Jawawut | |
---|---|
![]() | |
Malai jawawut muda | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | S. italica
|
Nama binomial | |
Setaria italica | |
Sinonim | |
sinonim selengkapnya, lihat pada The Plant List.[3] |
Jawawut[4][5] atau jewawut adalah sejenis tumbuhan bijirin kecil berupa sekoi yang tumbuh di benua Asia.
Ia pernah menjadi makanan ruji masyarakat Asia Timur dan Asia Tenggara sebelum padi diperkenalkan kepada tamadun-tamadun sana. Tumbuhan ini antara pelbagai jenis tanaman yang pertama kali ditani dan sekarang menjadi yang terluas penanamannya di seluruh dunia, dan yang terpenting di Asia Timur.
Penamaan
Tumbuhan ini mempunyai banyak nama setempat serata kepulauan Nusantara antaranya, jawa (Plb.); jaba ikur (Bat.); jaba uré (Toba); jĕlui (Riau); sĕkui (Mly.); sĕkuai, sakui, sakuih (Min.); randau (Lamp.); jawae (Day.)[specify]; jawawut, kunyit, sekul (Sd.); jawawut, juwawut, otèk (Jw.); jhâbâ , jhâghung jhâbâ, jhâbalèk (Md.); jawa sĕmi, jawawut (Bl.); botai, boté, wotei, batung, wetung, gětung (aneka dialek di Sulut)[specify]; batang, bětěng, wětěng, bané, bailo, wailo (Sulsel)[specify]; botoh, sain (Timor); hotong, atong, hetene, hetenu (Ambon); hétan (Wetar); wetan (Solor); botan (Kai, Tanimbar); bètèn, fètèn (Buru); bobootĕné, botĕmé (Hal.); futu (Ternate & Tidore).[6]
Nama Pulau Jawa sering dikaitkan dengannya.
Botani
Jawawut adalah semusim seperti rumput yang dapat mencapai ketinggian 150(–175) sm. Batangnya tegak, kadang-kadang bercabang. Daun-daunnya tunggal, berseling, bentuk garis atau pita, berukuran 15–30(–50) cm × 0.5–2.5(–4) cm, meruncing di hujung, tulang daun tengahnya menonjol; dengan pelepah sepanjang 10–15(–25) cm, berambut sikit atau tidak langsung, lidah (ligula) pendek, berjumbai.[7]
Jambaknya rapat menyerupai "rambut" dan dapat mencapai panjang 30 cm, sehingga orang Inggeris menamakannya "sekoi ekor rubah" (foxtail millet). Bulirnya kecil, hanya sekitar 3mm diameternya, bahkan ada yang lebih kecil. Warna bulir beraneka ragam daripada hitam, ungu, merah sampai jingga keperangan.
Kegunaan
Catatan dari China menunjukkan paling tidak juwawut telah ditanam pada sekitar milenium ke-5 SM[7]. Pada masa itu, sekoi menjadi satu-satunya bijirin yang ditanam di sana. Dari China, tumbuhan ini kemudian menyebar ke barat, hingga mencapai Eropah pada sekitar alaf ketiga sebelum Masihi.[7] Masyarakat Rom mengenal tumbuhan tersebut dan menanamkannya sehingga dikenal pula sebagai "juwawut Itali". Rumphius mencatat bahawa hotton atau botton ini ditanam orang di Bali, Makassar dan Buru, tetapi tidak dalam jumlah besar. Mereka memasaknya dengan santan hingga menjadi bubur.[8]
Terdapat dua kelompok jenis biologi, yang pertama adalah jawawut yang biasa dimakan orang, S. italica var. italica, dan yang kedua adalah yang biasa dijadikan dedak burung iaitu S. italica var. moharica.
Selain bijinya, sisa dedaun jawawut juga menghasilkan hijauan makanan ternak; sehingga 15-20 tan metrik sisa hijau dan 3.5 tan jerami dapat terhasil dari sehektar jawawut yang ditanam.[9]
Catatan kaki
- ^ Palisot de Beauvois, Ambroise-Marie-Francois-Josep. 1812. Essai d'une Nouvelle Agrostographie; ou Nouveaux Genres des Graminées; Avec Figures Représentant les Caractéres de tous le Genres: 51, 170, 178. Imprimerie de Fain. Paris :Chez l'Auteur [Dec 1812].
- ^ Linné, C. von & L. Salvius. 1753. Species plantarum :exhibentes plantas rite cognitas, ad genera relatas, cum differentiis specificis, nominibus... Tomus I: 56. Holmiae :Impensis Laurentii Salvii.
- ^ The Plant List: Setaria italica (L.) P.Beauv.
- ^ KBBI: jawawut
- ^ sekoi, "jawawut". Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Heyne, K. 1987. Tumbuhan Berguna Indonesia I: 256-8 (sebagai Panicum viride Linn. ß italica Linn.). Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan. Jakarta. (versi berbahasa Belanda -1922- I: 207-8, sebagai Setaria viridis P.Beauv. ß italica Asch. & Graebn.)
- ^ a b c Brink, M., 2006. Setaria italica (L.) P.Beauv. Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine In: Brink, M. & G. Belay (Eds). Plant Resources of Tropical Africa (PROTA) 1: Cereals and pulses/Céréales et légumes secs. [CD-Rom]. PROTA, Wageningen, Netherlands.
- ^ Rumpf, G.E. 1747. Herbarium Amboinense: plurimas conplectens arbores, frutices, ... Pars V: 202, Tab. 75 Fig. 2 (sebagai Panicum Indicum). Amstelaedami:apud Franciscum Changuion, Hermannum Uttwerf. MDCCXLVII.
- ^ FAO: Setaria italica (L.) Beauv.
Pautan luar
- Juwawut[pautan mati kekal] pada laman Kehati.
- RBG Kew - GrassBase: Setaria italica
- Feedipedia: Foxtail millet (Setaria italica) forage