Laman ini merupakan sebuah laman maklumat yang menerangkan sepersetujuan komuniti para penyunting di sini bagi beberapa aspek Wikipedia:Garis panduan penulisan yang lebih baik. Laman ini BUKAN laman polisi atau garis panduan dan bertujuan untuk menerangkan amalan atau polisi lain Wikipedia. Sila rujuk polisi atau garis panduan yang berkaitan jika terdapat percanggahan antara laman ini dengan laman polisi atau garis panduan. |
Tujuan halaman ini adalah untuk menerangkan cara-cara untuk menjelaskan teks atau meminta penjelasan. Terdapat tag pembersihan sebaris untuk menandakan susunan kata tertentu yang mungkin membingungkan pembaca biasa.
Bila dan bagaimana untuk menandakan teks yang tidak jelas
Sebaik-baiknya, apabila anda perasan sesuatu anda patut terus betulkanny, tetapi itu tidak semestinya sentiasa boleh dibuat. Anda boleh memilih salah satu daripada templat yang mengetagkan teks dengan mesej sebaris untuk meminta penjelasan khusus yang anda tidak boleh berikan sendiri:
- {{Clarify}} untuk menandakan satu-satu frasa atau ayat
- {{Mengelirukan}} untuk menandakan seksyen (atau seluruh rencana, namun ini tidak digalakkan kerana ia tidak menjelaskan apa sebenarnya yang perlu diperbaiki)
- {{Takrifan diperlukan}} untuk menandakan istilah adalah samar atau tidak jelas dan perlu ditakrifkan
- {{Contoh diperlukan}} untuk menandakan satu-satu frasa atau ayat yang memerlukan contoh untuk penjelasan
- {{Explain}} untuk menandakan satu-satu frasa atau seksyen yang memerlukan penjelasan lanjut untuk pembaca biasa (iaitu bukan pakar)
- {{Non sequitur}} untuk menandakan satu-satu sebutan tentang seseorang atau sesuatu secara di luar konteks, yang kaitannya tidak jelas
Apabila menggunakan templat-templat ini, khususkan isunya: tandakan satu-satu frasa, ayat dan seksyen berbanding seluruh rencana. Juga pastikan anda meninggalkan cadangan khusus untuk penambahbaikan di laman perbincangan rencana.
Halaman templat-templat ini biasanya akan mempunyai dokumentasi tambahan tentang penggunaan dan parameter. Jika tidak, anda boleh meninggalkan mesej di laman perbincangan templat meminta maklumat tersebut ditambahkan.
Bagaimana untuk menandakan rencana untuk penjelasan
- Untuk meminta penjelasan untuk frasa atau ayat tertentu, taip sahaja {{clarify}} atau {{jelaskan}} (selepas frasa atau ayat itu) untuk memaparkan tag superskrip (tag itu akan memaut ke sini):
- Ini ayat yang mengelirukan, yang memerlukan pembaca untuk menggunakan banyak tenaga dan masa untuk memahami makna tersirat di sebaliknya, dan perlu dijelaskan/ditulis semula.Templat:Fake clarify
- Untuk meminta penjelasan lanjut tentang satu perkara yang dinyatakan dalam frasa atau ayat tertentu, taip sahaja {{explain}} atau {{elucidate}} (selepas frasa atau ayat) untuk memaparkan tag superskrip (tag akan memaut ke sini):
- Ayat ini mengandungi jargon yang tidak dijelaskan.Templat:Fake elucidate
- Untuk meminta penjelasan untuk bahagian tertentu, taip sahaja {{Mengelirukan|Seksyen}} di bahagian atas bahagian tersebut, untuk menghasilkan petak tag berikut:
seksyen ini mungkin mengelirukan atau tidak jelas kepada pembaca. (Julai 2019) |
- kemudian kemaskini halaman perbincangan rencana dengan aspek-aspek khusus untuk diperbaiki.
- Untuk meminta penjelasan untuk keseluruhan rencana, pertimbangkan dahulu sama ada ia akan lebih bermanfaat untuk menandakan satu-satu frasa, ayat, atau seksyen dengan {{clarify}}. Jika anda tidak dapat mengenal pasti bahagian tertentu dalam rencana yang memerlukan penjelasan, tulis aspek rencana yang anda percaya memerlukan penjelasan di halaman perbincangan rencana sebelum menandakan keseluruhan rencana dengan {{mengelirukan}}.
Bagaimana untuk memperbaiki rencana yang memerlukan penjelasan
- Terangkan jargon: Takrifkan istilah teknikal:
- Tambah takrifan ringkas pada kali pertama istilah baru digunakan, seperti: unggas (semua jenis burung)
- Tambah pautan ke topik yang tidak dikenali ramai
- Takrifkan istilah-istilah tambahan awal-awal (seperti: Istilah berkaitan termasuk:)
- Terangkan kosa kata dialek dan slanga sesetengah profesion (contohnya "Apat")
- Bolehkah ia dipendekkan?: Beberapa petua yang dapat membantu:
- Hapuskan kata-kata lewah (terutamanya kata-kata yang sengaja samar-samar atau mengelirukan, dan/atau kata-kata yang terlalu memuji)
- Gantikan klausa dengan adverba (untuk mengehadkan kata sendi nama kepada kira-kira empat setiap ayat)
- Gantikan perkataan panjang dengan perkataan yang lebih pendek
- Pecahkan ayat panjang menjadi ayat pendek (sekali lagi, empat kata sendi nama setiap ayat)
- Gunakan simpulan bahasa, atau frasa lazim: daripada "medan aliran elektron" gunakan "arus elektrik"; gantikan "teks program komputer" dengan "kod sumber"; simpulan bahasa lebih mudah difahami: seperti dalam "pandangan" berbanding "pendekatan idiosinkratik terhadap isu yang dilihat"
- Bandingkan dua ayat: "Walaupun terdapat kontroversi, beliau, dengan penuh kemahiran, berjaya membawa Korporasi MegaX keluar daripada kesulitan kewangan" berbanding "Walaupun terdapat kontroversi, beliau membawa MegaX keluar daripada kesulitan kewangan" (dua sendi nama, dan perhatikan bagaimana penilaian yang tidak neutral dihapuskan).
