Sekoi atau milet ialah sekumpulan rumput yang mempunyai benih kecil dan ditanam serata dunia sebagai tanaman bijirin atau bijian untuk makanan manusia dan haiwan. Kumpulan ini tidak membentuk kumpulan taksonomi, tetapi lebih kepada kumpulan berfungsi atau agronomi. Sekoi dianggap tanaman penting di kawasan tropika separa gersang di Asia dan Afrika (terutamanya di India, Nigeria, dan Niger), dengan 97 peratus penghasilan sekoi adalah di negara membangun.[1] Tanaman ini diminati kerana produktivitinya dan juga musimnya yang pendek dalam keadaan suhu tinggi dan kering.
Sekoi atau milet yang paling banyak ditanam ialah milet mutiara, iaitu tanaman yang penting di India dan sebahagian Afrika.[2][2] Sekoi jejari, sekoi proso, dan sekoi ekor musang juga antara spesis yang penting. Di negara maju, sekoi kurang dianggap penting. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, hanya sekoi proso yang digunakan dan itupun ditanam untuk dijadikan makanan burung.[1]
Sementara sekoi dianggap asli di kebanyakan tempat di seluruh dunia, dipercayai yang ia mempunyai usul evolusi dari kawasan tropika Afrika barat, yang boleh didapati tumbuh secara meluas sama ada liar mahupun ditanam.[3] Sekoi menjadi makanan ruji yang penting dalam sejarah manusia, terutamanya di Asia dan Afrika. Ia mula ditanam di Asia Timur sejak 10,000 tahun yang silam.[4]
Penghasilan
Pengeluar sekoi utama — 2013 | ||||
---|---|---|---|---|
Negara | Penghasilan (Tan) | Catatan | ||
India | 10,910,000 | |||
Nigeria | 5,000,000 | F | ||
Niger | 2,955,000 | * | ||
Republik Rakyat China | 1,620,000 | F | ||
Mali | 1,152,331 | |||
Burkina Faso | 1,109,000 | * | ||
Sudan | 1,090,000 | |||
Habsyah | 807,056 | |||
Chad | 582,000 | * | ||
Senegal | 572,155 | |||
Rusia | 418,844 | |||
Pakistan | 230,00 | |||
Dunia | 29,870,058 | A | ||
Tiada simbol = angka rasmi, * = angka tidak rasmi, F = anggaran FAO, A = mungkin mengandungi data rasmi, separa rasmi atau anggaran |
Perbandingan antara makanan ruji utama lain
Jadual beriku menunjukkan kandungan gizi atau nutrisi yang terdapat pada sekoi dan makanan ruji lain pada bentuk asal. Bentuk asal atau mentah tidak boleh dimakan atau dihadam secara menyeluruh. Ia harus disediakan dan dimasak dengan betul untuk kegunaan manusia. Dalam bentuk proses dan dimasak, kandungan nutrisi dan antinutrisi relatif bag setiap bijirin ini berbeza berbanding dengan yang mentah. Nilai nutrisi yang dah dimasak bergantung juga kepada kaedah memasak.
Sinopsis[5] ~ komposisi: | Ubi kayu[6] | Gandum[7] | Padi[8] | Jagung[9] | Kentang[10] | Sekoi Sorghum[11] |
Sekoi Proso[12] |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Komponen (per 100g bahagian, bijian mentah) |
Jumlah | Jumlah | Jumlah | Jumlah | Jumlah | Jumlah | Jumlah |
air(g) | 60 | 13.1 | 12 | 76 | 82 | 9.2 | 8.7 |
tenaga (kJ) | 667 | 1368 | 1527 | 360 | 288 | 1418 | 1582 |
protein (g) | 1.4 | 12.6 | 7 | 3 | 1.7 | 11.3 | 11 |
lemak (g) | 0.3 | 1.5 | 1 | 1 | 0.1 | 3.3 | 4.2 |
karbohidrat (g) | 38 | 71.2 | 79 | 19 | 16 | 75 | 73 |
serat (g) | 1.8 | 12.2 | 1 | 3 | 2.4 | 6.3 | 8.5 |
gula (g) | 1.7 | 0.4 | >0.1 | 3 | 1.2 | 1.9 | |
zat besi (mg) | 0.27 | 3.2 | 0.8 | 0.5 | 0.5 | 4.4 | 3 |
mangan (mg) | 0.4 | 3.9 | 1.1 | 0.2 | 0.1 | <0.1 | 1.6 |
kalsium (mg) | 16 | 29 | 28 | 2 | 9 | 28 | 8 |
magnesium (mg) | 21 | 126 | 25 | 37 | 21 | <120 | 114 |
fosforus (mg) | 27 | 288 | 115 | 89 | 62 | 287 | 285 |
kalium (mg) | 271 | 363 | 115 | 270 | 407 | 350 | 195 |
zink (mg) | 0.3 | 2.6 | 1.1 | 0.5 | 0.3 | <1 | 1.7 |
asid pantotenik (mg) | 0.1 | 0.9 | 1.0 | 0.7 | 0.3 | <0.9 | 0.8 |
vitamin B6 (mg) | 0.1 | 0.3 | 0.2 | 0.1 | 0.2 | <0.3 | 0.4 |
