Keriat | |
---|---|
![]() | |
Daun keriat muda | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Keluarga: | Meliaceae |
Genus: | Aglaia |
Spesies: | A. korthalsii
|
Nama binomial | |
Aglaia korthalsii Miq.[2]
| |
Sinonim[2] | |
|
Keriat atau kiat (Aglaia korthalsii),[3][4] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Meliaceae. Ia ditemukan di Bhutan, Brunei, India, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Ia turut disebut keriah, kiah, sekeriah dan piah dalam bahasa Melayu. Di Borneo, ia dipanggil segera dalam bahasa Iban, langsat muncit dalam bahasa Sungai, dan lantupak burung dalam bahasa Dusun.[3]
Penerangan
Aglaia korthalsii ialah pokok yang mencapai 26 m (85 ka) tinggi. Daunnya majmuk dan mempunyai anak daun sepanjang 8–27 cm (3.1–10.6 in) dan selebar 3–8 cm (1.2–3.1 in), dengan pangkal daun tidak sama. Tangkainya sepanjang 7–12 cm (2.8–4.7 in) dan dilitupi sisik perang kemerahan yang berkilat. Sisik ini turut terdapat pada ketiak dan ranting. Aglaia korthalsii mirip A. speciosa, namun berlainan pada lima anak daunnya yang lebih besar, rerambutnya yang sedikit dan tampilan buahnya. A. korthalsii dan A. elliptica pun berkongsi banyak persamaan, namun berlainan lantaran A. korthalsii mempunyai sisik pepayung, sedangkan A. elliptica pula sisiknya bebintang.[5]
Perbungaan ditemukan di ketiak dan dahan tua. Perbungaan jantan lebih panjang dan lebih lebat berbanding betina. Bunga yang sekitar 1.5–2 mm (0.059–0.079 in) panjang dan 1.6–2.5 mm (0.063–0.098 in) lebar mengandungi lima ranggi; salut bercuping limanya turut dilitupi sisik yang mirip pada rantingnya. Perbuahan yang lebih 17 cm (6.7 in) panjang dan 14 cm (5.5 in) lebar pula mengandungi 15 biji buah. Setiap buah hampir bulat, sepanjang 2–4 cm (0.79–1.57 in) dan selebar 1–3.5 cm (0.39–1.38 in), dan dilitupi sisik perang jingga dengan birai berpinggir. Buah matang akan bekah di sepanjang pinggir kulit buah ini apabila tekanan dalaman dikenakan.[5]
Buahnya mempunyai satu hingga dua benih bujur, sepanjang 1.5–2 cm (0.59–0.79 in) dan selebar 1–1.5 cm (0.39–0.59 in), dan dilitupi nabu jingga kekuningan yang tebal.[5] Nabu yang berjus atau lembik macam agar-agar ini terasa manis pahit dan boleh dimakan.[6] Orang utan dan ungka tangan putih gemar memakan buah spesies ini.[7]
Taburan dan habitat
Ia tempatan di kawasan dari Bhutan ke Malesia, iaitu di Kepulauan Andaman dan Nicobar, Assam, Himalaya Timur, Borneo, Kepulauan Sunda Kecil, Tanah Melayu, Myanmar, Filipina, Sulawesi, Sumatera, Thailand dan Vietnam.[2]
Di Semenanjung, Aglaia korthalsii boleh ditemukan di kesemua negeri kecuali Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka. Ia tumbuh di hutan dipterokarpa pamah lebih 340 m di atas paras laut.[3] Habitat spesies ini termasuklah sungai, paya gambut, tanah liat, tanah gembur, batu kapur dan batu pasir. Ia turut ditanam sebagai pokok buah-buahan di kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu.[7]
Kegunaan
Buahnya yang masam manis boleh dimakan dan mempunyai manfaat perubatan.[6] Kayunya pula digunakan sebagai tiang rumah.[7]
Galeri
-
Daun majmuk
-
Daun majmuk
-
Kulit kayu terkupas
-
Segugus buah keriat
Lihat juga
Rujukan
- ^ Pannell, C.M. (1998). "Aglaia korthalsii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998: e.T34759A9887989. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T34759A9887989.en. Dicapai pada 17 November 2021.
- ^ a b c "Aglaia korthalsii Miq". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2023-07-20.
- ^ a b c Aglaia korthalsii. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/28358. [Didapat kembali 11 Ogos 2023].
- ^ "KSU KeTSA tanam pokok di FRIM". Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). 2 Jun 2022.
- ^ a b c "Aglaia korthalsii Miq". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 5 November 2021.
- ^ a b Tropical Plants Database, Ken Fern. tropical.theferns.info. 2023-08-12. <tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Aglaia+korthalsii>
- ^ a b c Norsham Y. (19 Oktober 2012). "Aglaia korthalsii: Harum bunga si langsat ungka". Laman Web Rasmi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.