil ke Forum Kelab Eropah UEFA, kelab dan bilangan kelab dipilih menurut UEFA coefficients. Forum ini bertanggungjawab memilih tiga ahli kepada Jawatankuasa Persaingan Kelab UEFA, yang terlibat dalam operasi persaingan UEFA seperti Liga Juara dan Piala UEFA.[7]
Format kejohanan dan penajaan
Pertandingan
20 buah kelab di Liga Perdana Inggeris masing-masing berlawan dengan setiap kelab lain dua kali, sekali di stadium sendiri dan sekali di stadium pihak lawan untuk jumlah 38 perlawanan setiap kelab. Setiap pasukan menerima 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri. Semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.
3 buah pasukan yang terendah pada akhir musim diturunpangkatkan kepada Kejohanan Liga Bola Sepak, manakala dua buah pasukan yang tertinggi di Kejohanan, serta pemenang perlawanan sampingan yang melibatkan pasukan yang kedudukan ke-3 hingga ke-6, sama-sama dinaikpangkatkan kepada Liga Perdana.
4 pasukan yang teratas layak untuk Liga Kejohanan UEFA: Juara dan Naib Juara memasuki fasa perkumpulanan; ke-3 dan ke-4 memasuki lingkaran perlayakan ke-3. Pasukan ke-5 dilayakkan secara automatik untuk Piala UEFA. Namun jika juara dan naib juara Piala FA Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka pasukan ke-6 memasuki Piala UEFA. Jika juara Piala Liga Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka tempatnya di Piala UEFA digantikan oleh pasukan yang seterusnya di Liga Perdana, tetapi naib juara Piala Liga tidak dapat menggantinya. Pasukan yang paling atas di kalangan pasukan-pasukan yang tidak layak untuk Piala UEFA dibenarkan menyertai Piala Intertoto UEFA.
Penajaan
Sejak tahun 1993, Liga Perdana Inggeris telah ditaja. Penaja diberi kebenaran menentukan nama penajaan liga. Senarai berikut menunjukkan setiap penaja dan nama kejohanan ini:
- 1993–2001: Carling (FA Carling Premiership)
- 2001–2004: Barclaycard (Barclaycard Premiership)
- 2004–2007: Barclays (Barclays Premiership)
- 2007–2016: Barclays Premier League
- 2016–kini: Premier League
Kewangan
Liga Perdana berbangga dengan beberapa pemain terbaik di dunia, termasukah yang banyaknya daripada luar England. Liga Perdana merupakan liga bola sepak yang paling lumayan di dunia, dengan jumlah keuntungan kelab lebih daripada £1.3 bilion dalam musim 2004–05 merujuk kepada Deloitte, lebih daripada 40% lebih daripada pesaing terdekat, Serie A Itali. Keuntungan akan naik sebahagian besarnya dalam musim 2007–08 , apabila hak penyiaran media bermula (sila lihat di bawah). Berdasarkan Mei 2006 penukaran matawang asing, £1.3 bilion bertukar menjadi keuntungan tahunan US$2.44 bilion. Angka ini adalah keempat tertinggi bagi apa-apa liga sukan di luar negara , di belakang keuntungan tahunan tiga sukan paling popular di Amerika Utara iaitu (Liga Bola Kebangsaan, Liga Besbol Major dan Pertubuhan Bola Keranjang Kebangsaan), tetapi di hadapan Liga Hoki Kebangsaan .
Kelab
51 kelab telah bermain di Liga Perdana sejak awal tahun 1992, hingga dan termasuk musim 2023–24.
