Kapal kembar adalah kapal dari kelas yang sama atau reka bentuk yang hampir seiras dengan kapal yang lain. Kapal sebegini berkongsi badan kapal dan susun atur superstruktur yang hampir seiras, saiz yang serupa, dan ciri-ciri serta kelengkapan yang hampir sama. Mereka sering berkongsi tema penamaan yang sama, samada diberi nama sempena jenis perkara yang sama (tempat, bintang, raja) atau dengan beberapa bentuk aliterasi. Lazimnya kelas kapal dinamakan sempena kapal pertama kelas itu. Selalunya, kembar kapal menjadi lebih berbeza semasa perkhidmatan mereka kerana peralatan mereka (contoh seperti kapal tentera, persenjataan mereka) diubah secara berasingan.
Sebagai contoh, kapal tempur AS USS Iowa, USS New Jersey, USS Missouri, dan USS Wisconsin semuanya adalah kapal kembar, setiap satunya merupakan kapal tempur kelas-Iowa.
Barangkali kapal kembar yang paling terkenal ialah kapal samudera kelas-Olympic White Star Line, yang terdiri daripada RMS Olympic, RMS Titanic dan HMHS Britannic. Seperti beberapa kapal penumpang lain, kembar kapal bekerja sebagai gandingan mantap.[1] Kapal kembar lain termasuklah kapal persiaran Royal Caribbean International Explorer of the Seas dan Adventure of the Seas.
Separa kembar merujuk kepada kelas kapal yang sama tetapi dengan beberapa perbezaan yang ketara. Salah satu contoh separa kembar adalah kruiser tempur kelas-Courageous British era Perang Dunia I dimana dua kapal pertama mempunyai empat meriam 15-inci (381 mm), tetapi sebaliknya kapal terakhir, HMS Furious, mempunyai dua meriam 18-inci (457 mm). Ketiga-tiganya telah ditukar menjadi kapal pengangkut pesawat, dengan Furious sekali lagi berbeza dari kembarnya dengan reka bentuk geladak sedatar dan kemudian dipasang superstruktur kecil. Contoh lain ialah kapal pengangkut pesawat kelas-Essex Amerika dari Perang Dunia Kedua yang datang dalam versi "long-hull" dan "short-hull".
Kapal udara yang terkenal termasuklah kapal kembar Amerika USS Akron dan USS Macon, dan kapal udara kelas-Hindenburg LZ 129 Hindenburg dan Graf Zeppelin II Jerman.
Perbezaan komersial yang diterima umum bagi kapal kembar adalah yang berikut:
- Jenis: Jenis utama yang sama (kapal kargo pukal, kapal tangki, Kapal RO-RO, dll)
- Berat kering (DWT): ± 10% pada DWT (Jika kapal adalah 100,000 DWT, 90,000 hingga 110,000 DWT)
- Pembina: Nama syarikat pembinaan kapal yang sama (bukan lokasi limbungan atau negara pembina)
Kriteria utama yang kritikal adalah reka bentuk badan kapal yang sama. Sebagai contoh, reka bentuk standard TESS-57 yang popular dibina oleh Tsunishi Shipbuilding di Jepun, China, dan Filipina. Semua kapal reka bentuk ini dikelaskan sebagai kapal kembar.
Pertubuhan Maritim Antarabangsa mentakrifkan kapal kembar dalam resolusi IMO MSC/Circ.1158 pada tahun 2006. Kriteria ini termasuk:
- Kapal kembar ialah kapal yang dibina di limbungan sama dari pelan yang sama.
- Sisihan yang boleh diterima bagi berat kapal api hendaklah antara 1 dan 2% dari berat kapal sulung, bergantung pada panjang kapal.[2]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "The 'Olympic' Class Ships: Olympic, Titanic, Britannic" (PDF). 3 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 April 2019. Dicapai pada 24 June 2020.
- ^ "DEVELOPMENT OF EXPLANATORY NOTES FOR HARMONIZED SOLAS CHAPTER II-1" (PDF). SUB-COMMITTEE ON STABILITY AND LOAD LINES AND ON FISHING VESSELS SAFETY. International Maritime Organization. 2 June 2006. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 March 2016. Dicapai pada 21 May 2015.