Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Panji ialah sebuah kugiran yang ditubuhkan di Dungun, Terengganu. Ia ditubuhkan untuk projek etnik muzik hasil perbincangan Azam Dungun bersama Ozzi (Rozzi Panji) iaitu bekas pemain drum kumpulan Roses dan Norman. Album pertama kumpulan Panji direkodkan di Fantasy Studio Taman Maluri KL dan King Studio, Petaling Jaya dengan Azam Dungun selaku produser album. Album ini berkonsep Rock Ethnic dan diterbitkan di bawah label Sony Music Malaysia. Kebanyakan lagu dalam album ini dirakamkan dengan alat-alat muzik tradisional seperti seruling bambu, gendang silat, serunai dan lain-lain lagi yang kebanyakannya dimainkan sendiri oleh Ozzi.
Kumpulan ini popular dengan lagu "Semilir" dan "Kasih Yang Tak Pasti" (duet bersama Ameng Spring).
Sejarah
Pada Tahun 1994, Murad menyertai kumpulan Visa. Anuar bekerja di DoReMi Sound and Light, K.L.
Pada Tahun 1996, Panji kembali dengan album kedua bersama Awang BPR selaku produser untuk album kedua dan diterbitkan di bawah label BMG/SONY BMG. Norman sebagai penyanyi utama menggantikan Opie yang sakit ketika itu, serta kemasukan ahli baru Faizal selaku gitaris. Popular dengan lagu "Sayap Terluka".
Pada akhir Tahun 1997, kumpulan ini berpecah. Opie menubuhkan kumpulan Yess (satu album), Norman dan Deng (pemain bes) menubuhkan kumpulan Jed (satu album). Drummer Ozzi menyertai kumpulan Spring dan sebagai pemuzik undangan, penghibur kelab dan terkini bekerja di JaPEN Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Putrajaya.
Kumpulan Panji telah diundang oleh UNISZA untuk membuat persembahan reunion Panji pada tahun 2013. Ahli kumpulannya iaitu Ozzi, Deng, Opie, Norman dan pemuzik undangan iaitu Lie Lantana (gitaris) dan Awie (keyboard) hadir untuk mempersembahkan beberapa buah lagu untuk konsert Re-Union Panji.
Vokalis album kedua iaitu Norman di waktu umur 55 tahun telah meninggal dunia pada Sabtu 9 Disember 2017 di rumah kakaknya di Sungai Buaya, Dungun, Terengganu.
Deng bekerja sebagai pegawai kebudayaan di UNISZA Terengganu.
Tidak lama selepas itu, Opie di waktu usianya 48 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada Selasa 14 Ogos 2018. Jenazah dikebumikan di perkuburan Felda Jerangau, Dungun, Terengganu.
Anggota
Anggota:
- Murad: guitar
- Anuar DoReMi: perkusi
- Din: bes
- Ozzie @ Rozzi Panji: drum
Bekas Anggota:
- Opie: vokalis (Allahyarham)
- Norman: guitar (Allahyarham)
Album
Album studio
| Tahun | Judul | Jualan |
|---|---|---|
| 1993 | Senang
|
|
| 1996 | Ada Lagi
|
Senang - 1993
- "Maizo"
- "Pekli Watakoklang"
- "Kasih Yang Tak Pasti" feat. Ameng (Spring)
- "Itu Ini"
- "Dugaan"
- "Mimpi Dalam Jaga"
- "Pergolakan Hidup"
- "Bumi Dipijak Langit Dijunjung"
- "Senang"
- "Semilir"
Ada Lagi - 1996
- "Pita Sandaran"
- "Dunia Perlu Suci"
- "Terpaku Dilundang Paku"
- "Satu Kesilapan Ku"
- "Tak Mungkin Berbelah Bagi"
- "Balasan Cintamu"
- "Kau Nak Jadi Menteri"
- "Dikaki Langit Kemerahan"
- "Salah Nombor"
- "Sayap Terluka"
Pencapaian
Kumpulan ini tercalon untuk anugerah "Artis Baru Terbaik (Berkumpulan)" dalam Anugerah Industri Muzik Pertama pada 15 Disember 1993 yang telah berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.