Juara
|
|
|
|
Jumlah gelaran yang dimenangi oleh kelab
Kelab | Juara | Kejuaraan tahun |
---|---|---|
Manchester United | 13 | 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008–09, 2010–11, 2012–13 |
Manchester City | 8 | 2011–12, 2013–14, 2017–18, 2018–19, 2020–21, 2021–22, 2022–23, 2023–24 |
Chelsea | 5 | 2004–05, 2005–06, 2009–10, 2014–15, 2016–17 |
Arsenal | 3 | 1997–98, 2001–02, 2003–04 |
Blackburn Rovers | 1 | 1994–95 |
Leicester City | 1 | 2015–16 |
Liverpool | 1 | 2019–20 |
Stadium
Pada musim 2023–24, bola sepak Liga Perdana Inggeris telah dimainkan di 20 buah stadium sejak penubuhan divisyen ini.
Pengurus
Pengurus dalam Liga Perdana Inggeris terlibat dalam menjalankan tugas mengurus pasukan termasuklah latihan, pemilihan pasukan, dan pemerolehan pemain. Pengaruh pengurus adalah berbeza-beza dari kelab ke kelab yang berkaitan dengan pemilikan kelab dan hubungan pengurus dengan peminat. Pengurus perlu mempunyai Lesen UEFA Pro yang merupakan kelayakan akhir dalam menjalani kejurulatihan tersedia dan harus selesai menjalani lesen UEFA 'B' dan 'A'. Lesen Pro UEFA diperlukan oleh setiap orang yang ingin menguruskan kelab di Liga Perdana secara kekal (iaitu, lebih dari 12 minggu, jumlah masa yang diperlukan oleh pengurus sementara yang tidak berkelayakan untuk mengendalikannya). Pelantikan sementara adalah pengurus yang mengisi jurang antara pemergian pengurus dan pelantikan baru. Beberapa pengurus sementara terus mendapatkan jawatan pengurus tetap setelah beraksi dengan baik, termasuk Paul Hart di Portsmouth dan David Pleat di Tottenham Hotspur.
Arsène Wenger merupakan pengurus yang paling lama berkhidmat semasa mengendali pasukan Arsenal di Liga Perdana Inggeris dari tahun 1996 sehingga bersara pada akhir musim 2017-18. Beliau memegang rekod untuk kebanyakan perlawanan yang dikendalikan di Liga Perdana Inggeris sebanyak 828 perlawanan bersama Arsenal. Wenger juga memecahkan rekod yang dibuat oleh Alex Ferguson, yang telah berjaya mencatat 810 perlawanan bersama Manchester United dari awal Liga Perdana Inggeris hingga persaraannya pada akhir musim 2012-13). Ferguson bertugas di Manchester United dari November tahun 1986 hingga bersara pada akhir musim 2012–13, yang bermaksud beliau merupakan pengurus selama lima tahun terakhir dalam Divisyen Pertama Liga Bola Sepak dan semua 21 musim pertama dalam Liga Perdana Inggeris.
Selama musim 2019-20, 6 pengurus dipecat pada 28 Disember: Javi Gracia dan Quique Sánchez Flores dari Watford, Mauricio Pochettino dari Tottenham Hotspur, Unai Emery dari Arsenal, Marco Silva dari Everton dan Manuel Pellegrini dari West Ham United.
Terdapat beberapa kajian mengenai alasan dan kesan pemecatan pengurusan. Paling terkenal, Profesor Sue Bridgewater dari University of Liverpool dan Dr. Bas ter Weel dari University of Amsterdam, melakukan dua kajian berasingan yang membantu menjelaskan statistik di sebalik pemecatan pengurusan. Kajian Bridgewater mendapati kelab umumnya memecat pengurus mereka apabila turun di bawah purata satu mata setiap perlawanan.
