Visa merupakan kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1991 di Terengganu. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Rohisham Hashim (Sham; vokal), Zulkarnain Mat Nor (Joe; gitar utama), Mazli Zainal (Mazli; gitar irama), Ibrahim Mat Nor (Imm; gitar bes) dan Tengku Mohd Zainuddin Tengku Dalam (Kudin; dram). Mereka mencipta nama dalam industri muzik tanah air dengan lagu hit "Untukmu Selamanya" menerusi album pertama eponim mereka pada 1992.[1]
Visa | |
---|---|
Berasal dari | Terengganu, Malaysia |
Genre | Rock, Slow Rock |
Tahun aktif | 1991-1997 |
Syarikat rakaman | Happy Records (1991-1997) EMI (1981-1997) |
Ahli | Sham (Vokal) Joe (Gitar utama) Mazli/Malee (Gitar irama) Imm (Gitar bes) Kudin (Drum) |
Bekas ahli | Murad (Gitar irama) |
Sejarah
Pada tahun 1991, empat sekawan yang sama-sama bersekolah di Terengganu iaitu Sham, Joe, Imm dan Kudin yang menubuhkan kumpulan Visa telah berhijrah ke Kuala Lumpur dalam misi mereka untuk menjadi artis rakaman. Melalui penulis lirik Seri Bayu (Allahyarham) dan Datuk Jake Abdullah (mantan ketua pegawai eksekutif Astro Radio), mereka yang pada ketika itu tinggal di Ampang telah diperkenalkan kepada Mazli yang kemudiannya menjadikan Visa lima orang anggota. Mereka kemudiannya menandatangani kontrak rakaman selama lima tahun dengan Happy Records, sebuah syarikat rakaman yang telah melahirkan beberapa artis terkenal tanahair seperti Fauziah Latiff.
Bersama Happy Records, Visa telah menghasilkan tiga album studio iaitu Visa (1993), Dalam Gerimis (1994) dan Ilham (1995). Mereka kemudiannya mengeluarkan satu album kompilasi iaitu The Best Of Visa di bawah label EMI pada tahun 1997.
Ahli kumpulan
1991-1994
- Sham - vokal
- Joe - gitar utama
- Mazli - gitar irama
- Imm - gitar bes
- Kudin - dram
1995
- Sham - vokal
- Joe - gitar utama
- Murad - gitar irama
- Imm - gitar bes
- Kudin - dram
2019
- Sham - vokal
- Joe - gitar utama
- Mazli/Malee - gitar irama
- Imm - gitar bes
- Kudin - dram
Diskografi
Album studio
- Visa (1993)
- Dalam Gerimis (1994)
- Ilham (1995)
Album kompilasi
- The Best Of Visa (1997)
Lagu-lagu
- Untukmu Selamanya
- Dalam Gerimis
Trivia
- Vokalis kumpulan Visa, Sham turut menceburi bidang lakonan sama ada dalam filem, drama mahupun telefilem. Antara filem yang dibintanginya ialah Putera (1994), Debu-Debu Kasih (1995), Kad Cinta (1995) dan Gemerlapan (1997).[2]
- Sham juga pernah bekerja dalam sektor minyak dan gas di perairan Terengganu selama 10 tahun selepas Visa tidak aktif dalam industri muzik.
- Joe (gitar utama) dan Imm (gitar bes) adalah adik-beradik.
- Joe merupakan nadi utama kepada Visa kerana banyak mencipta lagu untuk kumpulan ini. Joe juga pernah memikul tanggungjawab sebagai pengarah muzik di konsert-konsert besar selain menjadi pemuzik undangan untuk persembahan dan rakaman muzik artis-artis lain.
- Joe yang kini dikenali sebagai Ustaz Zul bekerja sepenuh masa di TV AlHijrah di studio pasca audio untuk rakaman serta adunan audio & muzik untuk program-program di stesen tersebut.
- Joe juga pernah menjadi gitaris gantian untuk kumpulan rock ternama Malaysia, Iklim selepas pengunduran Umarul daripada kumpulan tersebut.
- Pemain dram, Kudin kini bertugas di unit kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pemuzik dan pengarah muzik.
- Kesemua anggota kumpulan Visa berasal dari Terengganu kecuali pemain gitar keduanya, Mazli atau Malee yang berasal dari Ipoh, Perak.
Rujukan
- ^ Shamshul Azree Samshir (27 Ogos 1993). "Visa sedia buat apa saja untuk popular". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada September 7, 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (7 Oktober 2019). Sham Visa tak pernah menyesal Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.