Samudera | |
|---|---|
| Asal | |
| Genre | Slow rock, balada, Rock |
| Pekerjaan | Kugiran |
| Tahun aktif | 1991 – 2016
2023 – kini |
| Syarikat rakaman | Suara Cipta Sempurna (1993-1996) Rock Records (M) Sdn Bhd (1996 - Sekarang) Maheswara Musik Records (Indonesia) Musica Studio's (edaran di Indonesia) |
| Anggota semasa | Ejay (vokal) Tajul (gitar) Mie (gitar) A'ai (dram) |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Samudera merupakan sebuah kumpulan rock 90-an[1] yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan ini muncul sekitar awal 1990-an.
Antara lagu-lagu hit mereka adalah Aduh Usahlah Berubah, Bila Diburu Kenangan, Janji Yang Terakhir, Salam Sejahtera, Titian Hasrat, dan banyak lagi.
Latar belakang
Kumpulan Ini diasaskan oleh A'ai selaku pemain drum , A'ai juga berjaya mendapat 2 ahli kumpulan iaitu Allahyarham Sarfen Husin (Ujang) dan Allahyarham Azizan Hamid (Jimmy) yang dimana mereka pernah menganggotai kumpulan Axthara dan seorang gitaris tambahan iaitu Syed
Sekitar tahun 1992 , Samudera kemudian mendatangi kontrak rakaman dengan syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna Record (SCS) yang cukup terkenal dengan menerbitkan album kumpulan Iklim
Pada 1993, Samudera mengeluarkan album sulung mereka yang berjudul Titian Hasrat. Album ini cukup laku dengan penampilan lagu Titan Hasrat dan Bila Diburu Kenangan sering diputarkan di radio pada ketika itu.
Pada tahun 1994 Samudera sekali lagi mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Terminal Cinta. Berbeza dengan album Pertama dimana album ini meletup di pasaran dengan anggaran 50,000 unit terjual . Antara yang paling meletup adalah lagu Salam Sejahtera
Bagaimanapun di ambang melonjaknya nama Samudera pada tahun 1995 , Samudera diuji apabila mereka kehilangan Ujang atas alasan yang tidak dapat dielakkan , Ujang kemudian menumbuhkan Kumpulan X-ray bersama rakannya pemuziknya, Satu sesi uji bakat telah diadakan untuk mencari penggantinya dan EJ telah dipilih sebagai posisi penyanyi ,
Pada tahun 1996, Samudera hadir album ketiga iaitu Silaturrahim , sesuai dengan namanya dimana Samudera ingin menguji apakah yang lagu yang dibawa EJ ini mampu memberi kejayaan daripada lagu Salam Sejahtera , Sayang album ini sedikit menurun penjualannya ketika itu dan lagu Silaturahim kurang dimainkan di radio .
Kegagalan ini menyebabkan ahli-ahli Samudera mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat Rock Record (Syarikat yang membeli syarikat rakaman SCS Record) dan berpindah ke Syarikat Rakaman milik Saari Amri iaitu Menora Record, Sayang pelbagai ujian terpaksa kumpulan Samudera terpaksa tempuhi seperti Saari Amri terlibat kemalangan yang menyebabkan Sesi rakaman tersangkut dan Nama Samudera terpaksa ditukar kepada Guest sewaktu Perilisan Album mereka pada tahun 1998. Pada masa ini, EJ mengambil keputusan untuk tarik diri dari kumpulan ini ditambah masalah ekonomi negara terjadi
Pada tahun 2000 , Samudera kembali ke Syarikat Rock Record dan tampil dengan vokalis baru iaitu Ijam dan sempat muncul dengan album kompilasi bernama Pengembaraan yang menampilkan 2 lagu single iaitu Ku Kehilangan Kata-kata dan Kita Saling Menyayangi . Namun begitu, Kemunculan Samudera tidak bertahan lama
Pasca-Samudera
Kematian Ujang
Ujang tidak menyanyi bersama Samudera kerana sakit dan kumpulan itu juga sudah menggunakan vokalis baru. Sekitar penghujung usianya, Ujang tidak aktif lagi dan bekerja di sebuah kilang sawit di FELDA Palong Timur, Segamat. Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Pada 31 Januari 2017, beliau telah ditemukan meninggal dunia di kediamannya.
Kematian Jimmy
Keahlian
- Ujang - penyanyi pertama (meninggal dunia pada 31 Januari 2017) http://www.utusan.com.my/hiburan/ujang-samudera-meninggal-dunia-1.438666
- EJ - penyanyi kedua (1994-1998.kini kembali bergabung 2023- kini)
- Ijam - penyanyi ketiga (2lagu baru pada thn 2000 album Pengembaraan)
- Syed - pemain gitar utama
- Tajul - pemain gitar kedua
- Azmi - pemain gitar ketiga
- Jimmy - pemain bes (meninggal dunia pada 18 November 2017) http://www.kosmo.com.my/negara/pemain-bass-samudera-jimmy-meninggal-dunia-1.555927
- A'ai - pemain dram (Ketua Kumpulan)
Diskografi
Single
Tangisan Rindu (2023)
Album studio
- Titian Hasrat (1993)
- Terminal Cinta (1994)
- Silatulrahim (1996)
- Tajamnya metalku(1998 Guest/samudera)
Album kompilasi
- Pengembaraan (2000)
- Kerinduan (2012)
Album pasaran Indonesia
- Salam Sejahtera (1995)
Rujukan
- ^ "Usaha jejaki rockers 80-an, ARKIB : 15/03/2013". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 2014-07-02.









