![]() Anjing koyote tangkapan di Wyoming | |
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing koyote ialah hibrid canid yang terhasil daripada pengawanan antara koyote dengan anjing. Hibrid kedua-dua jantina adalah subur dan dapat berjaya dibiakbakakan melalui empat generasi.[1]:121–124 Hibrid daripada koyote (coyote) jantan dan anjing (dog) betina dipanggil coydog dalam bahasa Inggeris, sementara dogote ialah hibrid dengan bapa anjing (dog) dan ibu koyote (coyote).
Pengawanan sedemikian berlaku lama sebelum penjajahan Eropah ke atas Amerika, kerana koyote melanistik telah ditunjukkan telah mewarisi bulu hitamnya daripada anjing yang berkemungkinan dibawa ke Amerika Utara melalui Jambatan Darat Bering pada 12,000 hingga 14,000 tahun lalu oleh leluhur kepada orang peribumi Benua Amerika.[2]
Anjing koyote sengaja dibiakbakakan di Mexico pra-Columbus; di sana, koyote dipandang tinggi. Di kota Teotihuacan, ada amalan lazim untuk membiakbakakan koyote dan serigala Mexico secara bersilang dengan anjing untuk membiakbakakan penjaga bagus berdaya tahan dan setia tetapi berperangai.[3] Orang peribumi utara di Kanada mengawankan koyote dan serigala dengan anjing kereta luncur salji mereka untuk menghasilkan haiwan lebih berdaya tahan selewat-lewatnya awal abad ke-20.[1]:121–124
Istilah ini kadang-kadang tersilap digunakan untuk serigala koyote (coywolf), yang lazim di Amerika Utara timur laut, sementara anjing koyote benar hanya kadang-kadang didapati di alam liar.[4]

Dalam kurungan, hibrid F1 cenderung menjadi lebih nakal dan kurang mudah urus sebagai anak berbanding dengan anjing dan kurang boleh dipercayai[penjelasan diperlukan] setelah matang berbanding dengan anjing serigala.[1]:121–124 Hibrid berbeza dari segi penampilan, tetapi pada umumnya mengekalkan warna lapis bulu dewasa koyote, warna lapis bulu neonatal gelap, ekor lebat dengan kelenjar suprakaudal aktif, dan topeng muka putih. Hibrid F1 cenderung mempunyai bentuk pertengahan antara anjing dengan koyote sementara hibrid F2 adalah lebih pelbagai. Kedua-dua hibrid F1 dan hibrid F2 menyerupai induk koyote dari segi keseganan dan agresi sejantina.[5]:105 Tingkah laku main hibrid termasuk "hempasan pinggul" koyote.[5]:136 Suatu populasi koyote putih bukan balar di Newfoundland mendapat pewarnaannya daripada suatu mutasi MC1R yang diwarisi daripada anjing pengutip keemasan.[6]
Sekitar 15% daripada 10,000 ekor koyote yang diambil setiap tahun di Illinois untuk lapis bulunya pada awal tahun 1980-an mungkin merupakan anjing koyote berdasarkan ukuran tengkorak. Memandangkan populasi koyote di Illinois pada masa itu dianggarkan berjumlah 20,000–30,000, ini mencadangkan populasi 3,000–4,500 ekor anjing koyote di negeri itu.[7]:271–272 Daripada 379 buah tengkorak canid liar yang diambil di Ohio dari tahun 1982 hingga tahun 1988, 10 buah tengkorak (2.6%) didapati sebagai anjing koyote. Terdapat catatan bahawa "Insiden hibrid anjing koyote adalah tinggi hanya di kawasan bagi populasi-populasi koyote yang berkembang dan tersebar secara meluas".[8] Dalam sebuah kajian tentang persemukaan anjing–koyote di alam liar, persemukaan seteru dan persemukaan main terlihat dalam perkadaran setara.[9]
Lihat juga
- Anjing Sulimov
- Dogxim
- Hibrid anjing–dingo
- Hibrid anjing–jakal
- Hibrid anjing–serigala
- Hibrid canid
- Hibrid serigala–koyote
- Senarai baka anjing
Rujukan
- ^ a b c Young, Stanley Paul; Jackson, Hartley Harrad Thompson (1978). The Clever Coyote [Koyote Pintar] (dalam bahasa Inggeris). Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat: University of Nebraska Press. ISBN 9780803258938. OCLC 3294630.
