Penamaan dan pelancaran kapal atau upacara pelancaran kapal ialah proses pelepasan sesebuah kapal ke air. Ia adalah tradisi tentera laut dalam banyak budaya, sejak beribu tahun yang lalu. Ia telah dilihat sebagai satu perayaan umum dan penuh berkat.
Pelancaran kapal mengenakan tekanan pada kapal yang tidak dirasai semasa operasi biasa, sebagai tambahan kepada saiz dan berat kapal, dan ia mewakili cabaran kejuruteraan yang cukup besar serta pertunjukkan umum. Proses ini juga melibatkan banyak tradisi yang berniat untuk mengundang tuah, (sebagai contoh di negara Barat) seperti pembaptisan kapal dengan memecahkan botol champagne ke bahagian luan apabila nama kapal tersebut diumumkan dengan kuat dan dilancarkan.[1]
Rujukan
- ^ Robert McNamara. "History of Ship Christenings With Champagne". About.com Education.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penamaan dan pelancaran kapal |