Pengurus | Kelab | Menang | Tahun yang dimenangi |
---|---|---|---|
Alex Ferguson | Manchester United | 13 | 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008–09, 2010–11, 2012–13 |
Pep Guardiola | Manchester City | 6 | 2017–18, 2018–19, 2020–21, 2021–22, 2022–23, 2023–24 |
Arsène Wenger | Arsenal | 3 | 1997–98, 2001–02, 2003–04 |
José Mourinho | Chelsea | 2004–05, 2005–06, 2014–15 | |
Kenny Dalglish | Blackburn Rovers | 1 | 1994–95 |
Carlo Ancelotti | Chelsea | 2009–10 | |
Roberto Mancini | Manchester City | 2011–12 | |
Manuel Pellegrini | Manchester City | 2013–14 | |
Claudio Ranieri | Leicester City | 2015–16 | |
Antonio Conte | Chelsea | 2016–17 | |
Jürgen Klopp | Liverpool | 2019–20 |
Nama | Warganegara | Kelab | Dilantik | Masa sebagai pengurus |
---|---|---|---|---|
Pep Guardiola | Sepanyol | Manchester City | 1 Julai 2016 | 8 tahun, 178 hari |
Thomas Frank | Denmark | Brentford | 16 Oktober 2018 | 6 tahun, 71 hari |
Mikel Arteta | Sepanyol | Arsenal | 20 Disember 2019 | 5 tahun, 6 hari |
Marco Silva | Portugal | Fulham | 1 Julai 2021 | 3 tahun, 178 hari |
Eddie Howe | England | Newcastle United | 8 November 2021 | 3 tahun, 48 hari |
Kieran McKenna | Ireland Utara | Ipswich Town | 16 Disember 2021 | 3 tahun, 10 hari |
Erik ten Hag | Belanda | Manchester United | 23 Mei 2022 | 2 tahun, 217 hari |
Unai Emery | Sepanyol | Aston Villa | 1 November 2022 | 2 tahun, 55 hari |
Sean Dyche | England | Everton | 30 Januari 2023 | 1 tahun, 331 hari |
Ange Postecoglou | Australia | Tottenham Hotspur | 6 Jun 2023 | 1 tahun, 203 hari |
Enzo Maresca | Itali | Leicester City | 16 Jun 2023 | 1 tahun, 193 hari |
Andoni Iraola | Sepanyol | Bournemouth | 19 Jun 2023 | 1 tahun, 190 hari |
Russell Martin | Scotland | Southampton | 21 Jun 2023 | 1 tahun, 188 hari |
Gary O'Neil | England | Wolverhampton Wanderes | 9 Ogos 2023 | 1 tahun, 139 hari |
Nuno Espírito Santo | Portugal | Nottingham Forest | 20 Disember 2023 | 1 tahun, 6 hari |
Oliver Glasner | Austria | Crystal Palace | 19 Februari 2024 | 311 hari |
Arne Slot | Belanda | Liverpool | 1 Jun 2024 | 208 hari |
Julen Lopetegui | Sepanyol | West Ham United | 1 Julai 2024 | 178 hari |
Pemain
Penampilan
Kedudukan | Pemain | Kmncln |
---|---|---|
1 | Gareth Barry | 653 |
2 | James Milner | 634 |
3 | Ryan Giggs | 632 |
4 | Frank Lampard | 609 |
5 | David James | 572 |
6 | Gary Speed | 535 |
7 | Emile Heskey | 516 |
8 | Mark Schwarzer | 514 |
9 | Jamie Carragher | 508 |
10 | Phil Neville | 505 |
|
Peraturan pemain asing dan perpindahan
Pada permulaan Liga Perdana Inggeris musim 1992–93, hanya 11 pemain yang dinamakan dalam kesebelasan utama untuk pusingan pertama perlawanan yang berasal dari United Kingdom atau Ireland.[9] Menjelang musim 2000–01, jumlah pemain asing yang menyertai Liga Perdana adalah 36% daripada jumlah keseluruhan. Pada musim 2004-05, angka tersebut meningkat menjadi 45%. Pada 26 Disember 1999, Chelsea menjadi pasukan pertama dalam Liga Perdana Inggeris yang meletakkan kesebelasan utama pemain asing,[10] dan pada 14 Februari 2005, Arsenal adalah yang pertama menamakan skuad 16 pemain asing untuk satu perlawanan.[11] Menjelang tahun 2009, di bawah 40% pemain di Liga Perdana Inggeris berbahasa Inggeris.[12] Pada Februari 2020, 117 buah negara yang berbeza telah bermain dalam Liga Perdana Inggeris, serta 101 buah negara telah mencetak gol dalam pertandingan ini.[13]
