Pokok buah ialah sejenis pokok yang menghasilkan buah yang boleh dimakan atau digunakan oleh binatang dan manusia — semua pokok yang merupakan tumbuhan berbunga yang menghasilkan buat, di mana merupakan ovari bunga yang telah masak yang mengandungi satu atau lebih biji. Dalam kegunaan hortikultur, istilah "pokok buah" terhad kepada pokok yang menyediakan buah untuk makanan manusia. Jenis-jenis buah adalah dihuraikan dan diterangkan di tempat lain (lihat Buah), tetapi ia merangkumi juga "buah" dalam bidang masakan, begitu juga pokok yang menghasilkan kekeras, seperti walnat.[1]
Kajian saintifik dan pengusahaan buah-buahan disebut sebagai pomologi, yang mana ia membahagikan buah kepada kumpulan berdasarkan kepada morfologi dan anatomi buah. Sesetengah kumpulan ini ialah buah pom, yang mana termasuklah epal dan pear, dan buah pepauh, yang mana termasuklah pic/nektarin, badam, aprikot, plum dan ceri.[2]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Growing Fruit Trees in the Piedmont Region of North Carolina: A Guide for Abundant Harvests". Harvesting Nature's Bounty, One Step at a Time (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-05. Dicapai pada 2023-06-30.
- ^ Singha, Suman (2003), Concise encyclopedia of temperate tree fruit, New York: Food Products Press, m/s. 3–5, ISBN 978-1-56022-941-4
Bacaan lanjut
- Goldschmidt, Eliezer E. (2013-03-01). "The Evolution of Fruit Tree Productivity: A Review". Economic Botany (dalam bahasa Inggeris). 67 (1): 51–62. Bibcode:2013EcBot..67...51G. doi:10.1007/s12231-012-9219-y. ISSN 1874-9364. PMC 3606516. PMID 23538880.