Kesuburan tanah berkaitan dengan jenis nutrien yang hadir di dalam tanah, bentuknya, dan ketersediaannya diserap oleh akar tumbuhan. Kesuburan tanah berbeza mengikut sumber asal tanah tersebut dari bahan induknya.
Di tanah yang digunakan untuk pertanian atau aktiviti manusia yang lain, tanah yang subur terhasil dengan amalan pemuliharaan tanah yang baik. Asasnya kebolehan sesuatu tanah untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan.
Ciri-ciri tanah subur
Tanah yang subur mempunyai ciri-ciri berikut:
- Ia kaya dengan nutrien penting untuk pemakanan tumbuhan, termasuklah nitrogen, fosforus dan kalium.
- Ia mengandungi mineral (unsur surih) untuk pemakanan tumbuhan, termasuklah boron, klorin, kobalt, kuprum, besi, mangan, mangnesium, molibdenum, sulfur, dan zink.
- Ia mengandungi bahan organik tanah yang meningkatkan struktur tanah dan pegangan kelembapan tanah.
- Jarak pH tanah di antara 6.0 hingga 6.8 untuk kebanyakan tumbuhan, tetapi sesetengah lebih kepada keadaan asid atau alkali.
- Struktur tanah yang baik, membina pengairan tanah yang bagus, tetapi sesetengah tanah basah (seperti penghasilan padi) atau kering (seperti tumbuhan yang mudah diserang kulat atau reput) seperti pokok harum (Agave spp.).
- Pelbagai mikroorganisma tanah untuk menyokong tumbesaran tumbuhan.
- Selalunya mempunyai jumlah tanah atas yang banyak.