Terdapat pihak yang mengambil berat mengenai kebimbangan bahawa jumlah pemain asing telah melebihi jumlah pemain muda Inggeris di Liga Perdana Inggeris. Pada tahun 1999, Pejabat Dalam Negeri memperketat peraturannya untuk memberi izin bekerja kepada pemain dari negara-negara luar Kesatuan Eropah.[14] Pemain yang bukan berasal dari Kesatuan Eropah perlu meminta izin untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dengan syarat; Pemain hendaklah mewakili negaranya sekurang-kurangnya bermain dalam 75 peratus pertandingan buat pasukan utama yang kompetitif, dan pemain telah tersedia untuk dipilih selama dua tahun sebelumnya, serta negaranya juga harus berada di kedudukan ke-70 dalam Kedudukan Dunia FIFA rasmi sejak dua tahun sebelumnya. Sekiranya pemain tidak memenuhi kriteria tersebut, kelab yang ingin menandatanganinya boleh membuat rayuan.[15]
Pemain hanya boleh dipindahkan semasa jendela perpindahan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak. Kedua-dua jendela perpindahan berlangsung dari hari terakhir musim Liga Perdana Inggeris hingga 31 Ogos dan dari 31 Disember hingga 31 Januari. Pendaftaran pemain tidak boleh ditukar di jendela perpindahan kecuali di bawah lesen khusus dari FA, biasanya dalam keadaan kecemasan.[16] Pada musim 2010-11, sistem Liga Perdana Inggeris memperkenalkan peraturan baru yang mewajibkan setiap kelab mesti mendaftarkan maksimum 25 pemain skuad berusia lebih dari 21 tahun, dengan senarai skuad hanya boleh diubah dalam jendela perpindahan atau dalam keadaan luar biasa.[17][18] Sistem ini juga membolehkan peraturan "Tempatan" akan digubal mulai tahun 2010, di mana setiap kelab sekurang-kurangnya menyediakan lapan anggota daripada skuad 25 orang yang dinamakan sebagai "Pemain Tempatan".[17]
Upah pemain
Tidak ada had gaji pasukan atau individu dalam Liga Perdana. Sebagai hasil daripada tawaran televisyen yang semakin menguntungkan, gaji pemain meningkat mendadak setelah terbentuknya Liga Perdana Inggeris ketika gaji pemain rata-rata adalah £75,000 setiap tahun. Pada musim 2018-19 gaji rata-rata tahunan berjumlah £2.99 juta.
Jumlah pembayaran gaji untuk 20 kelab Liga Perdana Inggeris pada tahun musim 2018-19 sebanyak £1.62bn, ini dibandingkan dengan £1.05bn di La Liga, £0.83bn di Serie A, £ 0.72bn di Bundesliga, dan £0.54bn di Ligue 1. Kelab dengan gaji purata tertinggi di Liga Perdana Inggeris adalah Manchester United dengan harga £6.5 juta. Ini lebih kecil daripada kelab dengan gaji tertinggi di Sepanyol (Barcelona £10.5 juta), dan Itali (Juventus 6.7 juta £), tetapi lebih tinggi daripada di Jerman (Bayern Munich £ 6.4 juta), dan Perancis (Paris St Germain 6.1 juta).
Nisbah gaji pasukan dengan gaji tertinggi dengan gaji terendah di Liga Perdana Inggeris adalah 6.82 hingga 1. Ini jauh lebih rendah daripada di La Liga (19.1 hingga 1), Serie A (16 hingga 1), Bundesliga (20.5 hingga 1). Ini kerana perbezaan yang lebih rendah antara tagihan gaji pasukan di Liga Perdana Inggeris dan sering dianggap lebih kompetitif berbanding liga Eropah teratas yang lain.