folat (µg) | 27 | 38 | 8 | 42 | 18 | <25 | 85 |
thiamin (mg) | 0.1 | 0.38 | 0.1 | 0.2 | 0.1 | 0.2 | 0.4 |
riboflavin (mg) | <0.1 | 0.1 | >0.1 | 0.1 | >0.1 | 0.1 | 0.3 |
niasin (mg) | 0.9 | 5.5 | 1.6 | 1.8 | 1.1 | 2.9 | 4.7 |
Tanaman / Nutrisi | Protein(g) | Serat(g) | Galian(g) | Zat Besi(mg) | Kalsium(mg) |
---|---|---|---|---|---|
Sekoi mutiara (Pearl millet) | 10.6 | 1.3 | 2.3 | 16.9 | 38 |
Sekoi jejari (Finger millet) | 7.3 | 3.6 | 2.7 | 3.9 | 344 |
Sekoi ekor musang (Foxtail millet) | 12.3 | 8 | 3.3 | 2.8 | 31 |
Sekoi proso (Proso millet) | 12.5 | 2.2 | 1.9 | 0.8 | 14 |
Sekoi kodo (Kodo millet) | 8.3 | 9 | 2.6 | 0.5 | 27 |
Sekoi kecil (Little millet) | 7.7 | 7.6 | 1.5 | 9.3 | 17 |
Sekoi kandang (Barnyard millet) | 11.2 | 10.1 | 4.4 | 15.2 | 11 |
Beras | 6.8 | 0.2 | 0.6 | 0.7 | 10 |
Gandum | 11.8 | 1.2 | 1.5 | 5.3 | 41 |
Kegunaan
Sekoi merupakan makanan ruji masyarakat yang hidup di kawasan tanah kering atau separa kering. Penduduk di kawasan barat India misalnya menggunakan tepung yang diperbuat daripada bijirin ini, dinamai sebagai tepung ragi, untuk membuat roti. Masyarakat di China, Jerman serta Rusia menggunakan sekoi dalam masakan mereka untuk membuat bubur - sama ada yang berperisa manis (terutamanya di kalangan orang Jerman dan Rusia) ataupun yang berlauk (di mana orang Cina memakan bubur jenis ini bersama sayur-sayuran).
Bijirin ini juga digunakan sesetengah masyarakat sebagai bahan asas membuat minuman keras. Misalnya di Nepal, sekoi disuling menjadi rakshi (sejenis arak seakan vodka atau gin) dan tongba (tapaian sekoi yang dicampurkan bersama air panas); manakala negara-negara Balkan Eropah seperti Romania dan Bulgaria membru bijirin ini menjadi boza.
Rujukan
- ^ a b McDonough, Cassandrea M.; Rooney, Lloyd W.; Serna-Saldivar, Sergio O. (2000). "The Millets". Food Science and Technology: Handbook of Cereal Science and Technology. CRC Press. 99 2nd ed: 177–210.
- ^ a b "Annex II: Relative importance of millet species, 1992–94". The World Sorghum and Millet Economies: Facts, Trends and Outlook. Food and Agriculture Organization of the United Nations. 1996. ISBN 92-5-103861-9.
- ^ "Sorghum and millet in human nutrition". Food and Agriculture Organization of the United Nations. 1995.
- ^ Lu, H; Zhang, J; Liu, KB; Wu, N; Li, Y; Zhou, K; Ye, M; Zhang, T; dll. (2009). "Earliest domestication of common millet (Panicum miliaceum) in East Asia extended to 10,000 years ago". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 106 (18): 7367–72. doi:10.1073/pnas.0900158106. PMC 2678631. PMID 19383791.
- ^ "USDA". Nal.usda.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-03. Dicapai pada 2012-03-16.
- ^ mentah, tidak dimasak
- ^ keras merah musim sejuk
- ^ putih, bijian panjang, biasa, mentah, tidak diperkayakan
- ^ manis, kuning, mentah
- ^ putih, berkulit, mentah
- ^ Sorghum, bahagian yang boleh dimakan putih berbagai
- ^ Millet, proso, mentah
Bacaan lanjut
- Crawford, Gary W. (1983). Paleoethnobotany of the Kameda Peninsula. Ann Arbor: Museum of Anthropology, University of Michigan. ISBN 0-932206-95-6.
- Crawford, Gary W. (1992). "Prehistoric Plant Domestication in East Asia". Dalam Cowan C.W., Watson P.J (penyunting). The Origins of Agriculture: An International Perspective. Washington: Smithsonian Institution Press. m/s. 117–132. ISBN 0-87474-990-5.
- Crawford, Gary W. and Gyoung-Ah Lee (2003). "Agricultural Origins in the Korean Peninsula". Antiquity. 77 (295): 87–95. doi:10.1017/s0003598x00061378.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sekoi |
Wikisumber mempunyai teks dari artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 Sekoi. |