- Tambah rajah atau foto: Teks yang rumit mungkin boleh dijelaskan dengan rajah. Wikimedia Commons juga mempunyai lebih daripada 12 juta gambar, yang boleh dicari (seperti untuk "galaksi"). Walaupun gambar atau rajah tidak semestinya tepat, sebutkan butiran tambahan di dalam kapsyen, atau gunakan Templat:Superimpose atau Templat:Peta lokasi untuk meletakkan label/simbol khusus pada gambar.
- Tambah jadual atau senarai wikijadual: Wikijadual berbilang lajur boleh menjelaskan kumpulan data; namun, senarai ringkas (dengan bulet titik bertindik-bintang ":*") mungkin mencukupi. Lihat: palam pencucuh, dengan senarai risiko/faedah.
- Jelaskan apa yang sedang berlaku dan kepada apa: Contoh lazim ialah rujukan kata ganti yang tidak jelas: "Lisa berkawan dengan Sita sehinggalah dia tukar pekerjaannya" (tidak jelas: Siapa yang tukar pekerjaan? Kata ganti "dia" sama-sama boleh merujuk kepada kedua-dua orang). Juga, merujuk balik kepada sebuah senarai tetapi tidak menyatakan apa entri yang dirujuk.
- Gunakan perkataan khusus berbanding samar apabila boleh: Contohnya, daripada mengatakan, "pada zaman dahulu", nyatakan zaman yang anda maksudkan (misalnya, abad ke-19, atau 1960-an).
- Tambahan itu, jangan rujuk "sekarang": perkataan "Baru-baru ini" atau "Tidak lama lagi" atau sinonim-sinonimnya akan cepat hilang maknanya. Gunakan "Setakat..." atau tarikh tertentu.
- Pastikan anda menggunakan perkataan yang betul: Dalam salah satu kritikan besar terhadap pengarang lain, Mark Twain menyenaraikan lapan belas peraturan penulisan fiksyen romantik yang dilanggar oleh James Fenimore Cooper.[1] Selain kritikan terhadap gaya perwatakan dan jalan cerita Cooper, Twain juga mengatakan bahawa seorang penulis harus:
- Elakkan bentuk yang selekeh
- Gunakan gaya yang mudah dan terus terang
- Hindari kelewahan
- Jangan tinggalkan butiran yang diperlukan
- Katakan apa yang dia ingin dikatakan, bukan sekadar menghampirinya. (Elakkan eufemisme; kita tidak perlu bersegan)
- Gunakan tatabahasa yang baik
- Gunakan perkataan yang betul, bukan sepupu jauhnya
- Semak niat anda: Wikipedia tempat untuk memberi maklumat dan mendidik. Ia bukan jurnal teknikal. Maklumat daripada jurnal teknikal mungkin perlu dikurangkan kepada ayat-ayat pendek (empat sendi nama), kerana sesetengah jurnal menggalakkan penulisan ayat berbilang peringkat yang merangkumi lima belas baris, dengan sub-subklausa.
- Semak ejaan anda: Biasanya perkataan yang salah eja jelas difahamkan (contohnya, "Kualti" jelas adalah "Kualiti"), namun "Tedting" boleh menjadi "Testing" atau "Texting" (atau "editing"). Jika ia benar-benar bukan kesalahan ejaan, atau ia memang dimaksudkan begitu, gunakan templat {{Sic}}.
- Gunakan tajuk: Sebongkah teks akan menakutkan pembaca, tetapi membahagikannya ke dalam bahagian dan subbahagian boleh memberikan struktur yang logik pada teks, memisahkan kenyataan-kenyataan ke dalam setiap bahagian yang dikelompokkan.
Penjelasan khusus
Terdapat beberapa situasi lazim apabila penggunaan templat penjelasan yang lebih spesifik mungkin menjadikan penjelasan yang diingini lebih jelas. Satu kes biasa adalah rencana yang memetik ukuran saintifik tanpa menunjukkan bagaimana ukuran tersebut diambil. Contohnya, pernyataan berikut tentang keamatan matahari di permukaan bumi tanpa menyatakan ketinggian matahari boleh diberi tag berikut:
- Tag berikut memaut ke projek Wikipedia untuk menghapuskan bias berdasarkan sumber maklumat:
- "Keamatan matahari adalah 90 watt per meter persegi."Templat:Mana
Lihat juga
- {{Bezakan}}
Templat sebaris berkaitan
- {{Taksa}}
- {{Jelaskan}}
- {{Takrifan}}
- {{Explain}}
- {{Non sequitur}}
- {{Technical statement}}
- {{Kabur}}
Templat kotak mesej
- {{Mengelirukan}}
- {{Seksyen mengelirukan}}
- {{Konteks}}
- {{Teknikal}}
Halaman berkaitan
Rujukan
- ^ Fenimore Cooper's Literary Offences oleh Mark Twain