Bayaran perpindahan pemain
Bayaran perpindahan rekod untuk pemain Liga Perdana Inggeris telah meningkat secara berterusan sepanjang hayat pertandingan. Sebelum permulaan musim pertama Liga Perdana Inggeris, Alan Shearer menjadi pemain British pertama yang membayar yuran perpindahan lebih daripada £3 juta. Rekod itu meningkat secara berterusan dan Enzo Fernández kini merupakan bayaran perpindahan termahal yang dibayar oleh kelab Liga Perdana Inggeris pada £106.8 juta, manakala Philippe Coutinho adalah perpindahan terbesar melibatkan kelab Liga Perdana Inggeris pada £105 juta.
Kedudukan | Pemain | Yuran (£ million) | Tahun | Perpindahan | |
---|---|---|---|---|---|
1 | Enzo Fernández | £106.8 | 2023 | Benfica | Chelsea |
2 | Moisés Caicedo | £100[a] | 2023 | Brighton & Hove Albion | Chelsea |
Declan Rice | £100[b] | 2023 | West Ham United | Arsenal | |
Jack Grealish | £100 | 2021 | Aston Villa | Manchester City | |
5 | Romelu Lukaku | £97.5 | 2021 | Inter Milan | Chelsea |
6 | Paul Pogba | £89 | 2016 | Juventus | Manchester United |
7 | Antony | £82 | 2022 | Ajax | Manchester United |
8 | Harry Maguire | £80 | 2019 | Leicester City | Manchester United |
9 | Joško Gvardiol | £77 | 2023 | RB Leipzig | Manchester City |
10 | Romelu Lukaku | £75[c] | 2017 | Everton | Manchester United |
Kedudukan | Pemain | Yuran (£ million) | Tahun | Perpindahan | |
---|---|---|---|---|---|
1 | Philippe Coutinho | £105[a] | 2018 | Liverpool | Barcelona |
2 | Moisés Caicedo | £100[b] | 2023 | Brighton & Hove Albion | Chelsea |
Declan Rice | £100[c] | 2023 | West Ham United | Arsenal | |
Jack Grealish | £100 | 2021 | Aston Villa | Manchester City | |
5 | Eden Hazard | £89[d] | 2019 | Chelsea | Real Madrid |
6 | Harry Kane | £86.4 | 2023 | Tottenham Hotspur | Bayern Munich |
7 | Gareth Bale | £86 | 2013 | Tottenham Hotspur | Real Madrid |
8 | Cristiano Ronaldo | £80 | 2009 | Manchester United | Real Madrid |
Harry Maguire | £80 | 2019 | Leicester City | Manchester United | |
10 | Romelu Lukaku | £75 | 2017 | Everton | Manchester United |
Virgil van Dijk | £75 | 2018 | Southampton | Liverpool |
Penjaring terbanyak
- Sehingga 19 Mei 2024[19]
Kedudukan | Nama | Tahun | Gol | Penampilan | Nisbah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Alan Shearer | 1992–2006 | 260 | 441 | 0.59 |
2 | Harry Kane | 2012–2023 | 213 | 320 | 0.67 |
3 | Wayne Rooney | 2002–2018 | 208 | 491 | 0.42 |
4 | Andy Cole | 1992–2008 | 187 | 414 | 0.45 |
5 | Sergio Agüero | 2011–2021 | 184 | 275 | 0.67 |
6 | Frank Lampard | 1995–2015 | 177 | 609 | 0.29 |
7 | Thierry Henry | 1999–2007, 2012 | 175 | 258 | 0.68 |
8 | Robbie Fowler | 1993–2009 | 163 | 379 | 0.43 |
9 | Jermain Defoe | 2001–2003, 2004–2014, 2015–2019 | 162 | 496 | 0.33 |
10 | Mohamed Salah | 2014–2016, 2017– | 157 | 263 | 0.6 |
Tanda Italics menunjukkan pemain masih bermain bola sepak profesional,
Tanda Bold menunjukkan pemain yang masih bermain di Liga Perdana Inggeris.
