Gangster Celop | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Ahmad Idham |
Lakon layar | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.96 juta |
Pecah panggung | RM 3 juta |
Gangster Celop ialah filem aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 di seluruh Malaysia.
Sinopsis
Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Jambu),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia. Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.
Pelakon
- Syamsul Yusof sebagai Adam
- Kamal Adli sebagai Aman
- Hanis Zalikha sebagai Suzana
- Yus Jambu sebagai Mat Jambu
- Azad Jasmin sebagai Man Cirit
- Usop Wilcha sebagai Inspektor Jalaluddin
- Adam Corrie sebagai Ah Meng
- Reen Rahim sebagai Rabiahtun
- Hamdan Ramli sebagai Pak Abu
- Kuswadinata sebagai Oyangnda
- Lan Pet Pet sebagai Toknda
- Maimon Mutalib sebagai Ibu Aminah
- Pablo Amirul sebagai Orang Kanan Mat Cirit (tidak dikreditkan)
- Fendi Balas sebagai Penyeluk Saku
- Addy Junaidi sebagai Wartawan
- Jeganathan Pithavadian sebagai Pemuda India
- Shashi Taaran sebagai Pemuda India II
- Abu Mamu sebagai Ciku
- Wangi Julianda sebagai Penyanyi Kelab Dangdut
- Risteena Munim sebagai Perempuan Man Cirit (tidak dikreditkan)
Sambutan
Filem ini dikeluarkan pada 21 Februari 2013 dan mendapat kutipan sebanyak RM 1.33 juta.
Trivia
•Nama Gangster Celop merupakan gabungkan antara KL Gangster dan drama Apa Celop! , watak Aman dimainkan oleh Kamal Adli sebenarnya dari drama itu.
•Penampilan sulung Reen Rahim dalam industri lakonan tempatan selepas menjuarai Pilih Kasih 3 pada 2011 manakala sama juga dengan Hanis Zalikha yang sinonim bloger fesyen turut diberi peluang.
Siaran filem
Di Malaysia, ia ditayangkan pada 11 September 2014, melalui Astro Warna dan Astro Citra (dalam filem) pada 9:00 malam. Semasa pembuatan semula malaysia.