- ^ Anderson, Tovi Marit; vonHoldt, Bridgett Marie; Candille, Sophie I.; Musiani, Marco; Greco, Claudia; Stahler, Daniel R.; Smith, Douglas W.; Padhukasahasram, Badri K.; Randi, Ettore; Leonard, Jennifer A.; Bustamante, Carlos Daniel; Ostrander, Elaine Ann; Tang, Hua; Wayne, Robert Keith; Barsh, Gregory Stefan (6 Mac 2009). "Molecular and Evolutionary History of Melanism in North American Gray Wolves" [Sejarah Molekul dan Sejarah Evolusi bagi Melanisme pada Serigala Kelabu Amerika Utara]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 323 (5919): 1339–1343. Bibcode:2009Sci...323.1339A. doi:10.1126/science.1165448. hdl:11585/902863. ISSN 0036-8075. JSTOR 25471641. PMC 2903542. PMID 19197024. S2CID 206516054.
- ^ Valadez Azúa, Raúl; Rodríguez, Bernardo; Manzanilla Naim, Linda Rosa; Tejeda, Samuel (Oktober 2006). "Dog-wolf Hybrid Biotype Reconstruction from the Archaeological City of Teotihuacan in Prehispanic Central Mexico" [Rekonstruksi Biotip Hibrid Anjing–Serigala dari Kota Arkeologi Teotihuacan di Mexico Tengah Prahispanik]. Dalam Snyder, Lynn M.; Moore, Elizabeth A. (penyunting). Dogs and People in Social, Working, Economic or Symbolic Interaction: Proceedings of the 9th ICAZ Conference [Anjing dan Orang dalam Interaksi Sosial, Kerja, Ekonomi, atau Simbolik: Prosiding Persidangan ICAZ Ke-9] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxbow Books. m/s. 120–130. ISBN 9781842171240. OCLC 72146162.
- ^ Zimmerman, David. "Eastern Coyotes Are Becoming Coywolves" [Koyote Timur Makin Jadi Serigala Koyote] (dalam bahasa Inggeris). The Caledonian-Record.
- ^ a b Fox, Michael Wilson (1978). The Dog: Its Domestication and Behavior [Anjing: Pembelajinakan dan Tingkah Lakunya] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Garland STPM Press. ISBN 9780824098582. OCLC 3223381.
- ^ Zimmer, Carl (21 Januari 2013). "Snow Coyotes and Spirit Bears" [Koyote Salji dan Beruang Semangat] (dalam bahasa Inggeris). National Geographic. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2013. Dicapai pada 13 Oktober 2025.
- ^ Hoffmeister, Donald Frederick (2002). Mammals of Illinois [Mamalia di Illinois] (dalam bahasa Inggeris). Urbana, Illinois, Amerika Syarikat: University of Illinois Press. ISBN 9780252070839. OCLC 50649299.
- ^ Weeks, John L.; Tori, Gildo M.; Shieldcastle, Mark C. (Disember 1990). "Coyotes (Canis latrans) in Ohio" [Koyote (Canis latrans) di Ohio]. The Ohio Journal of Science (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Universiti Negeri Ohio. 90 (5): 142–145. hdl:1811/23411. ISSN 2471-9390. S2CID 86132288.
- ^ Boydston, Erin E.; Abelson, Eric S.; Kazanjian, Ari; Blumstein, Daniel T. (2018). "Canid vs. Canid: Insights into Coyote-Dog Encounters from Social Media" [Canid lwn. Canid: Pandangan tentang Persemukaan Koyote–Anjing dari Media Sosial]. Human–Wildlife Interactions (dalam bahasa Inggeris). Jack H. Berryman Institute. 12 (2): 233–242. doi:10.26077/ab4z-t030. ISSN 2155-3874. JSTOR 27316719. S2CID 53067575.