Kasut emas dianugerahkan kepada penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada setiap akhir musim. Bekas penyerang Blackburn Rovers dan Newcastle United, Alan Shearer memegang rekod sebagai penjaring terbanyak gol dalam Liga Perdana Inggeris dengan 260 jaringan. Dua puluh lapan pemain telah mencapai 100 gol. Sejak musim Liga Perdana Inggeris pertama pada tahun 1992–93, 14 pemain dari 10 kelab telah memenangi atau berkongsi gelaran sebagai penjaring terbanyak. Andrew Cole dan Alan Shearer memegang rekod untuk kebanyakan gol dalam satu musim (34) - untuk Newcastle dan Blackburn masing-masing. Ryan Giggs dari Manchester United memegang rekod untuk menjaringkan gol dalam musim berturut-turut, setelah menjaringkan gol dalam 21 musim pertama liga.
Anugerah
Piala
Liga Perdana Inggeris mengekalkan dua trofi - trofi asli (dipegang oleh juara bertahan) dan replika ganti. Dua piala diadakan sekiranya dua kelab dapat memenangi Liga pada hari terakhir musim. Sekiranya terdapat lebih daripada dua kelab yang bersaing untuk merebut gelaran pada hari terakhir musim - maka replika yang dimenangi oleh kelab sebelumnya digunakan.
Trofi Liga Perdana Inggeris semasa dicipta oleh Royal Jewellers Asprey dari London. Ia terdiri daripada piala dengan mahkota emas dan alas tiang jenis Malakit. Berat pangkalan tiang adalah 33 paun (15 kg) dan berat piala adalah 22 paun (10.0 kg). Piala dan tiang setinggi 76 cm (30 inci), lebar 43 cm (17 inci) dan kedalaman 25 cm (9,8 inci).
Tubuh utamanya adalah perak sterling dan perak yang padat, sementara alasnya dibuat daripada komponen Malakit, batu separa berharga. Alas tiang mempunyai tali perak di sekelilingnya, di mana nama-nama kelab pemenang gelaran disenaraikan. Warna hijau Malakit mewakili padang permainan hijau. Reka bentuk piala ini berdasarkan kepada penggambaran Three Lions yang berkaitan dengan bola sepak Inggeris. Dua rekaan singa diletakkan di atas pegangan kedua-dua sisi trofi dan dilambangkan oleh kapten pasukan yang memenangi gelaran ketika mengangkat trofi mahkota emas pada akhir musim. Reben yang diletak pada pegangan piala akan dihias mengikut warna pasukan menjuarai liga pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, trofi versi emas khas digunakan untuk memperingati pasukan Arsenal yang memenangi gelaran tanpa kekalahan.
Anugerah pemain dan pengurus
Sebagai tambahan kepada pemain yang memenangi gelaran dan pingat, Liga Perdana Inggeris juga mengeluarkan anugerah lain sepanjang musim. Antaranya, anugerah pemain terbaik perlawanan diberikan kepada pemain yang memberikan impak paling besar dalam setiap perlawanan.
Anugerah bulanan juga diberikan untuk Pengurus Terbaik Bulanan, Pemain Terbaik Bulanan dan Gol Terbaik Bulan. Ini juga dikeluarkan setiap tahun untuk Pengurus Terbaik Musim, Pemain Terbaik Musim, dan Gol Terbaik Musim.
Anugerah Kasut Emas diberikan kepada pencetak gol terbanyak pada setiap musim, dan penghargaan Perancang Utama Terbaik Musim diberikan kepada pemain yang membuat banyak bantuan pada setiap musim, serta penghargaan Sarung Emas diberikan kepada penjaga gawang dengan Lembaran Bersih atau Clean Sheet (Merujuk kepada kejayaan penjaga gol untuk mengelakkan pintu gol daripada dibolosi sepanjang perlawanan) di akhir musim.
Bermula musim 2017-18, pemain juga menerima penghargaan tonggak untuk 100 penampilan dan setiap abad seterusnya, serta pemain yang menjaringkan 50 gol dan gandaan daripadanya. Setiap pemain yang mencapai tonggak ini akan menerima kotak persembahan dari Liga Perdana Inggeris yang mengandungi pingat khas dan plak untuk memperingati pencapaian mereka.
Anugerah 20 Musim
Pada tahun 2012, Liga Perdana Inggeris meraikan dekad keduanya dengan mengadakan Anugerah 20 Musim:
- Pasukan Fantasi 20 Musim
- Pilihan Panel: Peter Schmeichel, Gary Neville, Tony Adams, Rio Ferdinand, Ashley Cole, Cristiano Ronaldo, Roy Keane, Paul Scholes, Ryan Giggs, Thierry Henry, Alan Shearer
- Undi Umum: Peter Schmeichel, Gary Neville, Tony Adams, Nemanja Vidić, Ashley Cole, Cristiano Ronaldo, Steven Gerrard, Paul Scholes, Ryan Giggs, Thierry Henry, Alan Shearer
- Pengurus Terbaik: Sir Alex Ferguson
- Pemain Terbaik: Ryan Giggs
- Penampilan Paling Banyak: Gareth Barry (652)
- Penjaring Gol Terbanyak: Alan Shearer (260)
- Lembaran Bersih Terbanyak (Clean Sheet Terbanyak): David James (173)
- Penampilan 500 kelab: Steven Gerrard, Jamie Carragher, Gareth Barry, Ryan Giggs, David James, Gary Speed, Frank Lampard, Emile Heskey dan Sol Campbell
- Jaringan Gol Terbaik: Wayne Rooney, 12 Februari 2011, Manchester United vs Manchester City
- Menyelamat Terbaik: Craig Gordon, 18 Disember 2010, Sunderland vs Bolton Wanderers
- Pasukan Terbaik: Arsenal musim 2003–04
Rujukan
- ^ Campbell, Dennis (2002-01-06). "United (versus Liverpool) Nations". The Observer. Dicapai pada 2006-08-08.
- ^ "1985: English teams banned after Heysel". BBC. Dicapai pada 2006-08-08.
- ^ "The History of the F.A. Premier League". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-09. Dicapai pada 2006-08-05.
- ^ "Fifa wants 18-team Premier League". BBC. Dicapai pada 2006-08-08.
- ^ "Our relationship with the clubs". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-14. Dicapai pada 2006-08-08.
- ^ "The Premier League and Other Football Bodies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-18. Dicapai pada 2006-08-08.
- ^ "European Club Forum". Dicapai pada 2006-08-08.
- ^ "Barclays Premier League Statistics". Premier League. Dicapai pada 20 February 2018.
- ^ Atkinson, Ron (23 Ogos 2002). "England need to stem the foreign tide". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-01. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ Ingle, Sean (12 Jun 2001). "Phil Neal: King of Europe?". The Guardian. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ "Wenger backs non-English line-up". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 14 Februari 2005. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ Williams, Ollie (17 Ogos 2009). "Where the Premier League's players come from". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ "Samatta adds Tanzania to Premier League nations". Premier League. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ "New Work Permit Criteria for Football Players Announced". Department for Education and Employment. HM Government. 2 Julai 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-01. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ "Work permit arrangements for football players". Home Office. HM Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-01. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ "Premier League rules" (PDF). Premier League. 2010. m/s. 150. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-07-01. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ a b "Home Grown Player rules". Premier League. 16 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-01. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ "New Premier League squad rules explained". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 27 Julai 2010. Dicapai pada 2020-07-01.
- ^ "Premier League player stats". Premier League. Dicapai pada 2020-07-02.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Liga Perdana Inggeris |
Musim | |
---|---|
Kelab | |
Pertandingan bersekutu |
|